HOT ! PENASIHAT PM AKAN DISINGKIRKAN SEBELUM PEMILIHAN UMNO !!

on Wednesday, June 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang memberangsangkan. 

Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.

Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini. Sebelum ini, pembantu-pembantu politik PM itu telah mendapat kritikan dalam blog-blog pro Barisan Nasional (BN) kerana tewas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu meskipun di negeri yang telah ditawan semula BN.

Antara yang disenaraikan sebagai pembantu politik yang bakal digugurkan termasuk Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang. Menurut portal itu lagi, kelima-lima mereka dilihat sebagai strategis bilik perang pilihan raya Najib dan mempunyai peluang mengembalikan kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN.

Terdahulu, Tun Daim Zainuddin, dalam satu wawancara akhbar berbahasa Cina, China Press, membidas penasihat-penasihat PM yang menjadi salah satu faktor BN kalah teruk di dalam PRU-13. Tun Daim dalam kenyataan beliau telah mendesak Najib Razak memecat penasihat-penasihat tersebut.

 Katanya BN kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Perdana Menteri serta pergaduhan dalaman parti.

“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden,” tambah bekas menteri itu. - ASTRO AWANI -


Komen GPB

Elok dibuang je puak-puak ni ..kita perlu penasihat2 politik yang baru untuk PM bagi hadapi PRU14.  Ambil yang individu yang betul-betul nak membantu PM .  Blogger No 1 Pro BN  seperti Dr MIM pun boleh jadi penasihat untuk PM ..


8 Responses

  1. PILIH MEREKA-MEREKA YANG BEKERJA DENGAN PENUH IKHLAS DAN BUKAN GUNTING DALAM LIPATAN

  2. Hasnul Rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Tak perlulah gunakan perkataan 'pecat'. Sebab kemasukan ke jawatan itu tak siapapun yg tahu. Itu hak PM Najib melantiknya. lah lebih baik gunkan istilah diberhentikan atau ditiadakan lagi. Kan sedap bunyinya....
    Seeloknya janganlah ada penasihat.
    Seorang pemimpin yg berwibawa tidak memerlukan penasihat.
    Cuba ikuti stail kepimpinan Tun M. Dia tidak ada penasihat yg nyata. Semua yg dilakukannya atas daya fikirnya sendiri demi agama, bangsa dan negara.
    Ternyata stail kepimpinan Tun M banyak berjaya drpd yg
    gagal, hinggakan kini dia terkenal di mata dunia sebagai negarawan ulung.

    P. Ramlee dah buat cerita pasal penasihat ni... Jadikanlah ianya sebagai pengajaran, bukan sekadar hiburan atau lawak semata-mata.

    Fikir-fikirkanlah....

  3. Anonymous says:

    Omar Ong patut menjadi orang pertama ditunjuk pintu keluar..

  4. Anonymous says:

    Setuju sangat. Bloger MIM adalah salah seorang yang sesuai.

  5. Anonymous says:

    PM perlu semua lantik org baru bagi jawatan Setpol/Peg Khas dan penasihat..barula ada `kesegaran`,harap begitula..jgn tinggal sorang pun..kerana mereka semua telah gagal.

  6. Anonymous says:

    tendang dulu omar ong

  7. Anonymous says:

    Omar Ong patut nasihat Najib JANGAN pakai baju Manchuria masa ketuk gendang cina tu utk Chinese New Year 2013 tu... sbbnya org cina mmg marah dgn org Manchuria sejak ribuan tahun dulu... sikap Omar Ong sebenarnya telah menambah benci org cina pada Najib...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.