Roadshow Nizar gagal , label Nizar Boneka DAP tetap tidak hilang

on Thursday, January 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Nijar Boneka DAP akan terus kekal
di persepsi orang Melayu Perak




Menyambut ulangtahun dirinya hilang kuasa, bekas MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan PKRt di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Dia perakui ianya berpunca anggapan orang ramai bahawa semasa beliau memegang jawatan MB, beliau adalah boneka DAP dan tindak tanduknya telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Dia telah tidak henti-henti buat roadshow. Sayangnya roadshow yang tak renti-renti oleh Nizar telah backfire. Rakyat sudah letih dengan propaganda berlebih-lebihan Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Sana sini orang dah muak dengan politik.

Rakyat mahu Nizar berbalik buktikan diri sebagai ADUN dan MP. Sebenarnya dia patut bersyukur dapat merasa jadi MB selama beberapa bulan kerana dia memang tak layak. Dia sudah banyak lupa diri dan banyak sangat buat peel macam orang gila.

Sementara Zambery yang terus sabar dan terus beri tumpuan terhadap tanggungjawabnya telah mula meraihkan hasil.

Menghampiri Feb 6hb, kerajaan BN telah dapat membawa pelaburan sebesar RM11.6 billion. Berbanding masa Nizar zaman syok beri tanah dan balak kepada kroni Ngeh dan Nga yang hanya RM2.5 billion. Apa Nizar nak jawab?

Anwar pun tengah buat roadshow. Dalam roadshow siap defend Nizar dari tohmahan boneka. Dengar Anwar di Bukit Sentiasa sini dan seterusnya.

Isi kosong.Takdak apa dicerita. Tak jawab jelas-jelas dan terus terang persoalan yang dihadapi. Dia cuba pusing tuduh rasuah tapi bab rasuah semua sedang ditangani. Semua tuduhan basi yang tak ada bukti.

Ini pun nak backfire.

sumber : the unspinners


4 Responses

  1. Anonymous says:

    apakah pakatan pembangkang semakin hilang sokongan rakyat..forum rakyat di balairaya mpsj batu 14,Puchong sepi walaupun risalah yg diedarkan mengatakan kehadiran anwar,khalid ibrahim,chua jui meng etc..tak sampai 20 org berlegar-legar ditepi jalan..sumber 20 min yg lalu

  2. Salam bro, inilah yang dikatakan manusia yang tidak pernah bercermin diri........... watak-watak wark, alim sekadar untuk mengaburi mata rakyat.... sedang iblis berselindung disebalik jubah dan serban..... rakyat sebenarnya sudah muak dengan gelagat mereka.....

  3. hanizam says:

    ape kes buat ceramah malam-malam jumaat???dari dok dengar kelentong & kena kencing dengan penceramah PR, baik duduk kat rumah, santai-santai bersama isteri tersayang...

    kena lak malam ni malam jumaat, banyak pahala bersantai bersama orang tersayang dari dapat dosa dengar fitnah..dah le kena kencing...buang masa je dengar ceramah macam tu...

    menonton ehwal islam lagi bagus...

  4. Aspirasi says:

    biarkan dia buat banyak-banayai sampai rakyat over dos

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.