UMNO tak bubar sayap parti - Abdullah
29/01/2009
KAMPAR 29 Jan. — Umno tidak akan membubarkan sebarang sayap parti walaupun langkah itu boleh mengurangkan politik wang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata ketiga-tiga sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah penting kepada Umno dan perlu dikekalkan.
“Masalah yang ada hubung kait dengan poltik wang boleh diatasi dengan pendekatan-pendekaan yang lain,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam agar struktur Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti bagi membanteras gejala politik wang.
Alasan Tengku Ahmad Rithauddeen ialah dengan adanya sayap parti akan berlaku perebutan untuk jawatan, dan ini akan menyebabkan politik wang berlaku.
Abdullah, yang juga Presiden Umno, bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Tindakan Desa di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning di sini hari ini.
pautan
Cadangan tidak munasabah – Muhyiddin
“Jika kita bubarkan semua sayap parti, mana kita hendak letak pemimpin pelapis untuk mengasah bakat sedangkan kita tahu mereka yang muda-muda ini memiliki semangat juang tinggi.“UMNO masih memerlukan semua sayap ini kerana ia terbukti telah melahirkan ramai pemimpin pelapis parti untuk memimpin negara pada masa depan.”
‘Mengapa mahu bakar kelambu?
‘Hanya segelintir ahli UMNO terlibat dengan politik wang, jadi mengapa ‘kelambu’ yang lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan UMNO mahu dibakar?’’ soal Rafidah.
KOMEN PB
saya rasa tidak perlu sayap Pemuda dan Puteri dibubarkan kerana terbukti Pemuda dan Puteri adalah generasi palapis yang boleh menyumbangkan idea untuk parti dan sebagai pemimpin masa depan UMNO . Memetik kata-kata pemimpin UMNO yang mengatakan jangan dibakar kelambu semuanya adalah tepat kerana yang bermain politik wang ini adalah segelintir sahaja. Cuma apa yang penting untuk UMNO ialah menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan UMNO yang menyebabkan politik wang ini berleluasa dan bermaharajalela .
UMNO tidak perlu bubar sayap parti
on Thursday, January 29, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Politik wang akan memusnahkan UMNO....
UMNO=WANG
WANG+ UMNO= REPUT........
bubar?cara lain xde lagik ke?
bila dh bubar..politik wang masih ada.. then mau bubar parti gak ke?
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...
Assalamualaikum anakku,
Di pagi pagi Jumaat yang Mulia ini Mak Cik doakan semuga Allah swt memberkati Hari hari kamu dan kamu sentiasa dilimapahi dengan Rahmat, Taufik dan HidayahNYA.
Juga semuga Allah swt memberi kita semua kekuatan ruh dan jasmani untuk melalui hari hari mendatang kita dan Negara kita kekal Aman sentosa.
Mengenai UMNO yang hal ini, Mak Cik sokong saranan Rafidah. Mengapa hendak bakar seluruh kelambu semata mata beberapa ekor nyamuk??
Mungkin kita kena panggil Inspektor Nyamuk bertauliah untuk menghapuskan sahaja nyamuk nyamuk yang ada dan wabak wabak yang mereka bawa.
WaAllauAlam.
anggap segala yg berlaku sbgai ujian ALLAH...umno belum kalah, sokongan org Melayu masih bersama UMNO...78 KERUSI, PAS 23, KEADILAN CUMA 20....baiki segala kelemahan
from toksetiu.blogspot.com
melayu angkat & tok setiu
terima kasih atas pendapat orang lama kita ..ini semua ujian dan dugaan untuk UMNO dan selepas Mac ini UMNO akan bangkit dengan lebih gagah dan sejarah membuktikan UMNO akan bertambah kuat selepas pemilihan UMNO ..
Hidup UMNO !! Hidup Melayu !!
Ye ke....baguslah macam tu semoga UMNO terus kuat....cuma waktu pemilihan nanti(sekarang pun dah nampak)
TOLONG HAPUSKAAAAANNNN......
POLITIK WANG(nama manja rasuah)
ORANG NAJIB,ORG PAKLAH,ORANG KHAIRY,ORG KHIRY TOYO,ORNG SIPULAN..ORANG A,ORANG B...ini yang susah..tak gitu pejuang?
SIFAT BONGKAK SERTA TIDAK SEDAR DIRI PEMIMPIN DAN bloggernya...ha ha ha ha ha ha...
GUNAKAN SPR,POLIS,SEGALA JENTERA KERAJAAN,MEDIA HAK RAKYAT SERTA DEWAN ORANG RAMAI(gunala dewan sendiri untuk TADIKA KEMAS)untuk kempen pilihanraya....
