Hot ! Leftenan Kolonel kantoi kena cekup berhibur di kelab malam !

on Monday, February 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seorang pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel antara sembilan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan di kelab malam di Jalan Ipoh di sini, awal pagi Ahad.
Mengesahkan tangkapan itu, Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan AsmawiTuan Umar berkata, pegawai itu ditahan kerana disahkan positif mengambil alkohol,dalam serbuan pukul 1.30 pagi.
"Ketika serbuan, pegawai tersebut sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama.
Asmawi berkata ketika ditahan, lelaki tersebut merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya.
Katanya, lima lagi anggota tentera turut dicekup dalam operasi berkala pencegahan maksiat itu oleh pasukan penguatkuasa.
"Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam," katanya. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.