5 orang anggota Polis ? Bijak betul budak ini auta ...
SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.
Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.
Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.
Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.
"Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.
"Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak," katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini. Pelajar itu bagaimanapun hanya menjawab beberapa soalan sebelum beredar dengan diiringi beberapa lelaki dan seorang wanita dikenali, Monaliza Mokhtar, yang mendakwa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah.
Muhamad Azamuddin berkata, kumpulan penunggang itu mengejar mereka sehingga di Bulatan Kayangan, Seksyen 12, apabila sebuah motosikal terlanggar belakang kereta berkenaan sebelum penunggangnya terjatuh.
Katanya, Aminulrasyid bagaimanapun terus memecut kerana takut dan apabila sampai di Kompleks PKNS, kereta dipandu Allahyarham memotong sebuah kereta peronda polis yang kemudian bertindak mengejar mereka.
Muhamad Azamuddin berkata, walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit.
Katanya, polis kemudian melepaskan satu lagi tembakan yang mengenai belakang kepala Aminulrasyid selepas Allahyarham masih enggan memberhentikan keretanya.
“Tubuhnya terus rebah di riba saya, manakala kereta terus bergerak kerana kaki Aminulrasyid masih menekan pedal minyak sehingga ia terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah,” katanya.
Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata.
“Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain.
Muhamad Azamuddin berkata, laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuatnya pada malam hari kejadian.
"Petang itu, saya melihat berita di televisyen melaporkan saya dan Aminulrasyid adalah suspek yang terbabit dengan kes samun. Saya rasa tidak puas hati kerana laporan itu tidak benar. Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menjelaskannya," katanya.
Sumber: Berita Harian
Komen PB
PB cukup pelik dan ragu kenyataan Azamuddin ini yang kononnya dibelasah 5 orang anggota polis ... ok PB ingin anda semua fikir semula
1. Mengapa sidang akhbar ini dibuat sedangkan sisatan pihak Polis sendiri masih belum selesai?
2. Dalam laporan akhbar, lima anggota polis dikatakan telah membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. Persoalannya di sini , kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih dan berbadan besar tak kan hanya cedera di lengan sajakah? Kalau setakat bengkak di lengan bukankah itu biasa la berlaku dalam kemalangan?
Kalau betul remaja berkenaan dipukul oleh pihak polis, pastinya ada kesan-kesan lebam di muka atau di badan atau sudah terlantar di hospital. PB tak sangka Azamuddin baru usia sebegini sudah hebat auta cerita .. Budak sekolah sebaya hang pun kena rotan dengan cikgu pun . ibubapa depa dah bawa pi klinik dan hospital .. ini kira dasyat la siap boleh buat PC seperti artis lagi .
3. Bagi menambah cerita ini semakin menarik dan suspen , dalam keadaan ketakutan serta diacukan pistol oleh anggota polis ..bagaimana pulak budak ini meloloskan diri balik ke rumah? Penjenayah pun kalau diacukan pistol oleh polis yang telah mengepungnya akan angkat tangan dan menyerah diri ..ini pulak budak umur 15 tahun ?? Hebat betul budak ini kerana berjaya memperbodohkan polis dan biarkan beliau melarikan diri .. ....Tak logik la cerita hang ..
4. Adakah keterangan awal budak ini sudah diubah oleh pihak pembangkang yang sedang mempolitikkan isu ini dan mereka kini sudah menjadi peguam kepada keluarga mangsa .
Nampaknya pihak pembangkang telah berjaya memanipulasi kes ini seperti mana kes A.Kugan dan juga kes TBH bagi menunjukkan pihak berkuasa negara ini teruk dan zalim . Ini lah pelampau-pelampai politik yang mengamalkan politik cukup keji dan jahat. Mereka sanggup memanipulasi apa sahaja isu demi kepentingan politik mereka dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan imej kerajaan dimata rakyat.
Ini politik baru Pakatan dan ini mereka terapkan sejak 2008 dan PB yakin isu kematian aminurashid ini akan dijaja sepenuhnya sehingga PRU 13 ..
Link
Awas Sang Penangguk Air yang keruh
Beginilah nasib polis Malaysia menjaga keamanan negara
Jangan ganggu polis siasat kes
kita tunggu je mana saksi pula yang dikatakan motorsikal mengejar mereka dan kereta yang kena langgar tu..mana org2 ni,,napa x muncul...
Kalu aku emak bapak aminurasyid,
1. tak benarkan keluar malam apalagi pukul 2.00 pagi
2. tak mengajar anak memandu kereta kerana umur baru 15 tahun. nak ambil lesen L motor pun tak boleh. Apalagi nak biarkan anak memandu tanpa lesen pukul 2.00 pagi.
3. akur bahawa nak kadang-kadang macam malaikat di depan mata tapi dibelakang ?
4.redha bahawa semuanya takkan berlaku kalau kita sebagai ibubapa boleh mengawal pergerakan dan akhlak anak-anak kita.
Setuju dengan komen saudara. Nampaknya semua jari menunding ke arah polis tetapi tiada satu pun menunding ke arah keluarga mangsa kerana kelalaian mereka.
Gambar Azamuddin di sidang media berkenaan tidak langsung menunjukkan seseorang yang telah dibelasah oleh 5 anggota polis. Melihat gambar dan gelagatnya saja sudah menimbulkan keraguan.
Tidakkah Azamuddin atau keluarganya sedar bahawa sebagai pihak yang terlibat dalam kejadian dan sebagai saksi, dia tidak boleh membuat apa-apa kenyataan sementara siasatan polis sedang berjalan?
