Dr Novandri Hasan Basri
Di dalam sidang akhbar kelmarin, Lim Kit Siang telah menuduh media cetak dan elektronik arus perdana tidak menyiarkan berita Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf atas kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berunsur perkauman. Di antaranya :-
...... Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.
Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno. (MalaysiaKini)
Rupa-rupanya Lim Kit Siang telah terlanjur kata dan telah menipu seluruh rakyat Malaysia.
Media-media perdana seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sebenarnya telah menyiarkan berita TPM meminta maaf tersebut.
Ketika pihak MalaysiaKini menghubungi Lim untuk memaklumkan kesilapan beliau itu, Lim Kit Siang mendakwa telah membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.
Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapati bahawa kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut. Lim kemudiannya menghubungi Malaysiakini untuk menarik kenyataanya mengenai perkara itu dan memohon maaf di atas kesilapannya itu.
Persoalannya,
1. Apakah rakyat mahu menerima maaf Lim Kit Siang?
2. Apakah motif beliau apabila menyerang media-media perdana dengan menuduh mereka tidak menyiarkan berita TPM meminta maaf?
3. Apakah yang ada di dalam benak hati Kit Siang apabila beliau membuat andaian sedemikian?
4. Mungkinkah beliau berfikir bahawa media-media perdana tidak akan menyiarkan berita tersebut supaya tidak sampai ke pengetahuan pembaca yang majoritinya orang Melayu?
5. Apakah beliau mengharapkan agar orang Melayu yang membaca berita itu akan marah dan lebih membenci TPM, BN dan UMNO?
6. Apakah Kit Siang berharap dengan cara itu, orang Melayu akan mulai menyokong beliau dan ideologi politik 'Malaysian Malaysia' beliau?
7. Apakah Lim Kit Siang beranggapan bahawa orang Melayu bodoh, mudah ditipu dan senang terpesong dek mainan politik beliau dan rakan-rakannya di dalam PKR?
Realitinya, buat seketika itu, Lim Kit Siang sudah hilang pertimbangan kewarasannya serta gagal membezakan di antara realiti atau benci.
Dan dakwaan tidak berasas beliau itu tidak patut di biarkan senyap begitu sahaja. Malah, rakyat Malaysia patut mengecam Lim kerana telah membuat tuduhan yang berbau hasutan dan benci.
Malah kepimpinan UMNO dan BN patut tangkas bersuara lantang untuk mempertahankan nama baik media-media arus perdana.
Penulis juga mengharapkan agar media-media perdana yang telah diconteng arang oleh Lim Kit Siang berbuat sesuatu supaya insiden ini tidak berlaku lagi.
Realitinya, media-media perdana terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan dan kecaman sehingga mengganggu gugat keupayaan dan kerelevanan mereka memberikan informasi yang tepat dan benar.
Penulis mengsyorkan agar media-media perdana mengambil langkah berani dengan menyaman Lim Kit Siang di atas kelanjuran beliau. Realitinya perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Penulis percaya jika perkara ini berlaku sebaliknya iaitu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau BN, Lim Kit Siang dan rakan-rakannya tidak akan tutup mata sahaja tetapi akan memastikan imej lawannya tercemar seburuk yang mungkin.
Mahukah Kita Terima Maaf Lim Kit Siang?
on Friday, September 5, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
13 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
September
(43)
- Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009
- Mukhriz tonjolkan kewibawaan sebenar BERANI BERUBAH
- Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??
- Syukur turun 10 sen -hadiah Raya untuk rakyat
- Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi
- Habuan seks =sedekah
- UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak La...
- Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??
- Pemuda perlu jadi wadah generasi muda-KJ
- Fairus mahu saman Siasah
- 23 Sept pulak
- KJ umum bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia "Set...
- PM tukar portfolio dengan Najib- apa tandanya ???
- Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM
- Ujian Paling Getir buat Pak Lah
- Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita
- Propaganda menakluki minda
- Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober
- Di sebalik 3 tahun hukuman
- Khir Toyo: Biar polis siasat
- SELAMAT KEMBALI PEJUANG BANGSA MELAYU
- Tun Dr Mahathir dicadangkan menjadi Penasihat UMNO
- Syabas Tsu koon kerana memenangi permainan ini -Ah...
- Pejuang Umno Ahmad Ismail digantung keahlian 3 tahun
- Isu sebenar Datuk Ahmad Ismail
- Tun Dr Mahathir kembali ke UMNO
- Waspada Banjir besar
- Mukriz bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'Bera...
- Ancaman kepada Melayu
- Zahid: Umat Islam tidak akan diam bila agama dihina
- Realiti Sebenar MB Perak
- Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya naza...
- Ahmad: Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauma...
- Rentetan Sejarah 2 :Sebab Penentangan Malayan Union
- Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur maj...
- Mahukah Kita Terima Maaf Lim Kit Siang?
- 16 SEPT.= REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
- Rentetan Sejarah 1 : Malayan Union
- Perjanjian sulit Abdullah-Haji Hadi
- Pemisahan Singapura daripada Malaysia
- Isu Datuk Ahmad dan Melayu dituduh perkauman
- Najib, Muhyiddin sentuh strategi selamatkan BN
- ADUN N.Sembilan ditahan BPR
-
▼
September
(43)
Menurut survey, 91% orang terima maaf lim kit siang, 8% tak minat dan 1% tak terima.
....sakit hati?
Umno is Racist!!
I'm a proud Malay but I'm not proud of UMNO. It's a racist party. It's an embarrassement to me. All of us, all ethnics, should be accorded the same rights and priviledges. I don't need UMNO to be rich and successful. I just need good leaders. So UMNO, please stop degrading Malays as we don't want anymore crutches. Please stop creating more handicapped Malays. We want the good old days back where Chinese, Indian and others are brothers and sisters to the Malays. UMNO, why do feel so insecure, so inferior?
