Adun DAP Jawi nak letak jawatan pulak gara-gara RM 2000

on Thursday, June 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


1. Isu rasuah dan penyelewengan sekali lagi menghantui Khalifah Umar Abd Aziz Pas iaitu LIM GUAN ENG .Kali ini kita ke selatan pulak di Seberang Perai iaitu ADUN JAWI Tan Beng Huat yang telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu hari ini . klik d sini

2.Melihat sendiri senario pemerintahan DAP-PKR di PP ini yang seperti cakap tak serupa bikin dan ibarat seperti meludah ke langit dan kena muka depa balik .Mereka dulu cukup hebat mengutuk dan menuduh kerajaan BN dahulu banyak rasuah dan terlibat dalam skandal tanah . Kini apa yang mereka tuduh BN itu sudah pulang balik kepada mereka.LGE pada awal-awal pemerintahannya punya lah gah memperkenalkan CAT sebagai prinsip yang perlu dipegang dalam membentuk pentadbiran negeri, namun apa yang dapat dilihat kini adalah kegagalan pemimpin bawahannya untuk menggalas prinsip tersebut yang dibuat oleh mereka sendiri .

3.Sebelum ini kes fairuz khairudin yang dikatakan salahguna kuasa dan terlibat dalam isu kuari sehingga membawa ke perletakan jawatan dan diadakan PRK Penanti .

4. Terbaru ,kes di DUN Jawi yang diwakili oleh DAP telah didapati membuat tuntutan sebanyak RM2000 bagi urusan pembelian set audio visual untuk diserahkan kepada sebuah pertubuhan orang-orang Cina dalam kawasannya. Menurut sumber, pembelian set tersebut yang merangkumi sebuah television dan pemain cakera padat hanyalah sekitar RM450 sahaja.

5.Adun DAP itu menafikan berlakunya salah laku berhubung penajaan RM2,000 untuk pertubuhan amal. Beliau berkata, pihaknya meluluskan permohonan penajaan itu dan tidak terbabit dalam pembelian set televisyen dan pemain cakera padat.Katanya lagi, beliau terkejut apabila diberitahu nilai barangan yang dihantar kepada pertubuhan berkenaan kurang daripada RM2,000. Tan juga turut mengesahkan pegawai SPRM sudah mengambil kenyataan daripadanya. Malah, beliau berkata, tuduhan ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, terhadapnya berasaskan agenda peribadi.

6. Itu lah wahai Pakatan Rakyat, jangan anggap pemimpin anda semuanya maksum dan tidak melakukan dosa. Tamak dan mudah gelap mata apabila berdepan dengan wang kini sudah di depan mata anda . Dahulu boleh la anda cakap pemimpin BN rasuah tetapi kini Pakatan sudah ada kerajaan sendiri , isu rasuah ini tidak mustahil boleh berlaku .


4 Responses

  1. Bajhageni says:

    Kalaun dah rasa bersalah bagus le dengan rela meletak jawatan.. Tak la jadi macam muharam dan safar.. masih boleh kata perniagaan kanda maju.. kekanda orang jujur sebab itu perniagaan kekanda boleh untung.. Bini pulak bila dapat tumpang tuah jadi bendul...

  2. Dr. Azman says:

    Nampak sangat motto kerajaan negeri pulau pinang iaitu cekap, akaubiliti dan telus atau cat tidak diamalkan

    kena tukar jadi curi, konspirasi dan tamak

    Salam Perjuangan

  3. ANGAH says:

    FAIRUZ DAH TERBUKTI TIDAK BERSALAH...LETAK JAWATAN UNTUK BUKTIKAN KETELUSAN PAKATAN...KHAIRY KONPOM KONPOM DAH SALAH...MASIH MEMEGANG JAWATAN DLM PARTI...U ALL PON DIAM JEK...MUNGKIN UMNO KETANDUSAN PEMIMPIN...RASUAH PON OK LA...HAHAHA

  4. salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.