Nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin letak jawatan

on Wednesday, June 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan hari Rabu melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan ‘orang kuat’ kepada idea tersebut.

Melahirkan pendiriannya, beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan terbaru berhubung kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Nasharuddin hari Selasa menyambut baik reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menilai PAS ikhlas dalam melontarkan idea kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.- 17/6/20

Reaksi Pemimpin UMNO

"Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO”, YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO

"Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima.Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya.YB Datuk Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO

Komen PB

Nik Aziz marah betul gara-gara UMNO -PAS mahu bersatu demi masa depan agama dan bangsa . Fikir-fikirkan la kerana Islam sendiri menyuruh umatnya bersatu dan jauhi persengketaan tetapi pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Islam sendiri tidah mahukannya.Penyatuan sesama umat Melayu dianggap seperti SAMPAH !!


3 Responses

  1. Amie says:

    Nik Aziz berkata isu kerajaan perpaduan yang cuba diusahakan Nasharuddin adalah "sampah" bagi PAS...

    Huhh.. Heran aku... Tergamak Tuan Guru Nik Aziz ni menganggap perpaduan yang mampu menyatukan orang Melayu amnya dan umat Islam khasnya di negara ini sebagai SAMPAH!!!... dimanakah semangat Ukhwah Islamiah Tuan guru ni??...

    Kalaulah Rasulullah, para sahabat dan kalifah Islam yang terdahulu mendengar apa yang dikatakan Nik Aziz ini, adakah mereka akan mengatakan:
    "MasyaAllah, inilah pejuang Islam yang sebenar"

    Tepuk dada, tanya selera... hehehe...

  2. Nasaruddin adalah pemimpin kanan Pas yang dipilih secara demokratik dalam Pas dalam pemilihan yang lalu. Oleh kerana Ustz Nasa menang dengan Husam anak didik Nik Aziz beliau terus di cop mempunyai haluan yang berbeza dan boneka UMNO .

    Yang tidak demokratik adalah Nik Aziz kerana jawatannya sebagai Mursidul Am Pas adalah jawatan lantikan. Rupanya dalam dunia ini ada juga orang yang dilantik mahu menjadi DIKTATOR...

    Malangnya Pas kini terus dirundung dengan pelbagai kemelut dalaman yang dicetuskan oleh kumpulan Erdogan, dan penasihat utama Nik Aziz .

  3. Nik Aziz semakin tidak relevan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.