Bila Asri marah dengan UMNO dan memuji PAS

on Sunday, May 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


PB cukup terkejut dengan kenyataan terbaru artikel Dr Asri dalam Malaysiakini iaitu ULAMA UMNO BAKAR KAPAL.

Semua isu yang dilaksanakan kerajaan dibantah keras oleh Dr Asri seperti isu sebat, masuk masjid, peguam syarie bukan Islam yang jelas bercanggah dengan majoriti alim ulama Malaysia .

Contoh dalam dalam isu peguam syarie bukan Islam , Dr Asri mudah menyatakan selama 50 tahun negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Selain itu , beliau menyatakan agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam . Malah beliau juga mendakwa generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Siapa generasi Islam terpelajar ini ?? Adakah puak2 generasi Islam liberal seperti khalid gereja dan geng sister in Islam ?? Adakah pelajar2 pondok agama ini juga bersetuju pandangan Asri ini ??

Dalam isu kalimah Allah sendiri , fahaman yang dibawa Dr Asri yang jelas bercanggah dengan IJMAK ULAMA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah pandangan Dr Haron Din sendiri menyatakan bahawa kufur jika sokong penggunaaan kalimah Allah oleh agama lain .




Asri dengan hebatnya memuji PAS sekarang yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. hahaha ..cukup kelakar sekali pandangan Asri yang bersekongkol dengan parti yang menjadi pelacur politik sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk politik .

Biar lah UMNO dikerumuni orang yg narrow minded seperti Asri cakap demi pertahankan kesucian agama Islam .

Pandangan PB mengenai Dr Asri ini adalah beliau adalah seorang pemimpin Islam yang mahu buat reformasi agama dam pembaharuan seperti mana pengasas Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi ( Ibnu Taimiyyah ) .Pemikiranya menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara di Arab Saudi .

ikuti juga pandangan Sdr Panglima Perang Cyber Dr Asri Panas Hati Kerana UMNO Tetap Menolak Fahaman Wahabi

baca juga di sini isu fahaman puak Wahabbi menyatakan "Allah Bertempat " dan jawapan oleh JAKIM

Siapa puak Wahabbi ini ?? klik di sini


4 Responses

  1. Anonymous says:

    tak hbs2 dgn wahabi...dia tak ngaku wahabi pon..melebelkan seseorang adalah tidak baik..tak ke baik if seorang itu bila bercakap..menggunakan kalimah2 ayat suci al-quran n as-sunnah..daripda orang yg cakap semberono sahaja ? mane kte sokong..kite sokong..yg mane jelas tak betul..kite tolak sekeras2nya..wallahualam

  2. Anonymous says:

    sapa nak mengaku ...haha tetapi org yg faham agama tengok tindak tanduk dia pun sudah tahu ..


    bukan minda ..guna akal dan fikir sendiri ..

  3. Anonymous says:

    Kena salahkan Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bawa masuk Dr Asri ni ke persada politik. Bermula dengan TOk Mufti Perlis, nama dia dah terkenal pastu mula naik tocang. Shahidan yang salah dalam bab ni.

  4. Anonymous says:

    dajal/ penipu yang sudah/akan terbit bukan mata satu sebagaimana kita dengar dari cerita dulu kala.sekiranya kita mengikut/membaca tafsiran Al-Quran(tafsiran Al-Azhar) ada menceritakan didalam surat Al-A'raf ayat 187 muka surat 2637, adalah terdiri dari manusia itu sendiri.mereka ini ingin mencari pengaruh.untuk kebaikan bacalah sendiri dan memahaminya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.