Kempen taktik kotor bermula

on Friday, October 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments




Tersebarnya gambar yang memburukkan Khairy Jamaluddin didalam beberapa blog dan laman web semalam semalam sememangnya telah diduga. Malahan penyokong Khairy amat terperanjat kerana jangkaan mereka meleset sekali kerana mereka menyangkakan gambar yang lebih teruk dari itu yang akan diedarkan.

Apa yang mereka jangka selama ini jelas dan nyata adalah tepat dan benar. Khairy ada kekuatan kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dengan mengedar gambar yang tidak ke haruan dimana hujung dan di mana pangkalnya. Bagaimana gambar ini lahir, tidak perlu dipersoalkan kerana dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, apa sahaja boleh dilakukan. Persoalannya adalah mengapa gambar ini dicipta dan dilahirkan untuk tatapan pelayar laman web dan akan terus edar kan dengan niat yang jahat?

Jika Khairy adalah haprak yang tidak berguna dan tidak menggugat kedudukan antara calon-calon yang bertanding kerusi Ketua pemuda UMNO tidak mungkin akan lahirnya gambar ini. Khairy tidak perlu menafikan atau memberikan respons terhadap gambar ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang perlu diperjelaskan kerana bagi mereka yang berfikiran waras, mereka sudah dapat membaca dan menilaikan kenapa dan mengapa gambar itu disebarkan.

Dengan tersebarnya gambar ini jelas bahawa kempen kotor pemilihan Pemuda UMNO Malaysia telah bermula. Sebaik saja Khairy akan melonjakkan nama beliau dan mendapat publisiti yang luas yang akan menguntungkan beliau, maka akan timbullah sesuatu yang akan membunuh publisiti yang baik itu. Cadangan berdebat adalah satu cadangan yang baik yang menaikkan nama Khairy buat minggu ini, maka gambar itu tersebar untuk memadamkan pencapaian itu.

Hebat….. pertandingan kali ini. Calon yang bertanding sememangnya hebat-hebat dan punyai gaya dan taktik tersendiri untuk menambat hati perwakilan yang akan memilih Ketua mereka. Inilah yang hebat dalam UMNO. Khairy sememangnya tidak bengkang hidup dengan perkara sebegini dan bagi beliau tentu sudah tidak menjadi kudis lagi. Vedio yang lebih teruk pernah diedar kan oleh mereka yang mahu menghalang kerjaya politik beliau, namun semuanya dapat diatasi dengan pemikiran waras rakyat Malaysia dan beliau tetap menang di Parlimen Rembau.

Banyak lagi kempen kotor yang kita akan terima menjelang pemilihan UMNO ini, ini hanya satu permulaan kerana apa yang kita lihat gambar yang di cipta tidaklah sehebat mana, kerana jika kita tahu dari segi teknikal fotography dan super impose itu adalah hasil kerja yang tidak menarik dan real. Gambar manusia telanjang pun boleh di super impose, ini kan pula gambar meja yang kabur diletak dihadapan orang. Gambar Presiden Bush berpeluk dengan kita pun boleh kita lakukan, inikan duduk sahaja bersebelahan.

Ada baiknya juga gambar ini bagi melonjakkan publisiti terhadap calon pemuda ini, lagi banyak kontroversi lagi mempopularkan beliau seperti apa yang berlaku dengan artis-artis yang penuh dengan gossip. Tanpa gossip siapa lah artis berkenaan. Tanpa dugaan si apalah seorang ahli politik.

baca blog yang sebar cerita ini

Berikut adalah kenyataan Presiden Kelab KJ - saudara Jinggo

Itu biasalah, jika takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai, jika takut menghadapi cabaran jangan menggelarkan diri sebagai seorang pemimpin. Ini perkara biasa dan lumrah manusia yang punya perasaan terutama sekali perasaan PHD yang berlebihan.

Zainuri Zakaria - Ketua Pemuda Port Kelang

Kami tidak hairan dan sudah lali dengan perkara sebegini. Biasalah orang yang popular. Pemuda tidak sebodoh itu untuk meletakkan pemikiran mereka sama tahap dengan pemikiran pembangkang. Pemuda Port Kelang akan terus berdiri teguh di belakang Khairy. Buatlah gambar apa sekali pun.

www.kpmu.net


8 Responses

  1. jangan2 tu anwar ibrahim..kan buntut cina depan ada..

  2. huhuhu mmg benda ni akan memburukkn nama KJ..la.

    husin lempoyang siap bg detail..date,masa n tempat...

    sy tk berani nk tuduh la..coz gambar.

    lain la kalu mcm video lingam..ada suara..

    apa komen pejuang bangsa?? ada perlu KJ menjawab??

  3. pendapat saya tentang gambar ini ialah sebelum ini dah banyak gambar ttg KJ ni malah lagi teruk dari ini contoh gambar dengar maya karin pun ada di tepi laut .

    kita tak perlu cepat melompat dgn perkara ini .jenis taktik kotor ,sabotaj untuk KJ sememangnya dari pencalonan bahagian lagi .Cuma yang kebetulannya start dari KJ membuat cadangan debat itu la start serentak gambar ini mula tersebar .

    blog husin lempoyang itu pun sapa pun boleh bagi tarikh ,date dan masa .. cuma pic itu tidak jelas dan meragukan .Macam kes Lingam correct2 memang la sah suara dia dan sebut pulak nama orang2 vip .

    saya rasa tak perlu menjawab picture ini ,picture ayam ni sapa pun boleh buat . macam picture Najib dan Altantunya yang direka oleh Tian Chua ..memang tipu punya gambar . Anwar pun dia tidak jawab pic dia dengan ramai pemimpin Yahudi ..siap lagi ada video joget kopi dangdut lagi menari baguih punya ..

  4. jangan alihkan isu pasai gambar aje..isu KJ adalah isu berkenaan fitnah yag melanda UMNO. salam singgah.

  5. Anonymous says:

    satu malaysia dah tahu perangai kj...kaki perempuan,kakitonggeng,perosak bangsa,pembuli bangsa.jd xpayah la nak tolong sorakkan perangai buruk kj...oop lupa..kj dah bayar kau jd kena la jlnkan amanah sebagai penjilat bontot kj.lagi kuat backup atau bodek lagi byk komisyen dapat.tak gitu saudara pejuang bangsa atau yg sebetulnya penjilat bontot kj...

  6. Anonymous says:

    gmbr yg terang lg bersuluh pun si pro kj kata kabur..buta kayu ke buat2 buta sbb nmp duit si kj yg konon2nya nk jd hero melayu

  7. Anonymous says:

    dpn muka blog ni seingat aku ada kempen hapus politik wang...habis tu kj xguna duit la..pergh..mmg hbt la pejuang bangsa ni@si pro khairy

  8. aku memang tak suka politik wang tp Muhkriz pun apa kurangnya hebat tabur duit ..sumber dia memang banyak dan bahagian aku sendiri inform memang depa calon muhkriz dan duit dapat .

    tiada bayaran untuk aku dan tuduhan ia memang tidak berasas. Kj sendiri tidak pernah kenal aku dan aku menyokong dia sebagai ahli Pemuda UMNO . Aku mempunyai hak menyokong beliau kerana aku ahli parti .aku rasa blogger2 yg pro muhkriz ini belum tentu jadi ahli umno ..baik diam la mcm Tun ,orang luar baik senyap la ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.