Oleh Lukman Abas
Kuala Terengganu -- Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.
Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.
"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.
"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit.
"Adakah ini kita mahu pilih Pas sebagai sebuah parti pilihan kerana amat jelas mereka tidak konsisten dan tidak berprinsip demi mendapatkan kuasa. Inilah parti 'dok rok cetong' dan tidak bermaruah", katanya ketika berceramah di Bilik Gerakan BN Cawangan Gelugor Raja di sini, Jumaat.
Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.
Husam berkata demikian ketika membalas cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencabar Naib Presiden Pas itu supaya menyatakan pendirian mengenai hudud jika pembangkang membentuk kerajaan pada satu sesi debat di Kota Bharu baru-baru ini.
Namun begitu, DAP menafikannya dan menyatakan hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang.
Khairy seterusnya menegaskan Pakatan Rakyat sebenarnya retak menunggu belah ekoran prinsip mereka yan berlainan dan tidak wujud tolak ansur sepertimana BN.
"Kita menerusi parti-parti komponen yang lain telah lama duduk semeja dan bernaung di bawah satu payung. Kita di dalam BN pun ada wujud perbezaan pendapat dan sebagainya, namun akhirnya kita mencapai satu kata putus bersama demi kepentingan rakyat.
"Justeru bila keluar mengundi 17 Januari nanti, jangan fakir banyak-banyak terus pangkah BN untuk kepentingan penduduk Kuala Terengganu", ujarnya.
sumber prokhairy.com
PAS parti tidak berprinsip -KJ
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
OKLAH PEJUANG BANGSA,TAPI AKU NAK TANYA KALU PAS SUDAH NYATAKAN PENDIRIANNYA NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...
DAP PUN DAH NYATAKAN PENDIRIANNYA TIDAK MAHU HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN..
BAGAIMANA DENGAN UMNO....???SELAMA 50 MEMERINTAH,KENAPA TAK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD,DULU SEBELUM PRU KE 12 RAMAI AHLI UMNO,PM PUN MELAYU ISLAM,TPM PUN MELAYU ISLAM,MENTERI UNDANG-UNDANG PUN UMNO GAK,MENTERI KESELAMATAN PUN DUA-DUA MELAYU UMNO,KENAPA TAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD?
DI DALAM ISLAM MANA ADA HUDUD PAS KE,HUDUD UMNO,IA WAJIB DILAKSANAKAN...AKU TAU LA ORANG UMNO BUAT-BUAT TAK FAHAM DENGAN HUKUM NIEE....
SATU LAGI KENAPA TIDA SIAPA PUN JAWAB SOALAN KOMEN DARI BNMAJU tentang kenyataan mahathir dan najib tentang hukum hudud?
siapa yang tiada prinsip sekarang? apa pendapat ko bila MCA bawa sepanduk minta hukum hudud tidak dilaksanakan...mereka faham ke tentang hudud,kenapa umno sebagai kawan baik mca tak bagi penerangan yang jelas HUKUM HUDUD INI UNTUK ORANG ISLAM AJE!!!!,ke umno pun serupa dengan mca tak suka kepada hukum agama sendiri???? sila jawab wahai pejuang bangsa....janganlah mempermainkan minda pembaca blog ko nie,KJ sendiri pun dah nafikan kepada hukum hudud...katanya kami(UMNO) akan ikut undang-undang yang sedia ada..
soalan aku jelas UMNO NAK JALAnKAN HUKUM HUDUD NIE ATAU TIDAK
MCA SOKONG HUDUD ATAU TIDAK?
APA PENDIRIAN UMNO BILA MCA BAWAK SEPANDUK BANTAH HUKUM AGAMA SENDIRI,AGAMA KO DAN AKU, AGAMA ISLAM???
