SPM : Lulus BI wajib ?

on Tuesday, June 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.

“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.

“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.

“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.

“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.

Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.

“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.

Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.

“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.

“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.


Komen PB

Saya sebenarnya tidak setuju langsung cadangan ini kerana jika ia dijadikan syarat ,kebanyakan pelajar-pelajar sekolah luar bandar akan tercicir .Saya ambil contoh rakan baik saya ,dia failed SPM dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi mampu menyambung pelajaran ke politeknik dalam kursusu sijik elektrik . Jika pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya failed dalam bahasa inggeris ,bermakna keputusan SPM mereka gagal .Mereka terpaksa mengulang semula belajar dan ini cukup menyusahkan mereka . Oleh itu ,kementerian pendidikan tidak perlu mewajibkan subjek bahasa inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM dan kite teruskan dengan syarat yang sedia ada.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Saya cadangkan :
    WAJIB LULUS
    1) Bahasa Malaysia
    2) Bahasa Inggeris
    3) Sejarah

    Jika mereka kantoi salah satu atau kesemua daripada subjek di atas, mereka boleh mengambil semula pada bulan JULAI atau masa tertentu yang difikirkan sesuai.

    Kepada mereka yang masih lemah subjek di atas, kita perlu menyediakan tempat kemahiran atau teknik atau vokasional supaya mereka ada tempat untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan kepada mereka suatu hari nanti serta dapat memenuhi tanggungjawab mereka kepada keluarga dan negara.

    ADAM AMIN
    Kg Jerlun
    Kedah

  2. Bagus,semua orang umno akan sokong. apa makna hidup di dunia ini kalau tak pandai berbahasa Inggeris.
    Lepas ni, kita cadangkan pula, tok guru nak dapat tauliah mengajar kat mesjid di kampung jugak mesti amik kertas BI, sebab ramai anak kg dah pandai BI dan mungkin tak faham BM lagi.
    Agungkan lah Bahasa PENJAJAH yang dikutuk saban hari oleh orang melayu. kutuk, kutuk jugak..bahasa dia kita julang tinggi2. inilah melayu Glokal.

    Isu PPSMI belum dijawab, dia bawak mari pulak isu 10 subjek SPM, belum jugak dijawab, kemudian bawak pulak wajib lulus BI. TPM ni saya rasa mungkin sedang mencari tapak 'kubur' politik beliau.
    Lagi cepat la 5 sasterawan Negara pulangkan anugerah yang mereka terima dan...A.Samad Said dah dapat anugerah bagi mengganti anugerah yang akan dikembalikan olehnya, iaitu kata beliau "anugerah dari government in waiting"

  3. Irene says:

    Salam PB,
    saya amat tidak setuju jika matapelajaran BI wajib lulus peringkat spm. kalau kita lihat skrg, BI wajib lulus dalam PMR ..dan rata2 sekolah diluar bandar gagal mencapai tahap kecemerlangan dalam PMR krn ukurannya adalah BI. Andainya niat tu diteruskan untuk SPM..bermakna akan lebih ramai anak2 melayu luar bandar yang akan tercicir.

  4. Anonymous says:

    ni bukan kita sokong cadangan parti politik anak jati perak.. ni kita mempersoalkan tentang pendidikan negara kita. apa yang dikatakan oleh pejuang bangsa adalah betul.. tambahan lagi kalau nak tunggu paper julai pun itu satu masa yang agak lama juga. Ada bagusnya b.i diwajibkan juga sebagai penganti kepada ppsmi yang sasterawan dok bangkang tu kan. Bukan kita mengagungkan bahasa penjajah tetapi itu satu keperluan utk masa depan. mungkin tidak bagi kita tetapi bagi anak2 kita pada masa hadapan. jangan berfikiran singkat.. jangan pentingkan diri sendiri .. ini semua utk anak2 kita suatu hari nanti ..

  5. Kenapa bising2 bila BI diwajibkan lulus? Nak masuk IPT pun kene lulus BI. Bukannya wajib Kredit BI ke apa...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.