Tidakkah Azamuddin sedar bahawa kenyataannya boleh digunakan dalam siasatan polis dan di dalam mahkamah nanti? Apakah akan terjadi jika dia didapati berbohong? Kita selalu dengar ungkapan dalam undang-undang "apa-apa yang anda kata boleh digunakan terhadap anda" (anything you said can be used against you). Jadi jika dia didapati berbohong, kenyataannya boleh memakan dirinya balik. Jika ini berlaku, siapa yang nak disalahkan? Adakah ia akan terus salahkan polis atau kerajaan?
Bagaimana keluarga mangsa boleh turut terpengaruh dalam usaha pihak tertentu untuk mempolitikkan isu ini, pada hal ibu si mangsa sudah pun membuat kenyataan sebaliknya? Kita tidak boleh mengharapkan langsung para peguam keluarga mangsa akan menasihat keluarga tersebut tentang kesan buruh tindakan mereka, kerana peguam mereka mempunyai motif politik.
Mengikut laporan media, Panel Penyiasat kes ini telah pun memulakan tugas mereka. Jadi sebaiknya semua pihak membiarkan panel tersebut menjalankan tugas mereka sehingga selesai.
Tentang polis, kita harus ingat mereka bukanlah setahun jagung atau baru diwujudkan semalam. Mereka sendiri mempunyai mekanisme atau prosedur dalaman untuk menangani secara adil salah laku anggota-anggotanya.
Sila fikir dgn logik akal...
1. Banyak betul kesalahan jalan raya yang dibuat oleh mangsa
2. Dikejar oleh sebuah kereta peronda dan dikepung oleh 5 anggota polis. Setahu ana, bil anggota polis yang membuat rondaan berkereta biasanya tak lebih 4 org. Yang selalu ana jumpa 2 atau 3 org sahaja.
3. Bagaimana seorg budak kecil boleh melepaskan diri dari 5 org polis(dewasa) walaupun dalam keadaan cedera dibelasah
4. Walaupun telah pancit terkena tembakan ttp masih memandu, dalam kes jenayah biasa polis akan beranggapan bahawa pemandu adalah penjenayah 'hardcore' dan langkah self defends perlu diambil apatah lagi polis tidak tahu siapa yang memandu (kan ke malam?)
5. Kemungkinan berlaku missed firing kerana senjata yang digunakan adalah pistol dan ditembak semasa kenderaan tengah bergerak
6. Mengapa kononnya wakil PIBG yang sibuk sedangkan kes ini sdg disiasat. Mana pergi mak bapak budak ni
Nampak sgt pembangkang haramjadah cuba mengeksploitasi keadaan demi memburukkan kerajaan/PDRM. Betullah spt kata KPN, kalau polis yang mati ditembak tiada siapa yang peduli.(berapa juta budak ni dapat ye?)
suruh budak ini bersumpah muhabalah saja, sama ada dia cakap benar atau tidak.Trend ni ramai yang suka cakap auta dipengaruhi oleh Parti kelentong rakyat
hmm...menarik betul cakap si budak auta ni. kawan dia mati kena tembak, esok malam baru dia nak buat laporan polis. itupun bukan sebab kawan dia mati tapi lebih kepada dia dan arwah dikatakan penyamun, kalau tak kerana tu mungkin sampai sudah tak buat report. mati katak la si arwah tu. hebat budak cam ni.
salam,
guru sepetutnya menasihatkan pelajarnya supaya jgn melawan ibubapa, abangkakak, tidak melanggar undang2 & ajaran agama. itukan termaktub dalam etika keguruan?
kalu cikgu sendiri menyibuk enterframe sedangkan ternyata budak tu banyak lakukan kesalahan bersama rakannya yg dah meninggal, macam mana nak ajar perkara2 yg betul kepada pelajar2 dia?? dengan ertikata lain "tak apa awak semua buat salah, keluar rumah tengah2 malam, pandu keta tanpa lesen, pergi minum kedai mamak 24jam, melepak2, tunjuk lagak, gesel keta orang, lari lepas buat salah, pandu macam orang tak waras & tak dengar arahan polis dan lagi dan lagi, takpe, takde salahnya, cikgu tetap akan sokong awak semua"! senangla jadi cikgu macam ni! esok2 anak2murid awak jadi tak tentu hala, apa nak kata?
cikgu ape macam ni? cikgu ajaran songsang???? kalau ye pun ajk pibg, nasihatkan udahle dah tau budak2 tu tak sepatutnya buat begitu. tak payahla ambil alih tugas polis @ loyer. biarlah kes ni disiasat hingga selesai. ini tidak. awal2 lagi dah memilih bulu. esok2 kalau budak2 ni naik tocang, cikgu nak salahkan siapa? polis & kerajaan? dasar cikgu alat dapigs!!!nama saja kakitangan kerajaan tapi macam yg ramai2 duk ada tu termasuk yg menggagalkan ppsmi, jadi gunting dalam lipatan, membusukkan nama profesyen sendiri!!!
kesian pelajar2 puak ni dapat cikgu ajaran songsang!!! nanti tengok apa hasilnya? serba serbi tak pandai. lepas tu salahkan kerajaan, salahkan sekolah, salahkan pemimpin2 negara, salahkan kawan2, semua orang lain salah, diri sendiri saja yg betul. geram aku dgn puak bangang ni..sebijik macam punahsihat pr mereka...
nenekkucikgi
Confirmla budak ni bohong
Peranan PKR ! anda pun tau
Nak sokong PKR lagi? kalau ya memang anda bangang!
whiteorange