Bapak kepala batas kau la UMNO racist !!!maaf tak maaf bukan hak kau UMNO RACIST !!!!!! Survey dah bagi tau jawapan ! tak payah cakap kat blog ni ! TUTUP JE BLOG NI ! UMNO RACIST ! JUNJUNG LA KERIS MU TUNJUK KEPADA MASYARAKAT ! BAGI PENYAPU SAMA CINA ! ! BANGANG UMNO ! PALING KEJI DAN JIJIK BAGI PENYAPU ! SIAL ! CI BAI !
Lim Kit Siang is a great leader with principle and integrity. He has the gut and clear consience to recognize his own mistake and make apology. Not like Ahmad the racist not admitting he is a racist and refused to apologize. There are many more Ahmad out there created by Umno to mis-lead the Malay to against NON-Malay, so that thay can be in power by playing the racial card at the expense of Rakyat, Country and even the Malay in general. i would support any good leaders that can make us few proud as Malaysians regardless of races.
Umno is arrogant, racist, selfish, greedy and not peace lovers. I still remember how we mingled with our Indian, Chinese and Malay friends in 60's. The Mamakthir and Umno gang has spoiled everything now. Look at all the Umno chiefs lifestyle. All are super rich. But the poor Malays remain the same, because in the name of NEP, Umno putra's are smuggling everything.
Lim Kit Siang readily apologise as soon as he realises his mistake. In Ahmad Ismail's case, he might as well don't apologise coz like UMNO, he bloody meant what he says I'm sure.
Typical brainwashed generation thinking, this blogger. Grow up will ya. If March 08 doesn't give you and UMNO a good whipping, I hope 916 would. And remember, a huge majority who voted wisely in March 08 and Permatang Pauh, are Malays!
"Apakah Lim Kit Siang beranggapan bahawa orang Melayu bodoh, mudah ditipu dan senang terpesong dek mainan politik beliau dan rakan-rakannya di dalam PKR?"
Orang Melayu bukan Bodoh tapi mudah di pengaruhi oleh those Main stream media that controlled by Umno who mis-lead the Malay believing Non-Malay is the threat to their right.
i want to post a question, what has Lim Kit Siang gained being an opposition member fighting for the people for so mainly years? If he was to join BN, he must have become Tan Sri and billionair. Before the Internet era, we relied very much on the Opposition parties to expose the wrong doings of the government, now it is a blessing for the Malaysian to have bloggers, Malaysia Today and Malayiakini.
i am now staying in USA and i worked in China before, i can see how narrow minded and inefficient is our BN government.
Please tell Umno not to use Malay rights to cover their wrong doings and weaknesses. Umno should unite the Malay to fight against Corruption, injustic, racism not to waste time to fight against their fellow Malaysians - the non malay. The threat is out here, we are losing out rapidly in the world while Umno is still playing the trick making Malay to believe that they are losing out to the non-Malay. What a shame!
tiada maaf utk org spt LKS ...pemimpin parti racist dan suka pertikai agama islam . itu la kalut sgt suka cakap smpi tak baca langsung dalam utusan dan bharian yang dh masuk pun news tu .
kita tolak parti anak beranak LIM ni ,parti suka makan babi ja ..
ketua umno bahagian mmg kaya Beb..tgk mcm Ahmad ismail dh la.Sampai pak lah suruh minta maaf pn masih degil lagi.Last2 TPM juga minta maaf...sedih la ada pemimpin angkuh mcmni.
Org bawahan melayu tk dpt pa..hanya suku sakat mereka yang dapat kenikmatan.
Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita
PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Iklan
Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.
Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.
"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.
Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.
Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.
"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. - mks
bila masa peruntukan sek agama rakyat dicantas ??? fakta mana guan eng dapat ni ..dia buta ka gaji SAR selama ni kerajaan persekutuan bayar dah bertambah pun dalam pemerintahan Pak Lah ni .Baru ni di kelantan ,Hisyamuddin telah setuju semua guru sek agama kerajaan negeri kelantan akan dbayar kerajaan pusat dan upacara itu diadaka di kelantan dan nik aziz pun hadir sama . Sebenarnya kerajaan byk dah ambil alih sek agama ni dan byar gaji usta2 yg mengajar spt maktab adabi di bkt mertajam . Guan eng baru nak buat tetapi Pak Lah dah lama buat kerana beliau mementingkan modal insan sebagai teras utama masa depan anak bangsanya.
tabik spring la Datuk Ahmad kerana berani kerana benar .. ini pemimpin mpy prinsip dan tidak goyah dan tergugat walaupun ditekan semua pihak . TV3 td tunjuk live cerita sebenar kenyataan ceramah Ahmad ismail dan ia dimanipulasi oleh media cetak cina yg mpy agenda yg cukup jahat untuk menimbulkan isu perkauman . bodoh dan bangang betul wartwan cina tu ..dia tak faham sejarah kot yg Ahmad ismail cerita mengenai sejarah zaman british sebelum merdeka dan memang betul pun bangsa cina adalah migran yg berhijrah ke Tanah Melayu .itulah adalah fakta sejarah dan betul ,kalau tak reti sangat buka buku sejarah .budak sekolah pun tau . Wartawan ini mpy agenda dan ia putar belit jd perkauman dan Ahmad Ismail menjadi mangsa fitnah yg cukup jahat. Syabas Dato Ahmad Ismail !!! Hidup Melayu !!! so siapa yg main racist skrg ???