Khairy layak tanding Ketua Pemuda

on Sunday, October 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR 25 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) yang berjaya melepasi kuota untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu hari ini mencadangkan diadakan debat antara semua calon yang bertanding jawatan tersebut.

Beliau mencabar calon-calon sama ada yang sudah layak atau mungkin akan layak menggunakan peluang debat itu bagi menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan itu kelak.

“Debat ini dapat memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan pengundi muda termasuk pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Khairy melepasi kuota kelayakan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Pemuda Bahagian Tangga Batu, Melaka mencalonkan beliau untuk jawatan itu hari ini.

Bahagian-bahagian Pemuda lain yang turut mencalonkan beliau ialah Tawau, Gua Musang, Sabak Bernam dan Sembrong.

Pencalonan Sembrong agak istimewa kerana bahagian itu diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, turut melepasi kuota pencalonan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang setakat petang ini sudah mendapat 65 pencalonan.

Mengulas mengenai kemampuannya melepasi kuota kelayakan bertanding yang ditetapkan, Khairy mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua Bahagian Pemuda yang mencalonkan dirinya

Saya bersyukur pada Ilahi dan pada masa sama berterima kasih kepada Pemuda UMNO atas penerimaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada saya sebagai calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,” katanya.

p/s Akhirnya KJ telah cukup pencalonan untuk Ketua Pemuda dan yang paling manis Sembrong kawasan Dato Hisyamuddin mencalonkannya .Cadangan mengenai debat telah lama saya cadangkan dan ini sangat baik untuk kita lihat calon yang terbaik untuk memimpin Pemuda bukan hanya yang berani suruh orang meletak jawatan


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tahniah YB KJ….anak muda cerdik sebenar utk jawatan Ketua Pemuda UMNO

    DAP pasti gerun jika KJ naik jadi ketua tidak lama lagi.

    PAS pun melalui ketua pemuda glamour nya sudah awal2 lagi offer KJ masuk PAS kerana melihat anak muda ini mempunyai kehebatan setanding dengan Anwar suatu memegang Ketua Pemuda .


    sayang orang dalam umno pun tak perasan.

  2. ahlang says:

    terus kan pejuagan setiakawan mu saudara YB KJ

    salam setiakawan
    http://perigijernih.blogspot.com/
    -ahlang-

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.