Bila Prebet KJ kembali dari medan perang...

on Wednesday, May 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





semangat ketenteraan yang waja kini di dalam jiwa beliau .. Ketua Pemuda Pas dan PKR
ada berani ke masuk latihan askar ??



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya.

Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan.

“Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.



Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. - BERNAMA

Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, semalam. - Foto THE STAR Oleh NG BOON TAT


2 Responses

  1. Buatlah apa ug terbaik untuk diri sendiri. Kalau nak dengar apa orang cakap hidup akan menjadi rumit. Semua anak muda sepatutnya diarah menjalani latihan tentera seperti di Singapura dan negara lain.

  2. Unknown says:

    apapun saya salute khairy dalam perkara ini , dia buktikan dan jadi teladan pada yang lain , satu contoh yang bagus , pemimpin2 Umno lain ada berani ke sahut cabaran ?
    latihan sebegini membentuk jiwa yg kental , semangat juang yg jitu ,disiplin diri , patutnya semua pemimpin2 Umno diwajibkan menjalani latihan [asas] ketenteraan , tahniah khairy ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.