Khalid Nordin harus bertanggungjawab forum hina Tun M diadakan di UM

on Sunday, May 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Bila PB membaca Utusan hari ini , terdapat sebuah forum yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, kelmarin yang berkisar tentang buku tulisan Barry Wain mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Difahamkan dalam forum tersebut, Wain yang merupakan penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbelent Times bersama dua lagi ahli panel menghentam mantan Perdana Menteri. Buku tersebut mencetuskan kontroversi kerana ia memuatkan penulisan yang menghina kepimpinan negara dan institusi Raja-Raja Melayu.

Forum itu yang berselindung atas nama wacana ilmiah dan menganalisis buku, menjadi medan menyerang Mahathir, Melayu dan kerajaan. Khabarnya beberapa ahli akademik terkejut dengan pengisian forum itu yang dihadiri kebanyakannya peserta bukan Melayu.

Kepada Kementerian Pengajian Tinggi diketuai Khalid Nordin dan Timbalannya Saifuddin Abdullah , PB ingin tanya mengapa forum seperti itu diadakan di universiti awam seperti UM ?

Kenapa Universiti Malaya ini liberal sangat kepada pihak yang cenderung memperlekehkan pemimpin dan kerajaan ?

Menurut sumber , hadirin yang 400 orang adalah 90% bukan Melayu. Serangan yang dilakukan adalah tidak objektif tetapi berdasarkan serangan peribadi kepada Tun M .

Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu.

Nampaknya Menteri Pendidikan Tinggi tidak faham ke atau buat2 tak faham mengenai kesannya jika membuat forum ini di kawasan universiti ??

Aku syorkan gugurkan sahaja Khalid Nordin ini dari Menteri KPT , student yang benci kerajaan pun kerana meluat dengan dia la .. tidak mesra dengan pelajar berbanding dengan Timbalannya.





3 Responses

  1. Anonymous says:

    Khaled Nordin sendiri memang tidak suka pada TDM. Kerana itu, apa yang berlaku tidaklah menghairankan.

  2. Anonymous says:

    janganlah terlalu cepat mengambil tindakan diatas satu-satu pekara.bagi tuan seorang yang berpengalaman,apa ada dengan budak-budak mentah yang berceloteh ini.mereka sendiri jika kita tanya dimana mereka berada mungkin kita tak dapat jawapanya.penilaian kita orang yang lebeh pengalaman tentu tahu dimana TDM itu hendak diletakan.usaha siapa mereka ini dah pandai bercakap/berpidato.biarkan anak-anak ini mengasah bakat.besok bila keluar dari pusat ini tanya boleh buat kerja atau tidak?.

  3. rasa2 menteri ni dan timbalannya same aje...tak org yg terpelajar tak tahu nak bandingkan yg mane baik yg mane burok....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.