PR di Pulau Pinang bergolak kembali

on Thursday, June 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait (foto) pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut
.klik di sini


Baru semalam Harapan Baru Pulau Pinang mengangkat sumpah memegang jawatan TKM 1 PP ,hari ini pulak timbul pergolakan iaitu tidak puas hati perlantikan YDP MPSP baru iaitu Moktar Mohd Jait iaitu dari latar belakang kakitangan awam .
PKR PP yang dikepalai Zahrain sebenarnya memang cukup rakus dan merebut kuasa ,jawatan dan kedudukan yang boleh buat duit masuk poket mereka. Ketua mereka pun gila kuasa juga dan masih lagi dok berangan mat jenin hendak jadi Perdana Menteri .

Wakil-wakil Parti Politik PKR jelas sanggup memboikot majlis angkat sumpah Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang yang baru Tuan.Hj.Mokhtar bin Mohd.Jait bekas Pegawai Daerah Sebarang Perai. Johari (orang kuat PKR P.Pinang) ugut dengan memberi amaran kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa beliau dan lapan ahli majlis PKR akan letak jawatan sekiranya tuntutan Yang Di Pertua dilantik dari kalangan ahli politik PKR . Ahli Majlis PKR tidak mahu perlantikan Tuan.Hj.Mokhtar Mohd.Jait dari kalangan pegawai kerajaan. MPSP mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri dari DAP (10), PKR (9), PAS (2) dan NGO (3)

Ini baru setahun lebih sahaja memerintah ,sudah jadi kelam kabut untuk merebut kuasa.Pemerintahan PR di PP cukup bermasalah ,sebelum ini isu fairuz dan kini pulak berebut YDP MPSP . cukup memalukan apabila mereka yang di dalam ceramah-ceramah mengatakan BN parti yang gila kuasa tetapi rupanya orang PKR sendiri yang rakus dan tamakkan kuasa sehingga sanggup ugut lagi .

Link
Isu Rebut Kuasa, Pakatan Pembangkang Ibarat "meludah ke langit".

PKR gila kuasa di Pulau Pinang


3 Responses

  1. Senjaliza says:

    Pertanda bahawa Pakatan DAP PKR dan PAS tak serasi. Bila DAP lead, DAP pasti buat Melayu lawan Melayu supaya ahli DAP menang. Strategi biasa DAP: Pertama dia akan bagi Pangkat Besar. Lepas itu dia tak bagi peranan. Langkah seterusnya dia tuduh tak efesyen dan perlu diganti. Maka Melayu dan Melayu gaduh. Fairus mangsa Pertama. Ini mangsa ke 2. dan ramai lagi akan jadi mangsa seperti mereka buat dengan Melayu Singapura. Dia tetap Perintah! Laknat punya strategi.

  2. Anonymous says:

    Melayu menggadai melayu dah lama berlaku. Umno yang menggadai hak Melayu. Ahli UMNO Membuta tuli menyokong satu Malaysia. Bahasa pun tak dapat disatukan inikan pula satu malaysia. Akan berkubur lah orang Melayu bersama Bahasanya sekiranya UMNO telus memerintah. Tengok sendirilah. Pemimpin UMNO hanya pentingkan duit untuk jadi kaya dan rakyat biarlah papa. APA jadi dengan PROWARIS. Tak nak bangun memperjuankan BAHASA Melayu

  3. sakariya says:

    Salam semua,

    Senjaliza....
    ------------
    Jangan cakap pasal Melayu Singapura, Melayu Malaysia dibawah ameno banyak yg merempat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.