Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi.
Namun apa yang dilaporkan oleh Utusan Online hari ini tidak menceritakan kemungkinan kereta yang dinaiki oleh beliau ada unsur-unsur sabotaj kerana dikhabarkan tayar hadapan kereta yang dinaiki mereka kedua-duanya tercabut sebelum kemalangan berlaku dan menyebabkan kereta itu terbalik.
Calon BN Slim River Datuk Khusairi sempat hadir melawat Dr Novandri sebelum beliau dipindahkan ke hospital di KL.
- Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.
Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River. Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. - UTUSAN ONLINE
Semuga Allah memelihara beliau dari kecederaan yang serius. Amin..
PRU13 - BN - Kempen Parti Ke BERPARTI? di TendangTerajang
Waaa menakutkan .kalu ya pun jgan la sampai berbunuh2..