Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai tanggungjawab dan tugas besar bagi memastikan sokongan belia tidak beralih arah sekali gus menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas pemimpin UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, parti baharu yang ditubuhkan bertujuan menentang Barisan Nasional (BN) dianggap serius dan memerlukan Pemuda untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan BN terus menjadi pilihan.
“Pemuda memandang serius dan tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu ini. Saya berpesan kepada semua pemimpin Pemuda bahawa kita mempunyai tugas besar untuk memastikan sokongan sedia ada tidak beralih kepada parti baharu.
“Saya sering ingatkan pada setiap pertemuan dengan pemimpin Pemuda bahawa mereka kini menggalas tanggungjawab untuk memastikan UMNO dan BN kekal menjadi pilihan belia termasuk di Sabah,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek peruntukan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 peringkat Sabah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan peruntukan kira-kira RM2.7 juta kepada 2,985 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) bagi menjayakan HSN 2016.
Khamis lalu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada di Sabah yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, Khairy turut berharap, generasi muda terutama di Sabah terus rasional melihat kepada kestabilan politik yang dibawa oleh BN terutama ketika UMNO berada di negeri ini. -
“Your first arena of struggle is your own selves, if you triumph over them, you will have power over others, and if you fail at struggling against them, you will be weaker against others. Therefore try fighting your own souls first, and remember that the whole world is waiting for a generation of young people characterized by perfect purity, impeccable morals and high manners, so be these youth and do not despair. Keep in mind the words of the gracious messenger, Allah's peace and blessings upon him: "Guarantee for me six things in yourselves and I can guarantee Paradise for you: Speak the truth, keep your promises, protect what's entrusted to you, protect your chastity, lower your gaze (from the opposite sex), and keep your hands away (from other people's rights and properties)". Then look, are you these? And "Allah will see your work, and so will His messenger and the believers, then you will be returned to the world of the Unseen and the witnessing, and then He will inform you of what you used to do."
Imam Hasan al-Banna
Luqmān:17 - "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Luqmān:18 - "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Luqmān:19 - "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Luqmān:20 - Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.