MCA KE,DAP KE GERAKAN KE,SEMUA TAK SUKA KEPADA HUKUM HUDUD KENAPE???? SIAPAKAH SELAMA 50 TAHUN MEMBERI PENERANGAN YANG SALAH KEPADA HUKUM HUDUD KEPADA ORANG CINA DAN INDIA
DULU SEWAKTU PILIHANRAYA KE 12 DI SELANGOR JENTERA PARTI UMNO SEWAKTU BERKEMPEN DI GOMBAK MEMBERITAHU KEPADA ORANG CINA JIKA UNDI PAS PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD NANTI KITA AKAN KENA POTONG TANGAN,MUJURLAH CINA NIE BIJAK SIKIT...JAWABNYA KAMULAH YANG KENE POTO NG TANGAN KERANA CURI DUIT RAKYAT DAN TIPU KAMI,RUPANYA CINA NIE DAH PERNAH MELAWAT KE KELANTAN JUMPA KAWANNYA,DI KELANTAN CINA BOLEH HIDUP AMAN DAMAI....
JAWAB SOALAN AKU SEKALI LAGI ADAKAH SELAMA 50 TAHUN NIE UMNO HENDAK KEPADA HUKUM HUDUD?
NAK KE TIDAK...AKU TUNGGU JAWAPAN KO?
SATU LAGI KENAPA MCA BAWAK SEPANDUK HINA HULUM HUDUD BARU-BARU NIE TAK ADA SESIAPA PUN DARI UMNO YANG MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA MEREKA INI HUKUM ISLAM,TAK UBAH MACAM KARPAL DAP,SUDAH TUA TAPI TAK FAHAM LAGI...
APA PENDIRIAN KO TENTANG KENYATAAN NAJIB DAN MAHATHIR TENTANG HUKUM HUDUD...( KOMEN BN MAJU TAK ADA SESIAPA NAK JAWAB,SOKONG CHE DET KE ,JEBAT UMNO KE DIPERSILAKAN JAWAB....)TAKKAN SENYAP AJE
AKU TUNGGU PENJELASAN KO PEJUANG BANGSA.....TOLONG JELASKAN,JANGAN ASYIK PAS AJE....HUKUM HUDUD INI BUKAN DATANGNYA DARI KITAB PAS,TETAPI KITAB AL QUARAN,KITAB KO DAN AKU SEBAGAI ISLAM,TOLONG JAWAB PEJUANG BANGSA.....
AKU MASIH LAGI TETAP DENGAN PENDIRIAN BN SEKARANG SEPERTI YB KJ CAKAP DALAM FORUM WACANA ITU IAITU KITA AKAN MELAKSANAKAN DASAR YANG SEDIA ADA ..
PARTI PAS SHJ YANG MAHU MELAKSANAKAN HUDUD DARI DULU LAGI ,DAN MENGAPA PARTI PAS TIDAK BERPRINSIP IALAH HUSAM SENDIRI DALAM MASA 2 HARI SAHAJA SUDAH TUNDUK KEPADA DAP APABILA PEMIMPIN DAP SENDIRI MEMBANTAH CADANGAN ITU . PAS SENDIRI ADALAH MINORITI DALAM PAKATAN ,DAN APA JUA KEPUTUSAN DALAM PAKATAN ,KENA MENDAPAT PERSETUJUAN DARI DAP JUGA.
PAS JANGAN LA TIPU PENYOKONGNYA DENGAN ISU HUDUD DAN MAHU MELAKSANKANNYA JIKA DAP MASIH LAGI TEGAS MEMBANTAH DAN MENENTANG ... PAS BUKAN LAGI BESAR DAN BERKUASA SEPERTI DULU , PAS PUN KENA RUJUK DULU DAP DAN PKR ..HAHAHA
AKU CABAR DULU LA PAS ,TAK PAYAH LA TENGOK HUDUD ,TENGOK LA DI PULAU PINANG SENDIRI ,10 KALI PAS PEMBANTAH ISU I DANCE PUN ,DAP AKAN MELAKSANAKAN JUGA AKTIVITI ITU ... DI SELANGOR DAHULU ,ISU ARAK PAS MASIH LAGI TAK BOLEH BUAT APA ...DAHULU DALAM CERAMAH BUKAN MAIN HEBAT MAKI DAN KUTUK BN ISU ARAK ...
