Fitnah Umno sekat duit zakat kantoi !

on Thursday, February 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya UMNO menyekat pemberian bantuan wang zakat kepada anak-anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab, Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, UMNO tidak pernah campur tangan dalam urusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

"Maidam bukan di bawah kuasa Menteri Besar. Saya tidak pernah sekalipun campur tangan untuk menentukan orang ini layak dan orang ini tidak layak menerima biasiswa ini kerana Maidam mempunyai jawatankuasa, fatwa dan mengikut lapan Asnaf yang layak menerimanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan penyampaian zakat perniagaan Maybank Islamic berjumlah RM600,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Muzaffar Hisham kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harujan Sulaiman.

Pada 26 Jan lepas, Wan Harujan menerima SMS berbunyi : “UMNO Terengganu sekat duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir..........fikirkan”.

Ahmad berkata, bahawa pada 2008, Maidam telah mengeluarkan zakat berjumlah RM1.37 juta kepada 274 pelajar, 2009 sebanyak RM1.47 juta (313 pelajar), 2010 sebanyak RM1.26 juta (285 Pelajar), 2011 sebanyak RM1.69 juta (286 pelajar) dan tahun ini dijangka sebanyak RM2.11 juta kepada 286 pelajar.

Katanya, beliau tidak pernah dimaklumkan siapa yang menerima zakat tersebut dan siapa yang tidak menerimanya kerana tidak pernah meminta senarai penerima daripada Maidam.

Wan Harujan juga menafikan penglibatan Umno dalam bantuan wang zakat kepada pelajar ke Mesir.

"Maidam dalam mesyuaratnya bebas membuat keputusan berlandaskan syariah serta peraturan yang ditetapkan dengan pertimbangan diberi berasaskan kepentingan pengagihan mengikut Asnaf yang layak,” katanya. — BERNAMA


One Response

  1. Anonymous says:

    TUDUH DAN FITNAH NI MAINAN PARTI PEMBANGKANG YG AKAN DIBANGKAIKAN DI PRU13 NANTI...

    PEJUANG HAMAS...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.