ISU PERKAUMAN SERTA KETUANAN MELAYU....SEPATUTNYA KETUANAN ISLAM DAN MELAYU....
HAPUSKAN SIFAT DENGKI,CANTAS MENCANTAS,POTONG MEMOTONG,BENCI-MEMBENCI SESAMA PENGIKUT PEMIMPIN UMNO....ini sangat la susah..tak gitu pejuang...
MENYOKONG ORANG MELAYU,WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PEMBANGKANG SEPERTI DI KELANTAN DAN KEDAH YANG MAJORITI MELAYU...jangan robohkan masjid...rumah..sekat bantuan...sekat peruntukan 1/2 juta kepada ali perlimen pembangkang.
PEMIMPIN KURANGKAN BERLAGAK...NAIK KERETA MEWAH(hentam pakatan rakyat..selangor dan pakai pakai camry)tetapi majoriti pemimpin umno pakai mercedes....bukan satu tapi berbelas-belas..contohnya pi Bagan Datok lihat berapa kereta Zahid Hamidi? Cuba la cari kereta perdana v6 kalu ada...
RAJIN TURUN PADANG...jangan umpan dengan duit seperti pr kecil Kuala Trengganu...
Jadilah macam pemimpin politik cina..tak kira MCA,Gerakan dan DAP semuanya berjuang untuk survival bangsa...pengundinya pun bijak serta strategik....tak suka ubah...nie tak walau dah kalah masih sombong...sekat semuanya..terbaru kenyataan Hazid Hamidi....dulu Rustam..KM melaka..tak benarkan lawat Kelantan...kan bodoh..namanya....
Buat makcik melayuangkat dan Toksetiu...baguslah nasihatkan orang muda macam pejuang....nie..sebenarnya makcik rasuah nie bukan nyamuk aje yang buat dalam umno...gajah pun ada..tetapi biasak la....semua simpan aje dokumen siasatan kat BPR...macam mana rakyat tak bengang...sepatutnta tak pilih bulu..siapa rasuah baik PM ke.PAS ke DAp ke MCA semuanya kena siasat dan ambil tindakan...tak payah pendakwaan terpilih...ini menghakis keyakinan rakyat...hasilnya rakyat yang semakin terdedah kepada pelbagai maklumat akan melihat sesuatu isu dengan kritis...20 tahun dulu boleh la rakyat digula-gulakan dengan isu seperti perkauman...serta sampai maklumat sebelah pihak sahaja...rakyat semakin matang...UMNO kena fikirkan hal ini..
Buat Tok setiu...baguslah beranalisa..tentang kekuatan pas,pkr dan UMNO tentang kerusi parlimen....lain kali cuba buka semula tentang persidangan parlimen...persempadanan semula kawasan parlimen majoriti melayu yang dipecah-pecahkan oleh UMNO...konnonya orang cina dan India akan menyokong BN sampai kiamat...sekarang tengok apa dah jadi? Lain kali pemimpin UMNO ambil pengajaran tentang ini...satu lagi persempadanan untuk menambah kerusi negeri yang dikuasai pembangkang yang 99.9% BANGSA MELAYU SERTA ORANG MELAYU...tidak dilakukan...dah lama dah sejak 1990 sekarang tengok siap yang susah...jadi jangan bebal sangat apabila melihat kerusi di palimen....umno kena ubah tabiat dengki kepada bangsa sendiri....kalau kerusi parlimen di sabah dan sarawak boleh di tambah kenapa tidak di negri pembangkang yang confirm UMNO atau pas boleh bersaing untuk menguasainya....?Takkan Tok setiu tak perasan kut sewaktu PAS memerintah Trengganu dulu mana ada pertambahan kerusi parlimen di trengganu..kalau di Johor tu ada la..tu pun bagi kat MCA...maklumlah majoriti yang ramai melayu dipecahkan bagi sikit-sikit sampai kawasan parlimen yang baru melayu jadi minoriti....lain kali toksetiu kaji la sejarah dulu...tengok dengan pendalam jangan syoksendiri...
Buatpejuang bangsa...kalu kenyataan aku kat atas diambil kira umno akan kuat...barulah ko boleh sebut HIDUP UMNO...la nie kena tukar slogan...
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!
saya harap kepada menteri,jgn la terlalu sgt main fitnah...kerana ia blh membawa kepada kemudaratan rakyat..rakyat menangis kerana zaman skrg terlampau penuh dgn politek.kami harap kerajanan tidak berat sebelah dgn parti pembangkang....kami juga hrp,yb dpt selesaikn masalah ini dgn segara dn marilah kita sama2 membenteras gejala buang bayi yg sekarang ni berleluasa...