Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan sebagai pemimpin yang hanya ingin mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai nasib dan harapan rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya.
"Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun.
"Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik.
"Janganlah orang Pendang ditipu lagi oleh Mat Sabu. Mereka ini banyak pecah-belahkan Islam dan orang Melayu," katanya.
Selain itu Dr Mahathir turut menyeru penyokong BN dan rakyat secara keseluruhannya agar menyokong parti itu demi masa depan yang lebih baik.
"Sokonglah BN, jangan peduli siapa pun calonnya. Paling penting yang perlu disokong ialah parti, bukan individu.
"Kalau sorang individu sahaja yang menang pun tak bawa apa-apa makna, tapi kalau parti menang dan boleh perintah kerajaan negeri dan Persekutuan, ia akan menguntungkan rakyat," katanya.
Mat Sabu ingin berkuasa, tetapi apakah yang MAT SABU boleh beri, ini terus terang punya cakap. Kita minta dia ulang balik ayat yang telah dia berikan kepada RAZALI bekas ahli DAP selepas Razali buat laporan Polis mengenai hasrat pihak tertentu ingin jadikan negara ini negara Kristian tahun lepas.
Pada pandangan setengah ulama, ayat waktu itu telah menolak Mat Sabu ke lembah kekufuran. Hanya Mat Sabu dan Razali yang tahu......
Salam.Penting juga saiapa calon bari bn tu.Jangan letak calon yang kita dah tau kaki perompak dan kaki rasuah kita nak undi juhgak lagi? janganlah kita jadi bodoh jugak tak gitu?