Anwar janji TPM dapat kepada DAP jika PRU 13 menang , PAS dapat apa ???

on Thursday, May 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Anwar didalam satu temuramah dengan akhbar berbahasa cina Nanyang Siang Pau, telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum cina DAP jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang.

Anwar juga telah memberi jaminan bahawa kaum cina tak akan dipinggirkan didalam jawatan-jawatan kanan pentadbiran kerajaan seandainya dia berjaya menjadi Perdana Menteri nanti.

Saya terfikir, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Pas? Mungkin Hj Hadi hanya layak diletakkan sebagai Menteri Alam Sekitar sahaja kerana keHIJAUan flora dan fauna amat sinonim dengan Pas.

Nik Aziz pula mungkin hanya layak sebagai Menteri Penerangan kerana dia amat mahir didalam bab-bab memutarbelitkan kenyataan dan juga fatwa-fatwa meng"halal"kan tindak tanduk kerajaan Anwar.

Yang saya nampak, cuma inilah saja yang bakal diperolehi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pas ini.

Didalam percaturan politik Anwar Ibrahim, Pas langsung tidak dipandang tinggi. Bagi Anwar, pemimpin-pemimpin Pas hanyalah umpama budak suruhan yang digunakan untuk membuat kerja kotor serta membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh DAP dan PKR.

Pas dimata Anwar hanyalah satu medium baginya untuk meraih sokongan bangsa melayu didalam memastikan mimpinya menjadi menjadi Perdana Menteri tercapai. Tak lebih dari itu.

Bagi saya, amat malang sekali nasib pemimpin-pemimpin serta jemaah Pas kerana masih "buta" untuk menyedari hal ini. Mereka telah ditipu hidup-hidup oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini tanpa langsung mereka sedar.

Jika ini keadaannya, bagaimanakah Pas mampu merealisasikan impian ntuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini? Setakat jawatan Menteri Alam Sekitar kepada Hj Hadi dan juga Menteri Penerangan kepada Nik Aziz, Pas nyata tak mempunyai suara langsung didalam barisan kabinet Anwar nanti.

Yang paling malang, Pas terpaksa "tunduk sujud" dibawah "tapak kaki" cina DAP yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tambah-tambah pula jika Karpal atau Gobind diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri, lagilah ulamak-ulamak politik Pas menikus menyorokkan kepala mereka didalam jubah sendiri.

Saya yakin jika ini semua ditakdirkan Allah SWT menjadi kenyataan, akan terkebil-kebil lah mata jemaah Pas sekalian.

Nak marah tak boleh kerana mereka juga yang beria-ia benar menyokong Anwar dan memuja kafir DAP sebelum ini. Nak minta tolong kepada Umno pun tak boleh juga kerana Umno telah mereka "kafirkan" selama ini dan melayu/Islam didalam Umno juga telah mereka ishtiharkan sebagai "musuh yang nyata".

Nak memohon doa kepada tuhan pun pastinya mereka malu kerana selama ini merekalah yang beria-ia benar mahukan kerajaan BN/Umno tumbang dan digantikan dengan pemimpin terulung seperti Anwar Ibrahim.

Maka, terpaksalah mereka gagahkan diri berkhidmat kepada kafir harbi DAP yang menjadi "tuan" mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri di Tanah Melayu ini.

Tunduk sujudlah semua jemaah Pas kepada kaum kafir yang mereka angkat sebagai "Khalifah" walaupun mereka didalam keadaan terpaksa.

Apa nak buat, nasi sudahpun menjadi bubur. Suka tak suka, terpaksalah terima kerana itulah pilihan mereka.

sumber : che wan


4 Responses

  1. gome says:

    MINTA DI JAUHKAN ALLAH!!!NAUZUBILAH..........

  2. Salam,

    Dapat bau hancing lah apa lagi

  3. Anonymous says:

    Mimpi Anwar....? itu pun jika Allah perkenankan mimpinya..... Tapi kalau dia ada niat dan konspirasi (selama ni dia tuduh pihak lain yang berkonspirasi) nak gugat Islam dan umatnya, macam nampak gaya Anwar mungkin gigit jari. Contohnya, tembelangnya satu-persatu terdedah, PKR pimpinannya hari demi hari makin longgar..... dan konco-konconya dlm PR mula sedar mereka hanya tidur sebantal tapi mimpi lain-lain..... Hidup Islam dan umahnya.....

  4. Anonymous says:

    kemungkinan boleh jadi sekiranya dalam perkiraan mereka dapat tarik lagi 30% melayu untuk menyokong mereka.harap melayu jangan tidur lagi.buang sifat kerja dua hari cuti tiga hari.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.