Mulakan muzakarah UMNO-Pas - Khairy

on Sunday, June 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional.

Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional.

''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara.

''Inilah masa yang sesuai untuk memulakan muzakarah,''
katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti.

Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam.

Kata beliau, kerjasama ini termasuklah yang berhubung kait dengan resolusi Pemuda Pas yang mahukan dasar menetapkan 30 peratus ekuiti bumiputera dikekalkan.

''Pemuda UMNO mengalu-alukan komitmen Pemuda Pas melalui resolusi mereka itu yang sememangnya konsisten dengan perjuangan UMNO di mana kita melihat kemajuan orang Melayu sebagai agenda nasional.

''Jadi saya berharap Pemuda Pas boleh bekerjasama dengan kita untuk sama-sama merealisasikan matlamat ini dan perkara lain yang berkepentingan Melayu,'' katanya.

Pemuda Pas yang melangsungkan muktamarnya kelmarin meluluskan lima resolusi yang satu daripadanya ialah menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti untuk golongan bumiputera.


Bagaimanapun, MCA dalam reaksi segera mereka membidas resolusi berkenaan sambil menyifatkan resolusi itu sebagai tidak membantu memajukan negara sebaliknya hanya bersifat jangka pendek.

Sementara itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau percaya peluang untuk kedua-dua parti membentuk kerjasama adalah cukup cerah malah skopnya juga tidak hanya terhad kepada sesuatu perkara sahaja.

Kata beliau, keyakinan ini berdasarkan pemikiran ahli akar umbi Pas yang dilihat berbeza dengan rakan kongsi mereka dalam pakatan pembangkang.

''Malah jika kita lihat kepada keputusan pemilihan muktamar parti itu kali ini termasuk bagi jawatan timbalan Presiden, saya nampak skop kerjasama terbuka luas.

''Ini belum lagi diambil kira pada resolusi-resolusi yang dibuat pada muktamar ini yang menunjukkan pemikiran akar umbi berbeza dengan rakan kongsi Pas dalam pembangkang,''
jelasnya.

Komen PB

Kerjasama dan muzakarah antara UMNO dan PAS ini boleh dilakukan jika ia baik untuk kestabilan politik negara dan juga rakyat.Elemen yang penting sekali dalam pembentukan kerjasama antara UMNO dan PAS ini ialah perlu ikhlas. PAS pulak tidak seharusnya menuntut yang bukan @ meletakkan syarat jika mahu kerjasama dalam menubuhkan kerajaan perpaduan ini. Untuk itu , pada pendapat saya permulaan itu muzakarah UMNO -PAS ini perlu dimulakan dengan mencari titik temu persamaan antara UMNO dan PAS .


Link
Muzakarah UMNO - PAS mimpi dalam paksaan
Bukan 'kuda tunggangan' -Muhkriz
Hanya kerjasama bukan bergabung dengan UMNO - Ustaz Nasha


One Response

  1. salam..

    setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia.

    Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

    Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut..

    usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya...

    saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.

    Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

    Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu.

    Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

    apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

    http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

    Moga Allah menyatukan hati hati kita semua.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.