Jangan terlalu ghiarah untuk mendesak Pak Lah meletakan jawatan sebelum Mesyuarat Agung UMNO 2008 kerana Pak Lah punya hak tersendiri untuk menentukan sama ada beliau mahu mengekalkan jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak. Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Kelantan hari ini mengikrarkan sokongan terhadap Perdana Menteri. Jangan hanya kerana dua atau tiga pemimpin yang mendesak Pak Lah untuk mengundurkan diri kita membuat keputusan bahawa itu adalah suara seluruh bahagian.
Tiada sebab Pak Lah perlu mengalah kerana desakan mereka yang gila untuk bertanding seperti Muhyiddin Yassin Tengku Razaleigh Hamzah atau Mukhriz Tun Mahathir mahupun Khir Toyo. Mereka ini punya agenda tersendiri untuk memudahkan laluan mereka untuk merebut jawatan yang mereka pertandingkan. Mereka ini semua gila kuasa sehingga lupa apa yang mereka lakukan adalah satu perbuatan yang diluar batasan ahli UMNO. Alasan yang mereka gunakan untuk menyelamatkan UMNO adalah satu alasan yang dengkil dan hanya merupakan alasan kosmetik. Apakah tanpa Pak Lah dalam UMNO , UMNO boleh mengembalikan kegemilangan UMNO dalam sekelip mata jika UMNO masih mempunyai ahli seperti mereka ini.
Apakah mereka ini lebih baik dari Pak Lah, apakah Tengku Razaleigh lebih baik dari Pak Lah, Apakah Mukhriz dan Khir Toyo adalah lebih baik dari Pak Lah apakah Muhiyuddin lebih baik dari Pak Lah. Adakah lebih baik UMNO memilih orang lain sekiranya Pak Lah mahu berundur sekurang-kurangnya orang yang akan dipilih adalah lebih baik dari mereka ini tidak kurang ajar kepada Presiden Parti. Apa istimewanya Khir Toyo , apa istimewanya Mukhriz, jika mereka dipilih sebagai Ketua pemuda apakah dapat mereka melakukan perubahan dalam UMNO?Jika mereka boleh lakukan kenapa mereka mahu menunggu sampai terpilih sebagai Ketua Pemuda? Kenapa tidak mereka lakukan sekarang,Jika mereka boleh membuktikan bahawa mereka boleh melakukan pasti mereka akan dipilih sebagai Ketua Pemuda nanti.
Apakah istimewa Muhyiddin dan Ku Li , sekali lagi , apakah mereka boleh merubah UMNO setelah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden. Jika boleh lakukan kenapa mereka tidak merubah UMNO dari sekarang , kenapa mahu menunggu bila jadi Perdana Menteri yang baru dan Timbalan Perdana Menteri yang baru,? Matlamat perjuangan mereka hanya lah mahu menjatuhkan Perdana Menteri , lepas Perdana Menteri jatuh mereka akan menggantikan Perdana Menteri , sekali lagi kita persoalkan , apakah mereka boleh menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Pak Lah mahupun Naijib Tun Razak. Apa yang kita dengar dari mereka sekarang hanyalah Pak Lah berundur, Pak lah cepat berundur. itu saja yang kita dengar dari mereka.
Apakah pencapaian Khir Toyo - Tanyalah diri sendiri akan pencapaian Khir Toyo di Selangor ? Apakah beliau dikagumi oleh rakyat Selangor, mengapa Selangor tergadai. Salah siapa ? Jika beliau mempunyai pantadbiran yang baik walaupun betapa serangan media terhadapnya tentu sekali beliau tidak akan tewas dan terlepas negeri Selangor ke tangan pembangkang. Jika jawapannya itu adalah senario politik dan tuntutan politik masa ini , kenapa N Sembilan , Melaka , Johor , Pahang , Sabah dan Sarawak masih dalam gemgaman BN. Kerusi MB Selangor sememangnya sentiasa panas, tetapi MB yang lalu tidak mengadai Selangor ke tangan pembangkang. Apakah beliau layak untuk mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.Layakkah kita menyokong politikus sebegini yang tinggal nyawa ikan untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?
Apa pula track rekod Mukhriz yang baru setahun jagung dalam arena politik mendesak Pak Lah meletakkan jawatan , Beliau sendiri gagal untuk memenangi kerusi ketua Pemuda Umno di Bahagian sendiri. Apakah jasa beliau kepada UMNO lebih besar dari jasa Pak Lah , apa hak beliau selaku Ahli Parlimen dan hanya exco pemuda untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan, Mukhriz adalah boneka Tun yang sememangnya tidak lagi boleh menerima Pak Lah sehingga sanggup menyeru MCA dan MIC menendang Pak Lah. Baik ke niat Tun ? Sewaktu Tun mengalami krisis ketidakpercayaan orang Melayu dahulu adakah almarhum Tengku Abdul Rahman mencampuri politik Tun, Apa yang tidak di katakan oleh orang Melayu ketika itu , Tun juga hampir didingkir dan hanya memenangi beberapa undi yang tipis ketika menentang Ku Li sewaktu pemilihan UMNO yang lalu.Kalau Mukhriz bukan anak Tun, mungkin Mukhriz telah lama disingkir oleh ahli UMNO. Budak mentah mahu menyinkirkan presiden parti. Ketua Pemuda pun Mukhriz belum tahu mendapat pencalonan yang cukup.
