Hot ! Muhyiddin balun berapi Jui Meng bergaduh dengan Dap di Johor

on Tuesday, February 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
   
Beliau berkata, konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti PR itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.
   
"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (PR) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.
   
"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, hari ini.
   
Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.
   
Karpal dilaporkan berkata, konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
   
Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
   
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau telah mengandaikan bahawa konflik seperti itu akan akan berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang.
   
"Saya dah andai dah. Cerita ni sudah lama, agaknya ia sudah menggelegak. Chua, dia  PKR tetapi orang dalam PKR pun tak berapa yakin dengan dia.
   
"Orang DAP macam Karpal kata dia (Chua) bekas pemimpin MCA yang telah meninggalkan parti, lepas tu nak masuk PKR, dia tak berapa yakin," katanya. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.