SJKC DAN UEC DUA ISU BERBEZA

on Friday, July 13, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadi bila ada yang mempersoalkan kenapa saya menghantar anak saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan saya mempunyai pendirian berbeza terhadap Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Dua perkara ini jelasnya mempunyai latar belakang ISU yang berbeza :-
1. SKJC dinaungi oleh Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tertakluk kepada Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Pelajar SJKC masih menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama iaitu UPSR dengan tambahan 2 kertas iaitu Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.
2. Sebaliknya UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
3. Apa salahnya untuk menggunapakai sijil peperiksaan yang sedia ada terutamanya SPM di peringkat Menengah dan sebagaimana yang diamalkan di peringkat SJKC yang menggunakan sijil UPSR. Mengiktiraf UEC bermakna negara akan mempunyai dua sistem peperiksaan dan penilaian yang akhirnya menggagalkan usaha integrasi nasional dalam membangunkan generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di atas nilai, falsafah pendidikan dan bahasa yang sama.
4. Memilih SJKC untuk anak sendiri membuktikan saya bukan seorang yang rasis perkauman. Hasrat saya untuk mendedahkan anak saya agar mampu bergaul mesra dengan pelajar berbangsa Cina di SJKC yang masih berpaksikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Saya merindui zaman persekolahan saya dulu dengan rakan-rakan Cina dan India yang berjaya menyuburkan rasa hormat dan kasih sayang antara kami sehingga kini. Saya juga mengharapkan anak saya dapat melalui hari-hari persekolahan yang menggembirakan bersama rakan-rakannya dari pelbagai kaum dengan menerapkan perasaan saling memahami, menghormati, menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam dirinya.
5. Saya percaya aspirasi saya turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang amat mendambakan kehidupan penuh harmoni dan semangat perpaduan di kalangan pelbagai bangsa dalam satu negara. Ini hanya dapat direalisasikan dengan membentuk jati diri, peribadi dan perilaku anak-anak di bawah hanya SATU Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sama.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
12 JULAI 2018


One Response

  1. Anonymous says:

    manifesto mesti ditunaikan, kata Menteri. Macamana pula tentang manifesto, manifestor, manifesto, manifestor, manifesto yg dibatalkan pembatalannya, yg mungkin masih ada pada hari ke 101, yg dijenamakan semula, yg hampir confirm tidak seperti dijanjikan, yg ............

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.