Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM

on Wednesday, September 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sungguh menghairankan.Surat hitam putih ada. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku ada terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Soalnya di sini ialah kandongannya.

Penasihat PKR itu boleh buat selamba dakwa kandongan surat itu antara lain bertujuan hendak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah kononnya barisan pembangkang mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar cakap hal ini dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya,Selangor Isnin malam.

Katanya barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.


“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?...Ini kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Sebaliknya Selasa semasa bercakap pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di Kepala Batas,Perdana Menteri menjelaskan surat berkenaan bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa.

Dia hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.



Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: "Kalau dia ada dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu ( kepada pengundi dikawasan-kawasan dimana Ahli Parlimen BN didakwa nak lompat berkenaan ) apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka ," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," katanya.- 16/9/2008


Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.