Oleh SABRANI MUIN
Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar kata dia tidak akan berterima kasih dengan kerajaan yang telah membebaskan beliau dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 lalu.
Kerajaan pun tidak pernah meminta terima kasih dari sesiapa yang telah dibebaskan dari apa juga bentuk tahanan. Apa perlu terima kasih itu kalau tidak datang dari hati yang ikhlas? Lebih baik tidak berterima kasih. Dan tidak perlu juga beritahu tidak mahu beri terima kasih.
Semasa dalam tahanan, Uthayakumar membiarkan dirinya tidak terurus dengan sengaja sebagai protes terhadap ISA. Itu adalah hak peribadinya. Kalau Uthayakumar mahu bercukur botak atau mahu mengubah kulitnya menjadi warna putih atau hijau pun tidak siapa peduli. Cuma kasihanlah ahli keluarganya yang menerima beliau dalam keadaan begitu.
Misal katakanlah Uthayakumar menjerit ucap terima kasih kepada kerajaan sekali pun, tidak akan ada siapa dari pihak kerajaan akan berkata “sama-sama Uthayakumar,” atau “sama-sama kasih Uthayakumar.”
Uthayakumar sengaja menyatakan kepada pihak media yang beliau tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan sebagai satu ungkapan yang menggambarkan beliau bukanlah dari kalangan orang terpelajar yang baik dan bersih.
Fikirannya berserabut dan mungkin keliru dengan siapa dirinya. Dalam hal ini, walaupun Uthayakumar bertaraf pemimpin kepada sekumpulan yang menyokong pergerakan haram Hindraf, tetapi jenis kepiminannya adalah dari jenis tidak baik.
Bagaimanapun untuk makluman Uthayakumar dan pengikutnya, di muka bumi ini, kita memerlukan semua jenis manusia termasuk orang seperti Uthayakumar, orang gila, orang sentiasa cakap besar, pendendam, pemabuk, penjudi, pengkhianat, pembodek, penyokong membabi buta, pak turut dan sebagainya. Kalau tidak, dunia ini tidak akan lengkap dan sempurna.
Kepada yang dengan ringan mulut menyatakan terima kasih kepada kerajaan sebaik sahaja dibebaskan pun tidak boleh kita ambil kira sebagai ikhlas dan insaf. Mungkin dalam diri mereka itu masih belum lagi seratus peratus menyesali apa yang telah dilakukan dan tidak hairan kalau mereka boleh menjadi lebih ganas dari sebelum ditahan ISA.
Tanyalah sesiapa yang pernah ditahan pihak berkuasa sama ada atas kesalahan trafik, mencuri, jenayah mahupun ISA, tidak siapa akan memberikan gambaran baik semasa dalam tahanan walaupun mereka yang dibebaskan tidak ada yang dalam keadaan kebuluran, kurus kering kerana tak cukup makan, tidak berbirai kulit dan dagingnya. Mereka segar sesegarnya. Kecuali yang sengaja mengutuk dirinya seperti Uthayakumar.
Kalaupun Uthayakumar tidak kata dia tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan, tidak siapa akan memintanya berterima kasih. Membuktikan beliau masih lagi suiman adalah apabila Uthayakumar masih mampu memahami perkataan terima kasih itu kepada penyokong dan isteri beliau.
Seterusnya, Uthayakumar yang ‘pulang’ dengan keadaan kusut masai dan selekeh itu menunjukkan segala tindakan dan kenyataannya selepas ini boleh diduga akan menyamai keadaan dirinya yang telah menyerap sampai ke dalam tubuh dan rohnya.
Bagaimanapun beliau dan penyokong-penyokongnya perlu ingat bahawa kebebasan tahanan ISA ini semuanya bersyarat. Setiap syarat yang dilangar akan diambil kira dan tidak mustahil mereka akan disumbat balik ke ISA.
Lebih lagi Hindraf sudah diisytihar sebagai pertubuhan haram dan segala tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara hendaknya Kementerian Dalam Negeri tidak memandang ringan kerana kumpulan seperti ini sudah menjadi virus kepada masyarakat dan tidak hairanlah kalau mereka mencari pelbagai helah untuk bergerak secara senyap supaya tidak dihidu pihak berkuasa
sumber : http://konspirasipolitikmelayu.blogspot.com
Link
Hishammuddin: Tidak harap terima kasih daripada Uthayakumar
Kerajaan tidak harap terima kasih daripada Uthayakumar
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
May
(40)
- Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah
- 9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia
- PKR paksa pengundi Penanti supaya keluar mengun...
- Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boik...
- PKR takut bayangan UMNO di Penanti
- Tok Pa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil...
- Pidato Perdana Pemuda UMNO di Permatang Pauh
- Pembangkang mahu pengganas komunis pulang
- Ustaz Pas kantoi dengan artis
- Mulut laser Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng
- Panglima Erdogan Pengecut !! tak ada teloq
- Hero Mogok Lapar
- Rakaman dan bukti gambar cubaan rasuah didedahkan...
- Husam Erdogan vs Nasharuddin
- Penanti- medan hantam BN dan hina keputusan mahkamah
- Mogok Lapar taktik mahu tunjuk simpati dan kesian !!
- Buka Takrif Bumiputera : Pemuda Beri Ingatan Janga...
- Kebenaran telah tiba -Zambry sah MB Perak
- Perarakan lilin boleh jejas akidah
- Pengganas Chin Peng tidak akan dibenarkan jejak ka...
- Pendedahan Jamaluddin Radzi -Siri 2
- Pendedahan Jamaluddin mengenai sebab meninggalkan ...
- Pemuda laksanakan program baru dekati golongan muda
- Duit kita ambil - Nik Aziz
- Bapak dok sibuk fitnah Najib dan pemimpin BN ,ana...
- Jawapan SMS oleh Dato Hamdi
- Pesanan untuk Rakyat Perak
- Krisis Perak : Anwar terdesak mahu jumpa Najib
- Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak
- Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Ak...
- Gambar MB MINORITI sementara Perak yang sah
- Tahniah Nizar !! Dari Penduduk Perak
- Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya
- Hari penentuan dalam sejarah melayu moden ...
- Kerajaan tidak harap terima kasih daripada Uthayak...
- Siapa guna bomoh ??
- Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?
- Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekreta...
- Pemuda Umum Exco Lantikan Dan Ketua Pemuda UMNO Ne...
- Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO
-
▼
May
(40)
memang inilah sikap pembangkang, dulu ustaz2 pas pun ada cakap tak perlu berterima kasih kepada kerajaan.
betul sdr azli ..
penyokong2 PAS sememangnya tidak berterima kasih pun kepada kerajaan ,anak mereka dpt biasiswa ,universiti ,bantuan lain lagi malah kita boleh lihat sendiri kebanyakan student2 penyokong pakatan ini keluar universiti shj minta kerja dengan kerajaan . Sedangkan ramai lagi penyokong2 kerajaan minta kerja dengan kerajaan tidak mendapat tempat .