Siapa Muhyiddin Yassin , tidak lebih dari kacang yang lupakan kulit. Pak Lah memberikan beliau tempat yang baik dalam kabinet. Pak Lah memberikan beliau kepercayaan. Kerana sikap tamak , sebagai seorang Naib Presiden sepatutnya Muhyiddin Yassin berdiri teguh bersama Ali Rustam dan Najib . Olah kerana sikap tamak dan ingin menagguk di air yang keruh dengan alasan untuk menyelamatkan UMNO.Keadilan hanya menang satu kerusi Parlimen sahaja pada tahun 2004 , Pas tidak pernah menang besar , Dap pernah kalah teruk,mereka selamatkan parti mereka bukan dengan menyingkir Presiden mereka. Mengapa UMNO yang tidak kalah dan masih menjadi pemerentah mahu menyingkir Presiden mereka. Mengapa mereka tidak mencari kesilapan parti tetapi hanya menyalak mahu menyingkirkan presiden, sebab mereka mahukan tempat berkenaan , Mujur Najib matang tidak gila kuasa macam mereka. Itu pun Najib dihetam kerana bersikap matang, Inilah kualiti yang kepimpinan yang kita mahukan.Apakah Muhyiddin selaku front liner tidak bersalah ketika kita tewas lima negeri , Apakah sewaktu mesyuarat MT Muhyiddin di kecualikan dan tidak bertanggungjawab membuat segala keputusan,
Mengapa tidak desak untuk singkirkan Muhyiddin sekali. Mukhriz tidak bertanggungjawab kerana dia hanyalah exco pemuda sahaja tidak ada peranan dalam UMNO.Ku Li juga tidak bertanggungjawab kerana beliau hanya ahli Parlimen sahaja di Gua Musang tempat tradisional . Sekali - sekali balik gua musang bawa tembakau berikan kepada orang asli, cukup sudah untuk terus menjadi ahli parlimen yang baik. Apa perlu memikirkan untuk memenangkan Kelantan , itu tugas Anwar Musa dan Awang Adik. Kalau Selangor masih di tangan BN , Tidakkah kita masih kuat ? itu saja komen penulis mengenai tanggungjawab Khir Toyo.
Atas dasar tanggungjawab Pak Lah merangkakan peralihan kuasa, itu juga mereka tidak puas hati, Mereka mahukan Pak Lah ditendang segera.Baik kah pemimpin ini ? Terus terang saya katakan ,tanpa Pak Lah UMNO tetap sebegini ataupun akan menjadi tambah buruk lagi kerana niat dan nawaitu pemimpin UMNO yang gila kuasa. Lepas ini Najib pula jadi sasaran. sehinggalah Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri , barulah akan senyap seketika kerana Mukhriz akan memerentah selama 22 tahun dan jika waktu zaman Tun UMNO berpecah sebanayak 3 kali mungkin di zaman Mukhriz UMNO akan berpecah lagi 3 kali dan terpaksa pula menubuhkan satu lagi UMNO paling baru dan Mukhriz sebagai ahli yang pertama dan isterinya ahli yang kedua.
Apakah salahnya mereka hanya berdiri teguh di belakang Presiden dan Timbalan Presiden dan kuatkan kembali UMNO. Sudahlah kita akui kita sekarang ini lemah, di tambah pula dengan mereka ini melemahkan UMNO lagi dari dalam. Mujur masih ramai yang sayangkan UMNO dan berdiri teguh mempertahankan kubu dan benteng UMNO dari ketirisan diserang oleh Anwar Ibrahim. Apakah mereka ini semua tidak kecewa apabila BN tewas di lima negeri, mereka ini juga kecewa tetapi mereka lebih matang mengutip tulang tulang yang berterabur dan mendirikan kekukuhan UMNO dibelakang Pak Lah , jika mereka ini semua berperangai macam geng pendesak ini UMNO sudah lama berkubur dan 916 kita akan berputih mata,
Walaupun ahli parlimen dari Sabah lantang menghantam kepimpinan pusat mereka mendesak hebat tetapi mereka kemabli bersatu apabila UMNO diserang musuh. Kami terharu dengan semangat mereka dari Sabah dan Sarawak yang berdiri menjadi benteng menguatkan kubu UMNO. Anifah Aman dan Ghafur yang kecewa dengan perlantikan mereka sebagai timbalan menteri , bangun mempertahankan benteng UMNO apabila UMNO dalam kemelut, Mereka meninggalkan negeri Sabah , Sarawak turun berkempen di Permatang Pauh, menyatukan barisan dan membuktikan perpaduan , mata ini sendiri menyaksikan Bung Mokhtar bermandi peluh berkempen. Tidakklah kita kecewa mendengar keyataan akhbar Mukhriz sebaik sahaja tamat pilihanraya kecil Permatang Pauh. “Saya yakin mendapat pencalonan yang cukup apabila bertemu akar umbi pemuda di Permatang Pauh kerana mereka berjanji untuk mencalonkan saya’ jika sebelum ini Mukhriz tidak yakin akan di calonkan.
