SIAPA RASIS ..DAP JAUH LEBIH RASIS - SHAIK HUSSEIN MYDIN

on Saturday, December 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pembahas Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik  Hussein Mohd  Mydin hari ini menempelak pembangkang yang terus melemparkan tuduhan UMNO sebuah parti  rasis dengan membentangkan fakta di Pulau Pinang.
Tegas beliau lagi UMNO bukan sahaja tidak rasis malah sentiasa berpegang kepada janji dan semangat setiakawan yang ikhlas menerusi ikatan di dalam Barisan Nasional (BN).
“Di Pulau Pinang  pada pilihan raya tahun 2004 ketika  kita masih menang  dan menerajui negeri, jawatan Exco tetap kita beri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada MIC  walaupun mereka hanya memenangi satu kerusi sahaja. Malah kerusi yang UMNO menangi lebih banyak dari parti komponen lain namun jawatan Ketua Menteri tetap kita berikan kepada parti Gerakan.
“Dan sekarang ini Pengerusi Barisan Nasional (BN),  datangnya daripada Parti Gerakan walaupun mereka tidak memenangi satu kerusi pun berbanding UMNO yang mempunyai sepuluh kerusi.  Apa pun kita masih berbesar hati  dan kita tetap setia pasal apa…sebab kita dah janji. Kita berpegang kepada janji.
“Berbeza dengan kerajaan Dap Pulau Pinang… hebat dan mempunyai dua timbalan ketua menteri ..satu Melayu dan satu India. Tiba-tiba dalam konvensyen Dap baru-baru ini, Ketua Menteri,  Lim Guan Eng umum seandainya disabitkan dengan dakwaaan yang dihadapi hari ini penggantinya adalah  Chow Kon Yeow, Pengerusi Dap Pulau Pinang dan bukannya Datuk Rashid Hasnon daripada PKR.. bukannya Prof. Ramasamy  daripada Dap…siapa rasis..Dap jauh lebih rasis daripada UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan AGung UMNO 2016, di Dewan Merdeka, PWTC di sini, hari ini.
Katanya lagi apa yang diperkatakan itu membuktikan keikhalasan UMNO dalam perjuangan dan percaya hakikat berkenaan akan terus menjadi pegangan.
“Kita buktikan dengan fakta … Begitu juga Pengerusi Pemuda BN negeri tetap beri kepada Gerakan. Betapa besarnya hati kita ini dan jelas apa yang ditunjukkan oleh Dap adalah sekadar wayang semata-mata,” ujarnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.