PAS SEBENARNYA TAK BOLEH BUAT APA ..MEREKA INI BONEKA JEDI PERAK DAN SELANGOR ..
Melaksanakan dasar yang sedia ada? MAKNANYA MEMANG SAH UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD.SANGAT JELAS SEKARANG.Kalu ko and KJ cakap akan melaksanakan dasr yang sedia ada serta melaksanakan membaharuan seperti hukum Islam itu lain.
KO masih belum jawab komen BNMAJU tentang ulasan DR Mahathir serta Najib....aku tunggu nie....
DAP sebenarnya tidak faham tentang hukum hudud.Yang menyebabkan orang cina tak faham ialah media elektronik serta cetak yang pro UMNO.Selama 50 tahun memerintah itu saja alasan ko.... PAS boneka DAP,jadi...aku ulang semula soalan aku supaya ko faham pejuang bangsa..UMNO menolak hukum hudud sama seperti MCA serta GERAKAn,maklumlah perjuangan parti ko berteraskan bangsa Melayu aje...yelah bangsa melayu yang banyak masalah sekarang nie,kemiskinan,maksiat,mat rempit penagih dadah,rasuah,.....banyaknya semua Melayu no 1 ...
APA PENDAPAT KO BILA MCA MENOLAK HUKUM HUDUD????BAWAK BANNER TOLAK HUKUM HUDUD TERANG TERANG LAGI...SILA JAWAB PEJUANG BANGSA....AKU TUNGGU NIE...
Adakah MCA,GERAKAN,PPP ,MIC sudah faham tentang hukum hudud.PARTI UMNO sebagai RAKAN BAIK mereka sudahkan menerangkan hukum nie dengan baik,Janganlah harap PAS nak terangkan....x ada peluang,MB PERAK dan Selangor nak ucap selamat hari raya kat Radio pun tak dapat,kata TV rakyat...nak masuk Utusan,BHarian,The Star,NSTIME,lagi lah mimpi...
Tolong jawab pejuang bangsa..
Satu lagi pejuang bangsa,ko nie mudah lupe ke,buat-buat bodoh ke atau memang kurang cerdik atau keliru....Sewaktu PAS memerintah Trengganu dan Kelantan HUKUM HUDUD sudah pun didraf serta diwartakan di Dewan Undangan negeri tetapi lihat kata-kata Dr Mahathir dan NAjib,pemimpin UMNO terhebat...Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
ADAKAH HUKUM ISLAM PRIMITIF PEJUANG BANGSA?,ADAKAH DENGAN MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM NIE NEGARA AKAN HURU HARA,TU LA,LAIN KALI JANGAN MEMPERMAINKAN AGAMA..BERILAH PENERANGAN YANG BETUL TENTANG HUKUM ISLAM,TAK KRA APA PUN...INI TIDAK SIAP UGUT MCA,GERAKAN DAP SERTA PARTI KAUM LAIN SUPAYA BENCI HUKUM SENDIRI..BETUL TAK PEJUANG BANGSA..SEHINGGA KINI SOALAN AKU KO BELUM JAWAB AKU NAK TAHU KOMEN KO TENTANG ULASAN NAJIB SERTA MAHATHIR NIE,APAKAH SLAH ATAU TIDAK....SILA JAWAB SOALAN AKU TADI PEJUANG BANGSA
Sudah jelas sekarang BN atau lebih tepat lagi UMNO memang meghalalkan arak,maksiat,oklah ko kata pas kene dengar cakap DAP...sekurang-kurangnya bantahan sudah ada,bagaimana dengan UMNO,selama 50 memerintah?
