1. Isu hutang negara perlu diperjelaskan untuk mengelakkan kerajaan harini berada dalam premis palsu dengan sikap menyalahkan kerajaan terdahulu.
2. Persoalan pengiraan menteri kewangan yang tidak menggunakan piawaian antarabangsa seperti Moodys dengan melonggokkan pengiraan hutang kerajaan bersama hutang jaminan kerajaan/Government guaranteed debt iaitu contigent liability dan leased payment untuk projek projek pembangunan kerajaan tanpa penerangan yang jelas.
3. Persoalan penjelasan yang mengelirukan oleh YB PM mengenai angka hutang RM300 Billion yang mana tidak dinafikan namun mengingatkan bahawa hutang mestilah didatangkan dengan KDNK, dan mengingatkan bahawa kenyataan YB PM bahawa rekod beliau hanyalah 27% adalah tidak benar kerana berdasarkan rekod kewangan negara, pada tahun 1986, rekod nisbah tertinggi hutang dan KDNK adalah pada nisbah 103% dan ini perlu dibetulkan.
4. Mengenai istilah hutang dalam Trillion yang tak pernah didengari oleh YB PM ketika zaman beliau menjadi PM dulu, YB KJ juga mengingatkan bahwa di zaman YB PM dulu KDNK kita juga tak pernah mencecah Trilion, hanyalah RM400 Billion, berbanding KDNK sekarang iaitu lebih 1 Trillion.
5. Atas semangat "janji boleh dimungkiri", janji manifesto yang diharap untuk tidak dilaksanakan, yang pertamanya adalah GST. Kerajaan harini sudah sedar bahawa penghapusan GST tidak menurunkan harga barang apabila GST kadar sifar diperkenalkan,harga barang tidak jatuh dan menyedari bahawa GST memberi impak yang sangat minima kepada harga barang dan diakui sendiri oleh menteri KPDNKKHEP.
6. Menteri kewangan juga telah mengaku didalam parlimen bahawa GST adalah lebih baik transparent dan cekap berbanding SST memenuhi aspirasi Competency, Accountability and Transparency,CAT, oleh Pakatan Harapan. Jadi mengapakah GST harus dihapuskan?
7. Maka atas sebab sistem GST adalah lebih effisen dan telus, YB KJ juga telah mencadangkan GST dikekalkan dengan mengurangkan kadar peratusan GST kepada satu peratusan yang akan memberi kutipan yang sama dengan kutipan RM23 Billion yang dijangkakan, dan juga menambahkan bilangan barangan ke dalam negatif list untuk menyamai jumlah barangan CPI di dalam sistem SST.
8.Atas semangat "janji boleh dimungkiri" juga, janji diharap tidak dilaksanakan, yang kedua adalah penangguhan pembayaran PTPTN. Mekanisma ini dilihat memberi kesan negatif kepada PTPTN untuk menampung pembiayaan pinjaman pelajaran pelajar baru.
9. Statistik menunjukkan apabila diperkenalkan mekanisma senarai hitam, kutipan PTPTN telah meningkat dari 3 tahun sebelumnya. Maka adalah diharap kerajaan tidak meneruskan mekanisma penangguhan pembayaran kerana apabila PTPTN tidak cukup duit, PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan yang akan mengenakan faedah 5-6% kepada PTPTN, manakala PTPTN hanya mengenakan kadar ujrah 1% dan beza faedah tersebut ianya akan ditanggung oleh PTPTN yang mana sebenarnya adalah sebahagian daripada contigent liabilties dalam bentuk hutang jaminan kerajaan/Guaranteed Government.
10. Kesimpulannya, diatas semangat "manifesto bukan janji atau kitab suci", YB KJ merayu agar kerajaan tidak menjalankan janji-janji populis manifesto kerana terpaksa dan akhiry melaksanakan sesuatu yang memudaratkan kita seperti menjadi negara pertama kembali menghapuskan GST dan juga menggadai masa depan anak-anak muda yang akan menjadi peminjam baru pada masa hadapan.
Sebaliknya kerajaan seharusnya mendatangkan strategi menaikkan gaji, menjana ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan bukannya menjadi a Goverment of excuses, Government of cancelation.
Get your priorities right!
SUMBER : FB KHAIRUL AZRI
SUMBER : FB KHAIRUL AZRI
Ole kerana terlalu lama membangkang.. Kerajaan skrg dah jadi kerajaan pembangkang jadinya.. Kikiki.. Masih membangkang pembangkang bn.. Adoi
Pandangan pembangkang yg bernas. Kerajaan ph perlu beri perhatian serios utk kenaikan rakyat dan negara. Jgn bertindak sesuka hati demi utk melepaskan geram dan dendam kpd mana2 pihak yg dibenci. Kerana undian rakyat memenangkan ph bukan utk meruntuhkan apa yg telah dibina tetapi hendaklah menambahbaikan lagi apa yg telah ada utk kesejahteraan rakyat dan negara. Rakyat dah naik meluat dgn keputusan2 dan tindakan2 kerajaan baru yg membelakangkan kehendak sebenar rakyat memenangkan ph. Jika kerajaan baru tidak mampu memenuhi inspirasi rakyat dan negara maka dicadangkan semurakyaa menteri dan pm letak jawatan dan bubarkan parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yg boleh membwa kebaukan kp rakyat.
Rembau hebat. Ph ternganga...