WARKAH SUBUH BUAT TAN SRI MUHYIDDIN
Kepada Tan Sri, jika benar seperti yang dilaporkan dalam keratan media yang saya lampirkan ini, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru (PPBM) ini Tan Sri sudah terkhilaf.
Pada hemat saya, tidak perlu gentar untuk peroleh sokongan jika yakin wadah baru ini BENAR. Perjuangan berlandaskan kebatilan saya kira kurang keberkatannya, sukar untuk berjaya. Apatah lagi memohon pertolongan 'sokongan' dari makhluk yg Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.
Mohonlah pada Allah SWT dan bersama makhluk yang BENAR jalannya.
Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti.
Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini.
Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru(PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran. Marhaen di luar ingin tahu hala tuju parti, dasar, idealisme n etc, bukannya janji jika menang pilihanraya mahu bebaskan banduan yang bersalah.
Biarlah beliau menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.
Belum terlambat untuk perbetulkan. Namun jika Tan Sri beranggapan 'jalan pintas' ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat 'maju' jaya.
Terus doa, sabar & istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Sebelum anda semua tanya apa hak saya nk ulas? Ingin saya maklum sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, saya mempunyai 'locus standi' untuk mengulas apa yang diperkata oleh Tan Sri.
p/s 2: Kpd Tan Sri, mohon renung, dan hayatilah dua Firman Allah di bawah:
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.
[al-Zukhruf 43:37]
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu
tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
[al-Nisa’ 4:120]