Hot ! Cabar bertanding bukti PKR takut Tun M berkempen untuk BN

on Saturday, February 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran penyokong Anwar supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum di Permatang Pauh.

"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis makan malam, malam tadi.

Semalam ahli PKR Teluk Intan , Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.

Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.

"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.

"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.

"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.


Komen GPb

Yang betul2 nak bertanding dan tak mahu bersara  tu Pok Nik je selagi mana Umno/BN  ni tak tumbang di kerajaan pusat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.