Panas !! Zahrain balun diktator Guan Eng isu kampung Melayu

on Thursday, September 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



PULAU PINANG 8 Sept. – Kerajaan negeri perlu mempunyai pelan penempatan semula untuk kampung-kampung tradisional supaya penduduknya tidak terabai apabila pemaju mahu mengambil-alih tanah bagi tujuan pembangunan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, adalah zalim sekiranya tiada program langsung disediakan untuk penduduk terbabit kerana kebanyakan kampung sedemikian telah wujud kira-kira seabad lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menganggap masalah berkenaan sebagai ‘ad-hoc’ kerana pembangunan di Pulau Pinang akan berterusan pada masa depan.

“Kerajaan negeri janganlah sewenang-wenangnya bila sudah meluluskan sebarang permohonan pembangunan, biarkan saja pemaju usir penduduk di kawasan terlibat.

“Walaupun Kanun Tanah Negara menyatakan jika sesuatu pelan pembangunan diluluskan, pemaju ada hak, mengusir penduduknya begitu saja adalah tindakan zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.

Beliau mengulas nasib 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud kira-kira 100 tahun lalu.

Kampung-kampung tradisional lain di negeri ini yang mungkin menerima nasib sama adalah Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong dan Kampung Tengah terletak bersebelahan.

Zahrain memberitahu, kerajaan negeri perlu membuat satu dasar di mana sesebuah kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai pelan penyusunan semula penduduknya.

“Kalau luas kampung yang diambil-alih empat hektar, peruntukkan sedikit buat kampung tersusun untuk penduduk,” ujarnya.

Sebagai contoh, jelas beliau, di Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad, kerajaan republik itu mempunyai program khas untuk menempatkan semula penduduk terlibat di kawasan sama.

Beliau menambah, kerajaan republik itu menyediakan flat yang selesa untuk penduduk berkenaan.

Zahrain berkata, jika mahu mempertahankan budaya khususnya orang Melayu di Pulau Pinang, masyarakat kaum itu perlu memiliki cara hidup yang betul serta sempurna. - Utusan


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Saja nak tanya oghang tanjung. Awat masa BN memerintah dulu hampa marah sangat dengan BN? Hampa ingat tukar gomen boleh main cuba-cuba ka? Sekali silap hampa rasa la ....Sebab tu kita kena pikiaq banyak-banyak. La ni tak boleh buat apa-apa la. BN dulu yang hampa tak sukapun tak pernah buat macam ni. La ni depa bagi 100 kat warga emas, hampa ingat besaq sangat ka? Tu pun setakat setaun sekali.

  2. Anonymous says:

    Mana2 pengundi yang menyokong DAP masa PRU 2008 lepas (Pakatan Rakyat) tak rasa kesal ke?

  3. Anonymous says:

    baru depa tau, dapat habuan dari DAP. saya orang penang tapi tinggal KL, saya tanya depa dulu away pangkah lawan depa kata kami meluat dgn BN. lani dapat habuan. orang penang roshom sangat, nasi kandaq pun tak lama kena halau. bukan saya nak kutuk orang melayu penang tapi sedih dgn sikap. hampa nanti jadi macam red indian di USA. la baru tau langit tinggi rendah. ada otak tapi otak lembu orang guna akal. hehehehehe

  4. Anonymous says:

    padan muka melayu pulau pinang!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.