Nizar mula tunjuk taring

on Thursday, May 1, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saya baru selepas membaca akhbar yang menyatakan MB Nizar baru sahaja mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam, Perak, Datuk Jamry Sury untuk ditukarkan 24 jam. Pejabatnya juga harus dikosongkan di dalam tempoh itu. Arahan itu dikatakan ada kaitannya dengan keengganan Pengarah Jaip itu berkerjasama dengan kerajaan campuran DAP-PKR-PAS.


Perbuatan Nizar itu jelas menunjukkan keangkuhannya walaupun baru sebulan lebih menjadi Menteri Besar itu pun selepas dibantu DAP. Jika benar Datuk Jamry tidak mahu bekerjasama, Nizar perlu faham bahawa tidak semua orang melayu adalah sepertinya yang sanggup bekerjasama dengan DAP cina harbi demi kuasa. Datuk Jamry kenal siapa DAP dan tidak semudah itu beliau mahu tunduk kepada DAP yang jelas benci kepada Islam dan melayu.

Nizar juga perlu faham, beliau dan partinya tidak mendapat sokongan majoriti Melayu di Perak. PAS hanya menang kerusi yang paling sedikit di Perak. Beliau menjadi MB pun atas "jasa" Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mensyaratkan MB mestilah orang melayu yang beragama Islam. Jadi, antara beliau dan seorang bekas posmen dari PKR, baginda Sultan telah berkenan memilih beliau.

Nizar perlu sedar diri mengenai hal itu. Jangan terlampau ghairah menunjukkan kuasa sehingga habis tanah di negeri Perak pun nak diberi kepada orang-orang cina selama 999 tahun! Cukai di sekolah swasta di Perak yang kebanyakannya sekolah cina ditetapkan hanya RM1! Ini semua atas "jasa-jasa" Nizar. (sila rujuk ucapan Nga Kor Ming di Perhimpunan Black 14 di Perak)

Perlu diingat, UMNO tidak lemah di Perak. Orang melayu di Perak majoritinya masih lagi menyokong UMNO. Oleh sebab itu, jika Nizar hendak menunjukkan kuasanya kepada orang melayu Perak, nyata beliau tidak sedar diri.

AJK masjid-masjid juga dikhabarkan hendak ditukar. Habislah kalau orang - orang PAS yang jaga masjid. Sudah tentunya masjid akan dijadikan tempat memaki hamun, fitnah memfitnah dan memburukkan orang setiap kali ceramah agama berlangsung. Penyokong PAS jangan menafikan perkara ini, ini adalah pengalaman saya sendiri. Selama ini pun di tempat tinggal saya, orang PAS telah mendirikan surau yang berlainan. Kononnya tidak mahu berjemaah di masjid yang dikuasai oleh orang UMNO. Setahu saya, jika terdapat tazkirah dan ceramah, tidak pernah pula saya dengar penceramah yang mengutuk orang PAS. Berbeza sungguh dengan penceramah agama PAS.

Nizar perlu peka dengan sensitiviti orang melayu di Perak. Melayu Perak tidak sanggup bersekongkol dengan DAP yang amat dahagakan kesamarataan hak kaum. Melayu Perak majoritinya masih lagi sayangkan bangsa. Melayu Perak masih lagi mengingati jasa pejuang melayu terdahulu yang bersabung nyawa memperjuangkan bangsa dan agama. Kesimpulannya mudah, Nizar jangan samakan semua orang melayu Perak seperti dirinya dan oleh itu, tidak perlulah angkuh sangat!


One Response

  1. isu nizar tukar disebabkan menegur nizar membaca khutbah jumaat tanpa mendapat tauliah JAIP dan juga tidak setuju rombakan kariah masjid di seluruh negeri negeri perak

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.