Insiden gereja dibakar , kerja pihak yang berkepentingan

on Sunday, January 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Jadi jangan tuding jari mengatakan Umno ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno ini jahat. Saya katakan di sini, kita mengutuk perbuatan itu dan mahu berlaku adil...kalau polis boleh cari siapa yang melakukan perkara ini, kita hukum dia dengan adil dan saksama,” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak



Kejadian kebakaran di Gereja di Kuala Lumpur yang berlaku pada malam sehari sebelum umat Islam di masjid negara membuat demo membantah penggunaan nama Allah oleh Heral Tribune .

Kita ikuti kronologi daripada kejadian ini dipetik daripada agenda daily

7 jan: 6ptg - Polis terima aduan sebuah gereja dpt panggilan ugutan berbunyi: "jaga-jaga". Berikutan itu IGP kerah anggota polis di seluruh negara berjaga-jaga.

7 jan: 12tgh mlm - Di Desa Melawati seorang lelaki menunggang motor membaling topi keledar yg dlmnya berisi molotov cocktail ke tingkap sebuah gereja. Beberapa kerusi dan buku terbakar. Api berjaya dipadamkan.

8 jan: 4pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol molotov ke perkarangan gereja berdekatan Assunta di Petaling Jaya. Tetapi botol dan pecah dan tak meletup.

8 jan: 9 pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol di perkarangan gereja di Damansara. Tiada kebakaran.

8 jan: 12 tgh – Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Musa Hassan adakan sidang akhbar tergempar di Bukit Aman sebelum solat Jumaat.

8 jan – 4 ptg – Mereka mengadakan sidang akhbar kedua di Bukit Aman.- 8/1/2010

Selepas daripada kejadian itu PM , Menteri KDN dan Ketua Pemuda UMNO membuat ulasan dengan segera


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi segeranya mengutuk perbuatan itu. Beliau tidak mahu sesiapa cuba menyalahkan UMNO mencetuskan ketegangan dalam isu ini." Jangan tuding jari pada UMNO atau sesiapa",tegasnya. Beliau juga mengarahkan polis meningkatkan kawalan sekitar kawasan rumah ibadat.

PM Datuk Seri Najib


Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam."Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan.

"Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin

Kejadian yang menggemparkan seluruh negara ini mendapat liputan meluas di antarabangsa seperti Al Jazeera dan juga NY Times . Siapa dalang sebenar yang terbabit dalam insiden ini ??

Yang paling cepat menuduh dalam insiden ini ialah Zaid Ibrahim di dalam portal Malaysia Insiders . Lama juga tidak dengar berita mengenai Zaid dan kali ini beliau muncul dalam isu gereja terbakar ini . Pelik betul bagaimana seorang peguam boleh cepat2 menuduh pihak itu bertanggujawab sepenuhnya dalam kejadian ini sedangkan pihak polis baru sahaja sedang menyiasat dan mengumpul barang bukti di tempat kejadian . Tuduhan Zaid cukup berat kepada UMNO dan adakah Zaid ada bukti ke siapa yang buat kerja ini ??

Dalang yang terbabit dalam insiden ini adalah kerja pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dan keuntungan dalam isu kalimah Allah ini . Motif mereka kalau boleh mahu timbulkan rusuhan dan membangkitkan kemarahan penganut kristian . Jadi , mengapa dituduhnya UMNO ?? Apa untungnya UMNO dan NGO2 Islam membuat kerja yang tidak bertamadun ini ??

