Manik Urai : Pengurus Kanan VS Penjual Ikan

on Monday, June 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Calon BN daripada UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat adalah dipilih berdasarkan selera pengundi serta perubahan yang sedang dilakukan parti bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Perlu ditegaskan bahawa tidak berlaku `cah keting’ kerana Tuan Aziz diterima semua pihak samada diperingkat bahagian ataupun pemimpin tertinggi parti.

Beliau juga diterima masyarakat setempat kerana sering berurusan dengan mereka sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Tuan Aziz adalah anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerana dibesarkan di kawasan ini, beliau memang tahu kehendak penduduk disitu.

Anak seorang guru ini berkahwin dengan Suzana Husin yang juga seorang guru mempunyai rekod perkidmatan yang cemerlang, berpengalaman dan yang lebih penting beliau bukan PENJUAL IKAN.

Pemilihan calon yang berkebolehan dan layak adalah penting supaya `tragedi memalukan' yang berlaku di DUN Perak tidak berulang apabila pengundi-pengundi memilih `beruk-beruk' menjadi anggota dewan.

sumber : UMNO Bagan Pinang

link
Penceramah BN diarah jangan sebar fitnah di Manik Urai
Ikan ikan ..pemborong ikan

Komen PB

PAS ini tiada calon lain ke yang lebih layak menjadi pemimpin . Kalau sapa nak jadi wakil rakyat lepas ni ,balik kampung jadi tok peraih ikan boleh la layak jadi wakil rakyat PAS..hehe . Jika kriteria itu dijadikan kayu ukur maka sudah tentu PAS perlu lebih ramai pemborong ikan atau udang untuk dijadikan pemimpin.

Ini menunjukkan PAS di Kelantan ketandusan calon yang berkaliber dan berpendidikan sikit untuk dijadikan pemimpin . Memang kita ketahui dari sudut geografi Manik Urai ini terletak agak pendalaman dan terpencil ,tetapi cari lah pemimpin yang boleh kata globalisasi ( seperti kata abe mie) untuk dijadikan pemimpin . Ambil pemimpin penjual ikan ,maka jika menang nanti DUN akan jadi seperti pasar la jawabnya .

Mungkin ada juga orang cakap PAS terlalu over confident boleh menang 100% di Manik Urai dan jika diletakkan siapa pun confirm akan menang . Cari la pemimpin yang elok sikit wahai Nik ajis ,aku ingat di Kelantan cukup ramai rakyatnya yang mempunyai degree,Phd untuk diangkat menjadi calon . Penjual ikan pun penjual ikan la....Orang yang dituduh peliwat pun boleh diangkat dan dijulang lagi menjadi pemimpin .


6 Responses

  1. Ezad says:

    layak la tu.

    senang org manik urai nak dpt ikan murah2 nanti..

    undi pas dpt ikan free..

    hahaha

  2. Anonymous says:

    orang PAS perintah tak dapat apa pun.masalah penduduk kampung manik urai tak dpt diselesaikan .

    contohnya penduduk kampung Peti Undi Laloh, Manik Urai. Rintihan mereka cuma satu , perbaiki sistem perparitan di kampung ini kerana terlalu mudah berlaku banjir . tetapi apa nik aziz dan kerajaan negeri kelantan lakukan untuk bela rakyat mereka ???

  3. Unknown says:

    lawati blog saya, lihat foto petugas umno di manek urai yang ramah tamah

  4. Nik Amir. says:

    Jangan hina orang.Tak baik. kita blogger UMNO kena tunjuk kematangan.PAS bukan parti kita. Dia nak hidup atau mampus dia punya pasal.Kalau UMNO yang pilih calon macam tu baru kita boleh melenting.

    Yang kita dok hina peraih ikan tu kenapa.sedangkan masa mengundi yang gila pun kita angkut.Ini nasihat.Kita cakap pasal kita dan perbezaan pendekatan kita dengan PAS.

  5. Pak Abas says:

    Aku setuju dengan pendapat Nik Amir. Masa nak raih undi orang cacat pun kita belai mereka demi nak dapat 1 undi. Jangan suka hina orang, nanti orang hina parti kita balik.
    Contohnya ada orang PAS bezakan kenapa peraih ikan diperlekehkan tetapi perasuah seperti Ali Rustam dan Khairy Jamaludin kita tak singkirkan dari parti kita??? Ada kebenaran...

  6. Nabau says:

    Perasuah lebih mulia dari penjual ikan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.