Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..

on Friday, February 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Nizar tetap enggan serah kereta MB
Feb 27, 09 2:53pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.( MAKLUMAT APA LAGI ,HAIRAN PERASAN LAGI DIA MENJADI MB DAN NIZAR DAN KENA PENYAKIT GILA MEROYAN JADI MB )

Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

KOMEN PB

Biarlah Nizar ini guna Kereta Camry kesayangnya itu ,patut la mereka kalut sangat nak tukar kereta dari Perdana ke Camry kerana Camry ini memang idaman Nizar .Muka dia memang muka tak tahu malu langsung .


pautan


Bekas MB Pas yang kemaruk Camry


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bodoh!!Bn dan UMNO yang tak tau malu!!Rampas kuasa dari belakang dengan cara keji!!Dan salahkan DSAI!!Bodoh!!Kita Rakyat M'sia akan tanam BN mati sampai tak boleh banagun pada pilihanraya akan datang!!

  2. haha kita tunggu siapa yang akan mati !! Pakatan ke BN !! di Perak ,Nizar Namrud sudah tumbang kerana keangkuhan dirinya dan membela cina kerana mengikut telunjuk DAP

    sekarang Allah telah tunjuk kuasanya bahawa Nizar hanya perintah 11 bulan ,Qada dan Qadar telah nyatakan Nizar duduk kerusi MB selama itu shj .

    Allah telah selamatkan negeri Melayu Islam Perak dan mengembalikan kuasa kepada yang berhak iaitu Kuasa Melayu ISLAM ..Kerajaan ISLAM !!

  3. kenapa la org melayu ni tak sedar2 diri yang jauh da ketingalan dari segala segi lagi nak bertekak

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.