Henti spekulasi , buat kerja pastikan BN menang PRU 13

on Wednesday, January 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sinar Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak “hentikan spekulasi,” sebagai mengulas beberapa laporan menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata, apa yang penting adalah amanah yang diberikan oleh rakyat dan pucuk pemimpin dalam memberikan khidmat terbaik sebagai Ahli Parlimen.

“Saya dah cakap apa yang saya nak cakap, yang paling penting kita buat kerja untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Jangan risau, saya pasti akan kerja keras membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menarik sokongan gologan muda,” Katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Khairy berkata, apa yang penting sekarang adalah kerjasama semua pihak terutama parti terutamanya parti-parti komponen bagi membawa kemenangan untuk BN.

“Adalah lebih baik menghentikan spekulasi. Bekerja lebih keras adalah perkara utama yang perlu dilakukan,”katanya.

Katanya, sesiapa yang menjadi calon bagi BN akan di tentukan oleh Najib yang juga Pengerusi BN dan bukan individu terbabit yang menawarkan diri.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden parti komponen boleh mencadangkan mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan layak sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Nama yang dicadangkan itu tidak bermakna akan dipilih sebagai calon kerana beberapa saringan ketat akan dilakukan sebelum diputuskan Perdana Menteri sendiri,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.