Selepas gereja ini terbakar, kita dapat lihat blog-blog pembangkang, haprak daily terus seronok menari dengan menuduh UMNO sepenuhnya terlibat dalam insiden sedangkan polis masih lagi menyiasat siapa yang dalang sebenar . Zaid Ibrahim pulak antara pemimpin pembangkang paling pantas memberi kenyataan dlm isu ini dan beliau la yang mendapat political milleage akibat insiden ini .

baca sini juga hasil political milleage mereka dapat

Paderi puji ketegasan PAS

PAS ajak umat Islam tolak politik murahan


Hanya yang merasa dilindungi berani bakar gereja


Inilah sebenar game pembangkang , mereka akan cuba mengambil kesempatan dalam apa isu untuk memburukkan UMNO dan membuat rakyat benci kerajaan . Segala apa benda tak baik semua dituduhnya UMNO dan kerajaan dipersalahkan dan ini merupakan strategi mereka menjatuhkan imej kerajaan . PAS terutamanya aku lihat selepas isu gereja terbakar ini, nama mereka sudah naik kembali . Mereka cuba menjadi hero sepenuhnya dan menjadikan ini sebagai isu politik murahan mereka. Mereka menuduh UMNO jadikan isu kalimah Allah sebagai isu politik tetapi sebenarnya mereka lah yang guna semua isu sebagai politic game mereka !!

klik di sini kaitan insiden ini dengan Pilihanraya Sarawak

updated 4.30 pm ....

petikan dari blog parpukari

Klik sini dan tengok video Anwar al juburi dengan sengaja cuba menghasut rakyat.. tunggu apa lagi Hisyam ?? jangan dok senyap saja ..

Anwar cuba memutar-belitkan fakta dan telah menyuruh wartawan antarabangsa untuk membuat provokasi terhadap PM, namun PM dapat berjaya mengawal keadaan, nak tahu lebih lanjut lagi, sila klik sini

.Baca disini dan anda lihatlah sendiri bagaimana Malaysiakini memutar-belitkan isu Allah tetapi tidak sesiapa pun berani mengambil tindakan kerana ianya milik pakatan haram (kan ke selalu apa saja yang dibuat pakatan haram, semua tak berani nak menegur?)


Klik imej untuk lebih jelas! Macamana perkara sebegini boleh berlaku? Hisham, kau masih tido lagi ke?










3 Responses

  1. Pejuang Bangsa

    Tolong Faham....jangan keluarkan artikel yang menghasut.

    Isu ini sensitif. Diminta bertenang jangan timbulkan keadaan tegang. Jangan fikir pencacai UMNO tidak terlepas dari tindakan ISA. Najib & Hisham dah mula meluat dengan perangai bodoh puak UMNgok ni.Najib cakap isu ini boleh diselesaikan secara baik ikut procedure mahkamah, tak payah menghasut tak payah demo, tapi puak bodoh bangang UMNgok tak berhenti menghasut dan buat demo juga. Hancur inspirasi Najib sebab puak-puak bodoh UMNgok. hancur impian Najib nak lihat UMNO jadi JUARA RAKYAT.

  2. siapa keluarkan artikel menghasut lebih dulu sebenarnya ?? aku cabar hang kalau berani pergi cakap pemimpin2 pembangkang dan blog2 mereka sebelum datang komen di blog aku ..

    kami blogger UMNO dan pro kerajaan akan pertahankan kerajaan !!

  3. AMENO says:

    AMENO Chacha Marba said...
    SKRG api keMARAHan telah terbakar keserata negeri,dari KL ke PJ keTAIPING,keMIRI dan tak tau esok kemana pula....Yang korang dok BANTAI si-Anwar dan Khalid,tak ada apa2 kesan pun..!!!
    Mana pergi POLIS,nak kawal JENAYAH ni..?????Cakap aje lebih..!!!Pegi lah TANGKAP puak2 yang celupar mulut kat demo SHAH ALAM ,jumaat lalu..Kenapa tak cekup Mat UMNO tu?
    SUMBAT keDALAM I.S.A...!!!!!!!!!!
    KENAPA TAK BUAT..???KENA batang hidung sendiri....???Apa yang si HISHAMUDDIN dan IGP buat..????
    Ni nak suruh POLIS jadi Mat DESPATCH
    pegi antar 400000 I/C,pulak......
    PELIK,PELIK..tetapi BENAR....!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.