Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan

on Saturday, October 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Gerakan akan kekal bersama BN bantu perubahan

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan menawarkan parti itu sebagai bahan eksperimen kepada sesiapa yang ingin bekerja dalam parti berbilang kaum, kata Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Gerakan akan berada dalam BN dalam waktu ini, membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan dalam BN," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-37 oleh Perdana Menteri, di Menara PGRM, di sini, hari ini.
Dengan kenyataan itu, ia sekaligus menamatkan persoalan sama ada Gerakan akan keluar dari BN dan menunjukkan pada waktu ini, Gerakan akan tetap bersama Barisan Nasional.

Dengan menggelar Abdullah sebagai Bapa Demokrasi, Koh berkata, Gerakan menyokong penuh komitmen Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN untuk meneruskan pelbagai perubahan.

Koh berkata, cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan kumpulan keahlian langsung BN tanpa perlu menjadi ahli kepada mana-mana parti komponen adalah satu sokongan atas apa yang dilaksanakan Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Pada masa yang sama, Koh berkata, Gerakan akan bergerak lebih aktif dalam mengambil ahli-ahli baru daripada semua kaum termasuk meneroka idea untuk menubuhkan cawangan-cawangan baru termasuk cawangan siber yang memerlukan pindaan kepada perlembagaan parti.

"Cawangan-cawangan siber akan membenarkan kita mengambil anak Malaysia daripada luar negara termasuk dari Amerika dan Eropah memandangkan ia tanpa sempadan," katanya.


p/s cadangan Gerakan untuk mengambil ahli2 baru lebih aktif satu tindakan yang baik.Gerakan juga menggelar Pak Lah sbg Bapa Demokrasi Malaysia itu adalah tepat di atas jasa2 Pak lah kepada perubahan yang dilakukanya .


4 Responses

  1. Anonymous says:

    gerakan ini parti yg demonstrasi dgn biadap pada hari2 11/12 mei 1969 hingga menyebabkan berlaku 13 mei 1969.

    pak lah lagihebat dari tunku dalam bidang demokrasi ke?

    zaman pak lah, dia isa kan budak bsa tahir untuk selamatkan kamaluddin?

    kenapa kamaluddin tidak masuk kerana nuklear centrifuge?

  2. Perli tu,,,,dia tak ikhlas,,,

  3. Gerakan ini susah nak dipercayai tetapi semua ini ada hikmah juga. Demokrasi bukan hanya ISA tetapi sifat keterbukaan dalam kerajaan dan media di zaman Pak lah memang satu perubahan yg baik . Sistem kehakiman dan BPR juga mengalami perubahan dan ia adala jasa2 Pak lah .

    Teruskan Perjuangan Pak lah !!

  4. A Voice says:
    This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.