Saya berada di Pekan semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.
Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:
Salahfaham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.
Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion sebagaimana disebar Pakatan Harapan tanpa menjelaskan apakah perinciannya.
Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km. Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa. Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan Ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.
Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.
Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura. Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.
Salahfaham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.
Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran. Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman.
Salahfaham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.
Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas, keseluruhan kos adalah RM90 bilion.
Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.
Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST kepada SST. Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.
Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun, Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun.
Salahfaham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.
Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi. Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.
Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah lebih mudah.
Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM China. Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan wang haram.
Salahfaham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.
Bagi soalan ini, YB Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan beliau:
"Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan."
"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya."
"Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi. Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi
"Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat."
"Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta. Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos."
"Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja."
"ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat hasil daripada projek ini. Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat."
Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:
http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf
http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf
Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Tun Mahathir di China. Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses). Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalanraya dari zaman Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan PH tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.
Lebih baik untuk kerajaan PH mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk menilai sendiri.
Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salahlaku.
Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan PH.
Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.
Tindakan kerajaan ph membatalkan projek ecrl di pantai timur berkemubgkinan besar didasarkan kpd dendam dan kemarahan ph terhadap penolakan rakyat pantai timur ke atas ph dlm pru14 yg lalu. Sama seperti tindakan ke atas rakyat trgganu dan kelantan dulu kerana tdk memenangkan bn.
Kita nampak kerajaan sekarang ini spt tdk mahu ada peninggalan pembangunan yg telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu. Sikap ini bukan menguntungkan negara dan rakyat bahkan boleh memundurkan negara ke belakang.
Kerajaan yg dilantik oleh rakyat dgn harapan utk membela rakyat ini tidak akan berlaku sebaliknya akan membawa rakyat ke era 60an dulu. Rakyat akan hidup dlm kesusahan sepanjang dekad ini
Sehingga kini masih tiada tanda2 pembaharuan dlm pembangunan dan kemajuan ekonomi negara dan rakyat. Seolah2 suatu kesulitan yg sgt besar utk negata keluar dari kemelut penyusutan ekonomi negata dan rakyat. Kerajaan lebih tumpu kpd aktiviti politik dalaman utk menghancurkan pembangkang ttpi meninggalkan tanggungjawab terhadap membangunkan negara ini. Sangat sial jika telah msuk bulan keempat pemerintahan kerajaan baru iniasih dlm keadaan tidak stabil untuk menstabilkan ekonomi dan sosial negara dan rakyat. Inilah akibatnya rakyat memberi undi kepercayaan kpd golongan yg munafik dgn tipu nesta membohongi rakyat dlm pru dahulu yg semata2 utk mendakap kuasa saja ttpi tidak pandai utk mentadbir negara dgn baik dan sempurna. Tahniahlah kpd mereka yg mengundi ph sehingga negara menjadi cacamerba tiada wawasan yg jelas ttpi mengapa rakyat masih mempercayai tipu helah mereka.....?
dulu,,.bila orang tanya apa2 mengenainya...jawapan nya tak tahu aje...skarang macam2 dia dah tahu...dasasr penyamun
Setuju lakukan rci..