Anwar takut pergi mahkamah'

on Tuesday, January 12, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 11 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya takut untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah kerana bimbang kelakuan sebenarnya diketahui rakyat.

Menurut Datuk S. Nallakarupan yang merupakan bekas sahabat baik Anwar, perbicaraan di mahkamah yang berasaskan fakta paling ditakuti oleh Ketua Pembangkang itu.

Baginya, tingkah laku dan tindak tanduk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekarang sama seperti 12 tahun dahulu apabila tembelang beliau mula terbongkar.

"Anwar nampak berani tapi sebenarnya dia amat takut dengan mahkamah.

"Ini kerana mahkamah berpandukan fakta, sedangkan Anwar amat takut dengan fakta," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 7 Januari lalu, Anwar telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.

Permohonan itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 Januari ini di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin.

Perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi pula akan bermula 25 Januari ini.

Jelas Nallakarupan, Anwar hanya pandai membakar sentimen rakyat dan bijak memanipulasi fakta untuk melepaskan dirinya daripada tindakan undang-undang.

"Dia tidak suka undang-undang. Baginya, undang-undang adalah untuk orang ramai.

"Anwar anggap dirinya melebihi undang-undang. Sebab itu dia suka saman orang tapi dia sendiri takut hadir ke mahkamah," ujarnya.

Menurut beliau, Penasihat PKR itu kini terdesak untuk mengalih tumpuan rakyat daripada perbicaraan kes liwatnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.