PB bantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi yang diberikan oleh Awang Adek kepada Tauke Judi kaya Malaysia Vincent tan yang menerajui Berjaya Group sempen Piala Dunia di Afrika Selatan ini nanti .
Sebenarnya banyak keburukan jika lesen judi ini diberikan oleh kerajaan kepada syarikat judi ini walaupun syaratnya hanya untuk bukan Islam sahaja . Tetapi harus diingat di kedai2 magnum , sport toto , Kuda semuanya ada juga muka Melayu pergi beli .
baca di sini pandangan oleh Dr Asri klik di sini
Apa perlunya kerajaan untuk memberi lesen judi kepada bookie? Tak kan kerana nak banteras judi haram dan kutip cukai hingga terpaksa menghalalkan benda ni ?? Biar pi la bukan Islam ini nak pi main judi haram ka , bukannya kacau kerajaan pun dan umat Islam .
Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.
Cukup dangkal sekali kalau kerajaan cakap berlandaskan kajian yang dibuat kononnya negara lain seperti Singapura, Australia dan Hong Kong juga setuju memberi lesen petaruhan sempena World Cup ini .
Wahai Pak Menteri seperti Awang Adek , Judi tetap haram,janganlah dengan hanya sebab untuk mengelakkan judi haram,pak menteri mahu menghalalkan semata mata mahukan kutipan cukai kepada negara.Percayalah judi bola sepak ini hanya menguntungkan syarikatnya saja bukannya kerajaan pun malah mendapat malu lagi kerana meluluskannya .
Sudah tidak ada jalan penyelesaiankah untuk membenteras judi haram? Sedangkan ketika polis menyerbu premis judi haram ini , duit rampasan kerajaan dapat juga tapi mungkin tidak sama la jika duit dapat bila lesen diberikan . So , cadangan yang mudah untuk banteras judi haram ini kerajaan hendaklah tingkatklah penguatkuasaan terhadap judi2 ini ketika berlangsungnya Piala Dunia .
Selain itu, jika judi ini dilaksanakan maka ia akan menjejaskan imej negara sebagai negara Islam yang dihormati sebelum ini , rasuah akan berleluasa dalam bola sepak tempatan , meningkatkan lagi hutang dikalangan rakyat dengan Ah Long , dan sumbangan daripada duit judi kepada sukan negara adalah HARAM !!
PB menyeru PERKASA, PEMUDA UMNO , Pertubuhan2 Belia , NGO2 Melayu dan Islam membantah keputusan kerajaan memberikan lesen judi ini kepada golongan kapitalis kafir Berjaya Group ini ....
saya memohon agar menteri meneliti dahulu apa yang ingin dilakukan dan dimaklumkan sebelum bercakap kepada rakyat, agama Islam perlu kita jaga, adakah sampai matlamat menghalalkan cara..sepatutnya perkara sebegini boleh dielakkan. ini menjadi modal besar kepada pembangkang dan seterusnya memalukan agama Islam
matlamat tak boleh menghalalkan cara