Waspada Banjir besar

on Monday, September 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR 7 Sept. – Penduduk di seluruh negara terutama negeri di utara Semenanjung diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku banjir besar ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Jabatan-jabatan kerajaan berkaitan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi anggota dan logistik bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri-negeri terbabit dalam tempoh terdekat setelah beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang mula dilanda banjir semalam dan hari ini.

Di Pulau Pinang pula, banjir yang melanda beberapa kawasan rendah berikutan hujan lebat selama 10 jam menyebabkan kira-kira 177 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam.

Bagaimanapun, mereka sudah dibenarkan pulang pagi ini setelah air mulai surut.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di bahagian pulau dan di tanah besar pula ialah Kampung Tok Suboh, Kampung Suluk, Sungai Batu dan Kampung Paya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangka berterusan.


Semoga mangsa2 di Kedah,PP,Perak akan tabah dan sabar menghadapi dugaan di bulan ramadhan ini .Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri MB Kedah ,KM PP ,UMNO Kedah,UMNO PP yang cepat turun padang meninjau masalah yang dihadapi mangsa banjir . Kita tolak dulu perbezaan fahaman politik untuk sementara waktu ini untuk membantu mangsa2 banjir seperti MB Kedah yang bersama2 Datuk Mahazir ,Datuk Badaruddin meninjau keadaan mangsa banjir. Jangan kita ikut sikap Khalid Ibrahim yang mengatakan turun padang adalah perbuatan yang membazir dan membuang masa. Beliau ibarat kacang lupakan kulit


2 Responses

  1. Cheguman says:

    Alhamdulillah. Begini lah laku pejuang sebenar.

    Ada sesetengah penyokong tu... kalu berlaku kat negeri yg dikuasai parti yg dia tak suka, cepat je dia kata:

    "Huh... tu la balasan Tuhan..."

    Ingat, kita hidup bukannya lama...

  2. kita tolak dulu perbezaan fahaman politik dan turun padang bersama2 membantu mangsa banjir . Cuma aku tidak suka bila berlaku sebarang musibah dan bencana ,jangan asyik dok menyalahkan mana2 pihak samada ini salah kerajaan pusat @ negeri .Perkara bencana alam ni kuasa tuhan ,kita seharusnya membantu meringankan beban mangsa banjir .Cuma terkilan juga orang yang memandang tabiat turun padang ketika berlaku bencana sebagai perkara membuang masa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.