Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat keahliannya daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin terhadap parti, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, pemecatan tersebut dibuat berikutan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan-ucapan bersama dengan mereka dan menyerang pimpinan parti dan UMNO.
“Itu adalah kesalahan yang besar dari segi disiplin parti. Oleh itu, berdasarkan kepada kelakuan ini maka Majlis Tertinggi (MT) UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn hari ini.
“Untuk Datuk Seri Shafie, MT mengambil keputusan untuk menggantung keahliannya sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin.”
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bahawa MT telah meminta pihak kerajaan memutuskan segala sumbangan kewangan kepada pihak Yayasan Kepimpinan Perdana sama ada dari segi peruntukan kewangan, penyelenggaraan ataupun kakitangan yang dibekalkan kepada yayasan tersebut.
“Ini kerana yayasan tersebut digunakan sebagai pusat untuk merancang menjatuhkan secara tidak demoktratik kerajaan yang ada dan mereka menggunakan cara yang tidak sah di sisi undang-undang,” tegasnya lagi. – MediaUMN
baguslah tu kalau dah tak serasi eloklah bercerai ...
Setuju keputusan MT UMNO
Tepat dan tegas
Kesalahan terlalu obvious...sebab tu mereka tak perlu dipanggil...
Assalam Bro,mereka ada pendirian dan maruah untuk berani berkata benar.....