DAP SEDIA LAWAN UMNO TANPA ANWAR , PKR & PAS TERUS JADI KUDA TUNGANGAN

on Monday, November 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Guan Eng ada  menyebut tentang komitmen parti parti komponen terutama PAS dan PKR uNTUK  jamin survival PR sekiranya Anwar dipenjarakan.

Apa komitmen yang melibatkan PAS & PKR dimaksudkan Guan Eng ?

Adakah isu Hudud   , isu  berkaitan hak keistimewaan Melayu atau menyentuh kesucian agama seperti isu kalimah Allah  ?

Ini yang orang Melayu perlu fahami  maksud agenda tersirat DAP jika komitmen itu adalah perlu berkompromi melibatkan kepentingan Melayu , agama , bahasa dan lain-lain lagi .

Bagi DAP  ,  mereka  tidak peduli hak PAS untuk bersuara  seperti contoh Pesta Arak di Selangor yang diluluskan kerajaan negeri diadakan malah mereka sendiri turut menghadiri.

Di P.Pinang mereka sudah  boleh memecat sesiapa dalam yang berjawatan dengan kerajaan DAP jika orang itu mengkritik pentadbirannya dalam isu perumahan  seperti berlaku kepada Ahli Majlis MPPP  Iszuree Ibrahim . Hanya yang taat dan menjadi barua   akan terus dikekalkan kuasanya .


Oleh itu ,orang Melayu harus sedar muslihat DAP ini jika tidak  mahu terus kepentingan agama , bangsa terus tergadai 





Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau  mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen,” kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Kata Lim, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji.

“DAP berpegang kepada  prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR.

“Apa yang penting, bila kita bercakap perlu ‘cakap serupa bikin’ dan semua parti perlu ada amalan yang sama,” katanya.astroawan


One Response

  1. maae says:

    Tiada Anwar, Dap tahap hampas saja. Pendokong biawak hidup ini(Dap) ialah PAS yang hanya tahap keldai di mata LGE!
    Sepatut nya Md Noh Omar sudah berperanan menghancurkan mereka. Ini tidak, beliau pun sama mabuk... itu sebab Najib marah ! Jentera Umno memang kian uzur. Ganti saja dengan lebih canggih beredar di pasaran !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.