Pembaca fikirkanlah apa yang penulis mahu sampaikan , Khir Toyo dan Mukhriz kemudian menyatakan kekalahan di Permatang Pauh membayangkan rakyat tidak percaya lagi kepada Presiden Parti. Permatang Pauh tidak membuktikan apa-apa dan tidak mewakili rakyat seluruh Malaysia. Jika G.Bush menentang Anwar di Permatang Pauh pasti Bush pun akan kalah.Kehadiran Khir Toyo dan Mukhriz di Permatang Pauh hanyalah sekadar menunggu masa untuk mahu bertepuk tangan dan menyalahkan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin sedangkan mereka sendiri menjadi saksi dan faham mengapa kita kalah di Permatang Pauh.
Sekurang-kurangnya Khairy menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Naib Pemuda UMNO walaupun beliau tahu akan menghadapi cemuhan sekiranya BN tewas di Permatang Pauh. Khairy boleh buat tidak tahu sahaja jika tidak mahu dipersalahkan atau tidak mahu dicemuh atau pun Khairy juga boleh ambil kesempatann ini untuk berkempen seperti yang mereka lakukan. Cemuhan tetap akan diterima juga. Tetapi inilah tanggungjawab dan bagi Khairy , tiada jalan lain , tanggungjawab perlu diutamakan. lebih baik Khairy berdiri di atas pentas tetapi ikhlas dan sanggup memikul tanggungjawab kekalahan daripada berdiri di atas pentas dengan niat yang tidak ikhlas dan lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain kerana kekalahan bersama.
Kekalahan BN di permatang Pauh adalah kekalahan BN dan bukan Khairy atau Pak lah sahaja yang salah dan Khir Toyo dan Mukhriz tidak salah, Berhentilah menunding jari kepada orang lain atas kelemahan kita bersama.UMNO lemah adalah kerana semua pemimpin dan ahli nya, Khir Toyo , Muhyiddin , Mukhriz , Ku Li juga bertanggungjawab. UMNO bukan Pak Lah dan bukan Khiary , UMNO adalah kita. Janganlah hanya kerana mengejar jawatann kita perlu menyalahkan dan menyingkir orang lain, Kerana suatu hari kita juga akan disingkir seperti apa yang kita lakukan,
Apa yang mereka sebenar mahukan? Jika mereka katakan biar ahli akar umbi dan bahagian yang tentukan. Biarlah bahagian dan ahli akar umbi yang tentukan , Kenapa menyalak sekarang , Mesyuarat Bahagian hanya bermula pada 9 Oktober sehingga 9 November, tunggulah 9 November yang tentukan. Mengapa tak habis-habis menyalak. Jika mahu Pak Lah berundur , Pak Lah sudah pun mahu berundur, sabar sahaja, jika alasan tidak sempat mahu membuat persedian unntuk PRU 13 , buatlah sekarang , kalau asyik menyalak , macam mana nak bersedia. Hentikan salakan , mulakan kerja.
kpmu.net
Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??
on Wednesday, September 24, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
September
(43)
- Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009
- Mukhriz tonjolkan kewibawaan sebenar BERANI BERUBAH
- Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??
- Syukur turun 10 sen -hadiah Raya untuk rakyat
- Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi
- Habuan seks =sedekah
- UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak La...
- Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??
- Pemuda perlu jadi wadah generasi muda-KJ
- Fairus mahu saman Siasah
- 23 Sept pulak
- KJ umum bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia "Set...
- PM tukar portfolio dengan Najib- apa tandanya ???
- Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM
- Ujian Paling Getir buat Pak Lah
- Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita
- Propaganda menakluki minda
- Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober
- Di sebalik 3 tahun hukuman
- Khir Toyo: Biar polis siasat
- SELAMAT KEMBALI PEJUANG BANGSA MELAYU
- Tun Dr Mahathir dicadangkan menjadi Penasihat UMNO
- Syabas Tsu koon kerana memenangi permainan ini -Ah...
- Pejuang Umno Ahmad Ismail digantung keahlian 3 tahun
- Isu sebenar Datuk Ahmad Ismail
- Tun Dr Mahathir kembali ke UMNO
- Waspada Banjir besar
- Mukriz bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'Bera...
- Ancaman kepada Melayu
- Zahid: Umat Islam tidak akan diam bila agama dihina
- Realiti Sebenar MB Perak
- Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya naza...
- Ahmad: Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauma...
- Rentetan Sejarah 2 :Sebab Penentangan Malayan Union
- Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur maj...
- Mahukah Kita Terima Maaf Lim Kit Siang?
- 16 SEPT.= REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
- Rentetan Sejarah 1 : Malayan Union
- Perjanjian sulit Abdullah-Haji Hadi
- Pemisahan Singapura daripada Malaysia
- Isu Datuk Ahmad dan Melayu dituduh perkauman
- Najib, Muhyiddin sentuh strategi selamatkan BN
- ADUN N.Sembilan ditahan BPR
-
▼
September
(43)