PEMUDA UMNO MAHU KERAJAAN HENTI DANA KE YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA @azwanbro

on Friday, June 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dalam satu move yang tidak disangka-sangka tengah hari Khamis, Pemuda UMNO memanggil sidang media yang dilakukan oleh orang nombor duanya Khairul Azwan Harun mendesak kerajaan menghentikan segera bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Menurut Khairul Azwan, Pemuda UMNO memandang serius tindakan Tun Mahathir Mohamad memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Pemuda mengecam tindakan Tun Mahathir memburukkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kerana bertentangan dengan Perlembagaan serta sistem demokrasi.
"Justeru, Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera...bantuan termasuk kewangan, harta tetap termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada hendaklah dihentikan segera," kata beliau.
Yayasan Kepimpinan Perdana mempunyai 22 kakitangan yang dibayar gaji oleh kerajaan.
Jelas Khairul Azwan, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri untuk memberitahu pendirian Pemuda UMNO itu secepat mungkin dan membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
"Kita sedia maklum Yayasan ini juga menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, tapi hari ini saya mendesak supaya dana yang berasal dari kerajaan dihentikan," katanya.
Difahamkan, Mahathir sering menjadikan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya ini sebagai tempat untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi menggulingkan Najib.
Sementara itu, Khairul Azwan mahu Tun Mahathir menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Beliau sendiri yang menjadikan kedua-dua pilihanraya itu sebagai referundum kepada Najib. Rakyat sudah bersuara dan mereka yang memilih Najib lebih ramai dari yang sebelum ini. Tun Mahathir sebagainya menghormati keputusan ini dan berehat,"kata beliau ketika menjawab soalan wartawan.
"Saya nak tanya beliau sekarang berkempen hendak jatuhkan Najib mewakili parti mana...? atau itu hanya agenda peribadinya, kerana jika agenda parti... parti mana? adakah beliau ahli PAN, kerana beliau tolong kempen calon PAN tempoh hari?
"Jika sebaliknya atas kepentingan peribadi saya serah pada rakyat untuk menilai... kalau beliau benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan agenda PAN atau DAP molek beliau bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan menjadi ketua pembangkang mewakili PAN atau DAP,"katanya


One Response

  1. Anonymous says:

    Semoga BN/UMNO lingkup seteruk-teruknya pada PRU 14 nanti. Aamiin.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.