Khairy dedah formula jawapan Menteri KPDNKK kepada rakyat isu kenaikan harga di pasar !! @NajibRazak

on Friday, January 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Beginilah jawapan yang munasabah seorang Menteri KPDNKK perlu jawab kepada rakyat bila ditanya tentang kenaikan harga . Jangan la jawab kalau harga ayam naik , jangan makan ayam .

Ini tidak hanya mengharapkan feedback daripada pegawai2 kementerian   , sepatutnya beliau perlu turun padang sendiri mengkaji sebab kenaikan harga barang seperti dibuat Khairy dan Pemuda UMNO kelmarin .





- Faktor permintaan, bekalan dan cuaca selain musim perayaan, menjadi antara punca utama mempengaruhi kenaikan atau penurunan sesuatu barang di pasar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan tinjauan yang dilakukannya di Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi hari ini.

"Saya mahu memahami rantaian bekalan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut serta sejauh mana keuntungan yang diambil kira daripada pihak pekebun/nelayan, pemborong sehingga peruncit.

"Hasil lawatan ini saya dapati kenaikan harga petrol hanya memberi kesan kecil kepada barang di pasar borong ini. Sebagai contoh sebuah kontena yang membawa bahan berkenaan hanya mengalami tambahan kos petrol antara 50 sen hingga RM1," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO kepada pemberita selepas tinjauan itu.- utusan-



Skuad Pengguna Pemuda UMNO dan kos sara hidup Pagi tadi saya bersama Biro Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) serta Pemuda Wilayah Persekutuan dan Pemuda Selangor telah membuat tinjauan ke Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang.

 Lawatan ini juga selari dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang mahukan semua ahli jemaah menteri meninjau situasi kenaikan kos sara hidup serta harga barangan di seluruh negara demi kepentingan rakyat.

 Ini juga merupakan satu langkah di bawah prinsip tanggungjawab bersama yang sentiasa menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional (BN), dalam membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan amanah tersebut. Perbualan saya dengan beberapa peniaga di pasar borong itu pagi tadi telah memberi tumpuan kepada sistem rantaian harga dan bekalan barangan bahan mentah.

 Secara spesifik, saya nak tahu apakah sebab kenaikan harga bagi sesetengah barang mentah

Rata-rata peniaga memberitahu faktor utama kekurangan bekalan akibat cuaca, yang menyebabkan nelayan tidak turun ke laut dan hasil sayuran turut terjejas.

 Kami juga mendapati situasi ini juga disebabkan oleh kekurangan bekalan dari luar negara. Tidak tolak kemungkinan kenaikan harga juga disebabkan monopoli/kartel dan juga pengusaha yang mengambil kesempatan.

 Ekoran itu, saya dalam sidang media selepas program lawatan di pasar tersebut telah mengumumkan penubuhan Skuad Pengguna PPUM di seluruh negara diketuai oleh Biro Kualiti Hidup di bawah saudara Rahman Hussin, yang akan memantau harga barangan serta menyalurkan segala maklumat berkaitan kepada KPDNKK.

 Skuad ini juga akan mendampingi para peniaga dan pembeli di pasar borong serta pasar harian seluruh negara bagi menyalurkan maklumat serta hak kepenggunaan, antaranya berkaitan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, serta Akta Persaingan untuk memerangi jika terdapat aktiviti monopoli pihak tidak bertanggungjawab.

Skuad ini juga akan mengedar senarai harga untuk barang mentah makanan yang disarankan oleh KPDNKK supaya pengguna dibekalkan dengan maklumat yang terkini mengenai turun naik harga.

 Idea penubuhan skuad ini timbul selepas program serupa yang telah dimulakan oleh Pemuda UMNO Kedah baru-baru ini dan usaha ini diharap dapat membantu kerajaan menangani serta membendung sebarang situasi kenaikan harga barang yang tidak munasabah, seterusnya melindungi pengguna.

 Saya harap gerakan kepenggunaan yang dimulakan dengan skuad ini dapat membantu rakyat membanteras kenaikan harga barang yang tidak munasabah. Kartel dan monopoli yang cuba mengaut keuntungan luar biasa dengan manipulasi rantaian bekalan juga perlu diambil tindakan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.