Pengorbanan Besar Pak lah untuk UMNO

on Thursday, October 9, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

"keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Abdullah itu menggambarkan bahawa beliau menjadikan perpaduan sebagai pilihan utama bagi mengelakkan perpecahan.

Dalam hal ini saya sentiasa berpegang kepada pembawaan, bimbingan dan tunjuk ajar yang saya percaya jadi pegangan Pak Lah. Perpaduan itu penting untuk memastikan parti kita kuat"

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan

”Jelas Pak Lah adalah pemimpin yang mementingkan parti dan kerajaan dari diri sendiri. Walaupun berbagai bagai reaksi diberi oleh ramai org terhadap track record kepimpinan Pak Lah, saya berpendapat sejarah akan membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang telah membuka ruang demokrasi dan keterbukaan dalam parti dan kerajaan.

”Apabila generasi muda akan datang membaca buku sejarah, saya pasti Pak Lah akan disebut sebagai negarawan yang telah mengajak rakyat menghargai nilai nilai ketelusan,kebertanggungjawaban, integriti dan kemuliaan dalam kerajaan.

”Maka itu, saya bagi pihak warga Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah atas segala khidmat dan usaha beliau”, katanya.

Ketua Pemuda UMNO Perak pula, Zainol Fadzi Paharudin

Amat jelas Datuk Seri Abdullah memiliki tahap tanggungjawab yang hebat demi memikirkankan kepentingan bangsanya, kebaikan partinya dan masa depan negaranya. Terima kasih Pak Lah atas segala Pengorbanan”,




Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin


"Tentu ia satu pengorbanan yang cukup besar kerana bukan mudah untuk menyerahkan kepimpinan. Saya kira beliau telah mengambil kira daripada semua sudut apa yang harus dilakukan dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi,’’

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

“Kita menghormati keputusan beliau dan mengucapkan terima kasih atas segala jasa Pak Lah selama ini kepada parti serta kerajaan. Kita juga nampak semua parti komponen BN turut menyokongnya.Ini adalah tugas besar kita dan saya rasa kita perlu bersatu padu dengan memberi sokongan yang kuat kepada Najib untuk meneruskan kepimpinan Abdullah.



Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam

"terukir dalam sejarah negara sebagai keputusan yang berani dan berupa pengorbanan seorang pemimpin yang benar-benar cintakan parti, negara dan bangsanya"

"Rekod beliau memang kontroversi sejak memegang jawatan Perdana Menteri"

"Tetapi kita harus menerima hakikat bahawa beliaulah yang telah membawa proses demokrasi dengan unsur-unsur kebebasan begitu luas kepada rakyat jelata yang tidak pernah kita alami sejak begitu lama dalam sejarah negara," kata Musa kepada Utusan Malaysia malam ini"

"Sungguhpun ada golongan tertentu yang menyalahkan aspek pentadbiran negara yang begitu bebas sebagai menyebabkan keadaan politik negara begitu bergelora, saya percaya semua golongan rakyat yang berfikiran panjang dan luas akan memberi penghormatan yang sangat tinggi dan berharga kepada beliau (Abdullah)."

Musa percaya proses demokrasi dan kebebasan tidak boleh lagi disekat atau dihalang di Malaysia.

"Rakyat Malaysia yang matang dan terpelajar akan terus menuntut proses ini dikekalkan"

"Apa yang menjadi cabaran kepada pucuk pimpinan baru UMNO ialah bagaimana proses ini dipupuk dan diperluaskan dengan bijak dan teratur,"




Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu


"Bagi saya Pak Lah mempunyai falsafah sendiri dalam untuk menjaga tradisi, kepemimpinan dan keyakinan Umno serta BN supaya ia terus kukuh demi perpaduan rakyat. yakin tanggungjawab yang ditinggalkan akan diserahkan kepada Najib sebaik mungkin," katanya.

Setiausaha UMNO Pulau Pinang

"Kita sedih dengan kehilangan ini kerana beliau adalah seorang anak kelahiran Pulau Pinang yang memegang jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun kita terpaksa menerima keputusan itu,"


p/s Pemimpin UMNO datang dan pergi tetapi kali ini aku terasa sedih juga Pak Lah berani melakukan pengorbanan yg besar ini demi UMNO. Pak Lah adalah insan istimewa dan sentiasa senyum walaupun pelbagai dugaan dan cabaran diharungi .Hidup Pak Lah !!

pemuda permatang pauh


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.