Mukhriz & Mahathirisme
Saya kekal menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin merupakan individu yang paling layak menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Meski pun di atas kertas, pesaing utamanya Mukhriz Mahathir kelihatan selesa mendahului dan telah pun disahkan layak untuk bertanding, peluang Khairy masih luas dan cerah. Mungkin analisa Mohd Sayuti Omar wajar dibaca oleh fanatik Mukhriz.
Jika sebelum ini ramai yang melabel bahawa Khairy mendaki kerjaya politiknya melalui pengaruh dari hubungan keluarganya dengan pemimpin tertinggi UMNO, saya kira persepsi itu kini seharusnya dicampakkan kepada Mukhriz. Hakikatnya, Mukhriz menumpang tuah dan pengaruh bapanya, Dr. Mahathir Mohamad!
Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kali ini menyaksikan Khairy selaku anak muda yang lebih matang dan berkarisma. Pengalaman sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selama hampir empat tahun saya andaikan cukup untuk menyediakan Khairy sebagai pewaris kerusi yang antara lain turut pernah diduduki oleh Anwar Ibrahim dan Najib Razak ini.
Kekuatan beliau sebagai seorang pemidato yang berwibawa serta latar belakang pendidikannya yang cemerlang semestinya merupakan salah satu pakej penting dalam beliau berdepan dengan cabaran besar merebut kepimpinan Pemuda UMNO. Melihat dari perspektif hubungan dengan anak muda, Khairy nyata lebih mesra dan dinamik. Berbeda dengan Mukhriz yang lebih aktif dalam lapangan kerja kebajikan dan antarabangsa, Khairy dilihat lebih akrab dengan golongan belia. Mukhriz dilihat sebagai tidak mesra anak muda dan tidak punyai wawasan dan visi.
Memilih Mukhriz bererti menjemput Mahathir untuk kembali berkuasa. Jujurnya, Mukhriz sekadar proksi kepada Mahathir dalam usahanya untuk meneruskan cengkaman dan kawalan ke atas UMNO. Ini ditambah dengan perencanaan untuk menempatkan Najib di kerusi presiden. Percaturan Mahathir kini kelihatan semakin menjadi. Seandainya Najib dan Mukhriz berjaya merebut kerusi yang ditandingi, maka bersiap sedialah untuk melihat Malaysia ditadbir semula dengan fahaman Mahathirisme sebagai teras.
Islam Hadhari tinggal kenangan dan bakal diganti dengan Islam Mahathiri ("Nabi Muhammad tak cukur janggut sebab zaman dia dulu tak ada Gillete"). Nikmat kebebasan dan demokrasi yang sedikit demi sedikit mulai dikecap akhir-akhir ini bakal terhapus dan musnah.
Hidup bernegara akan hilang makna seandainya aliran Mahathirisme ini kembali bertapak di Malaysia. Memilih Mukhriz bererti merelakan sistem kehakiman terus rosak, membenarkan hubungan kaum terus gawat dan mengizinkan kemanusiaan terus bejat.
Saya tegaskan, memilih Mukhriz bukanlah bererti membawa perubahan. Memilih Mukhriz bererti, UMNO akan terus kekal sebegini, dalam keadaannya yang menuju kemusnahan...dulu, kini dan selamanya!
najwanhalimi.com
p/s aku tertarik dgn artikel ini dari sdr Najwan S/U kepada YB Nik Nazmi ,pasti penyokong fanatik muhkriz akan bengang dan marah .
KJ VS Mukhriz & Mahathirisme
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
October
(28)
- Kempen taktik kotor bermula
- Debat Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia
- Khairy layak tanding Ketua Pemuda
- KJ calon terbaik untuk Pemuda UMNO
- Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO
- Biar bukan Melayu benci KJ kerana pertahankan hak ...
- Ada unsur Sabotaj utk KJ
- Apabila Pak Lah mula marah ..
- Timbalan PM in the making sudah rakus dan tak saba...
- Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO,apakah...
- Reduan Tee menegur Lian Hoe ingat sejarah semula
- Saya calon underdog -KJ
- POLITIK WANG MENGUASAI PEMUDA UMNO
- KJ VS Mukhriz & Mahathirisme
- Harga minyak turun lagi...!!!
- UMNO Cheras lancar Tabung Azan bantu Utusan Malays...
- Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan
- Lagu untuk Pak Lah
- Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2...
- Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promos...
- Di Mata Tun Hanya Anakku Mukhriz yang layak
- Pak Lah mencadangkan BN FAN CLUB untuk semua rakya...
- Khairy menang tanpa bertanding di Rembau
- Siapa patut diam - Tun atau Abdullah ?
- Transkrip penuh kenyataan Pak Lah
- Pengorbanan Besar Pak lah untuk UMNO
- KJ membawa semangat "Setiakawan " dalam Pemuda UMNO
- Mac 2009 - Sah Najib PM Malaysia ke 6
-
▼
October
(28)
Salam,
Syukur ada juga pendukung UMNO yang sedar.. jangan termakan dek dakyah perubahan yang ingin dibawa Mukhriz.. ini semua janji mahafiraun untuk terus menindas rakyat kelak...
www.qanunfiatdunia.blogspot.com
Jika Mukhriz nak naik dah lama dia boleh buat. SU ni nak cari political milage untuk diri sendiri.Janganlah nak cakap pasal Mahathirisme alasan paling bodoh.
SU nak jadi kaki kipas pun kena le pandai jugak bukan dengan cara babitkan perkara yg tak sepatutnya. Jika kata Mukhriz kurang berkebolehan mungkin juga ada betulnya tp bila babit perkara tak relevan macam ni awak tu memburukkan lagi kedudukan Khairy.
Kepada r_feev....mujur lah org yg awak gelarkan Mahafiraun tu telah byk bagi kehidupan dinegara ini. Tak tahu berterima kasih atas kesenangan dan kemudahan yg dia telah buatkan bagi memakmurkan Malaysia ini. Bangang jugak rupanya awak ni ya.