KALAU HADI DIKENALI GELAR PERKATAAN " BARUA " , KJ PULAK " BANGANG "

on Thursday, September 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17 pada Selasa sebagai bangang dan tidak bertanggungjawab.

Salah seorang pemegang akaun laman sosial Facebook pada Selasa meletakkan komen negatif di status akaun Facebook Khairy dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan sukan tersebut tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.

"Bangang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Khairy berkata beliau tidak kisah jika individu terbabit memperlekehkanya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

"Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara," katanya.

"Saya ingin tahu sama ada individu yang mengkritik kejayaan Nicol tahu bermain skuasy atau tidak, sebelum mereka layak untuk melemparkan kritikan,"katanya kepada pemberita pada Rabu.

Nicol berjaya mempertahankan pingat emasnya selepas mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10  di final.

Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh atlet wushu wanita,Tai Cheau Xuen menerusi acara gabungan Nanquan/Nandao pada hari pertama kejohanan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kejayaan kontinjen negara mengumpul dua pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa sehingga hari kelima kejohanan membuktikan bahawa sasaran lapan pingat adalah satu sasaran yang realistik dan tidak mustahil dicapai oleh negara.

Beliau berkata ada atlet yang gagal meraih pingat dan ia bukan bermakna bahawa mereka telah gagal dalam misi ke Incheon kerana apa yang lebih penting adalah pencapaian  mereka untuk mengatasi catatan terbaik dan bukanya pingat yang dimenangi.

"Sehingga hari ini kontinjen negara masih berada di landasan yang betul apabila meraih dua pingat emas dan diharap kita mampu mengutip lebih banyak pingat lagi," katanya. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.