PEMUDA UMNO BIDAS KENYATAAN TIDAK SENSITIF MUJAHID ISU LGBT

on Saturday, July 7, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





MENTERI AGAMA TIDAK SENSITIF.
1. Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang dilaporkan Malaysiakini bertarikh 6 Julai 2018. Bagi saya kenyataan itu dilihat mesra kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
2. Menurut Mujahid, tindakan hanya boleh diambil jika golongan LGBT melakukan kesalahan jenayah atau secara terang-terangan memberitahu mereka seronok dengan aktiviti LGBT.
3. Sekiranya perbuatan itu dilakukan secara sembunyi, bagi Mujahid itu adalah urusan mereka dengan Allah ﷻ . Malah pihaknya tidak akan mengambil tindakan kerana setiap individu ada ruang peribadi dan setiap warganegara mempunyai hak masing-masing.
4. Bagi saya, Mujahid tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam. Sebagai Menteri Agama, Mujahid tidak sepatutnya bersikap 'lunak' dan 'mesra' terhadap golongan LGBT.
5. Kenyataan Mujahid seolah-olah memberi 'lampu hijau' untuk golongan LGBT bergerak dengan lebih bebas dan tanpa rasa takut walaupun perbuatan itu jelas melanggar hukum syarak Islam.
6. Melihat keterbukaaan Menteri Agama, saya khuatir suatu hari nanti generasi muda terutama mereka yang beragama Islam berbangga dengan gaya hidup LGBT dan hubungan sejenis akan dianggap sebagai perkara biasa dalam masyarakat kita.
7. Bagaimana sekiranya muncul golongan yang mahu menjalinkan hubungan dengan binatang. Adakah kita akan membiarkan perbuatan itu jika dilakukan secara bersembunyi kerana ruang peribadi dan hak seorang warganegara harus dihormati?
8. Sebagai Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof sepatutnya bertindak dengan meningkatkan program berbentuk kesedaran kepada golongan LGBT supaya mereka meninggalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Firman Alllah ﷻ di dalam Al Quran :
"Ketika seksaan daripada Kami (ALLAH) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Lut itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang yang zalim." (Surah Hud: 82-83)
Saya juga memetik sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Tabarani; Daripada Abu Musa al-Ash‘ari r.a. berkata, Nabi ﷺ bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina, dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.”
Saya berdoa semoga Allah ﷻ sentiasa memelihara tanahair tercinta dari segala macam bala bencana dan terhindar daripada kemurkaan Allah ﷻ.
SHAHRUL NASRUN BIN KAMARUDIN
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Mujahid murtad agama..keluar fatwa main bontot boleh!!!

  2. Anonymous says:

    Kalaulah standards menteri2 PH macam ni, tak lama lagi akan rosak teruklah anak2 muda Islam. Risau aku yg ada anak2 muda meningkat remaja... Risau terpengaruh dengan ideologi sonsang menteri2 PH?

  3. Unknown says:

    Dia ni.. hmm..
    Tak mampu dgn perbuatan ke? Kan menteri dan berkuasa..
    Itu dah kena gunakan kuasa yg ada..
    Lain la kita ni, kita lawan dgn mulut dan dlm hati je la..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.