Isu arak seolah-olah tanggungjawab PAS aje ke,ko dengan UMNO bagaimana,arakkan sekarang merupakan minuman utama pemuda-pemudi melayu,kedai arak kat seluruh Malaysia nie bukannya baru dibina dan diberikan lesen hanya pada tahun 2008,aje,selepas Pakatan rakyat perintah macam-macam UMNO kate,tahun-tahun sebelum nie bagaimana? Bukankah UMNO dan Barisan Nasional melalui PBT yang sudah meluluskan lesen arak kepada penjual,maaf ye tapi BODOH betullah alasan ko nie...ko agama Islamkan tanggungjawab hukum hakam nie tanggungjawab semua...Itulah mentaliti pejuang UMNO seprti ko,lain kali kalu menulis biar cerdik sikit,kata Mahathir kata melayu mudah lupa,contohnya ko le....
ok i dance pulak,memang ada bantahan pun dari Pemuda Pas PP.Aku ulang ada bantahan.... tapi UMNO pulak macam mana,Palestine diserang habis-habis,tapi kita kat sini sambut tahun baru dengan tarian dan nyanyian,siap siaran angsung kat TV 1 lagi,kan TV 1 UNMO punya.....Tu belum masuk sambutan tahun baru kat KL,perzinaan,minum arak,pergaulan bebas...UMNO di mana masa tu.. PAS turun padang edarkan risalah meminta pemuda pemudi sewaktu tahun baru pulang... dan mencegah maksiat.UMNO pulak? ..
AKHIRNYA SUDAH 50 TAHUN MERDEKA..AKU UALNG SUDAH 50 TAHUN UMNO MEMERINTAH NEGARA,MASIH LAGI BEBAL DAN BODOH BILA BERBICARA TENTANG HUKUM HUDUD.SEOLAH-OLAH HUKUM HUDUD NIE HAK PAS SAHAJA,UMNO TAK PAYAH BUAT KENE DENGAR CAKAP MCA,GERAKAN DAN PALING TERUK KENE DENGAR CAKAP PEMIMPIN UMNO YANG JAHIL(BAHASA KASARNYA BODOH LE..) TENTANG HUKUM,KALU TAK TAHU HUKUM JANGAN BERCAKAP OK NANTI AKAN NAMPAK KEBODOHANNYA..
SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH UNO DAN BLOGGERNYA MASIH JAHIL TENTANG HUKUM...KALAU NAK LAKSANAKAN..KUASAKAN MASIH DITANGAN UMNO
SELAMA 50 MEMERINTAH
ISU ARAK...
ISU BABI....
ISU HUDUD..
SEMUANYA SALAH PEMBANGKANG KERANA TAK AMBIL TINDAKAN....(SEBAB MENANG BANYAK NEGERI PRU KE 12 )
MAKLUMLAH SELAMA 50 TAHUN INI
DAP PAS SERTA PKR YANG PERINTAH MALAYSIA?????????????????????
UMNO DAN BARISAN MASIONAL PEMBANGKANG AJE.....TAK GITU PEJUANG BANGSA...
Salam,aku berminat dengan komen positif dari dulu UMNO sekarang Pas.Tentang isu babi,isu arak,isu tanah kat negeri pakatan rakyat silalah baca nie......
Fakta mengenai projek Modern Pig Farming di Ladang Tumbuk, Selangor.
1. Di dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (BN) Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 (Kertas Exco -MTES No: 9/2/2008) telah meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
2. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.
3. Selain penternakan babi, kawasan Ladang Tumbuk juga terdapat penternakan lembu dan juga ayam secara besar-besaran. Dari segi pengudaraan, ladang ini juga berbau terutamanya selepas hujan dan di waktu malam.
4. Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pada 2 April telah bersetuju untuk meneruskan projek penternakan babi secara berpusat dan moden ini dengan belanja RM100 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh pelabur dan penternak.
5. Kerajaan sebelum ini telah mengadakan lawatan ke Jerman untuk meninjau teknologi yang mereka gunakan untuk Modern Pig Farming ini. Lawatan itu juga disertai oleh Ketua2 Kampung di sekitar Ladang Tumbuk. Ketua Kampung pun dapat pergi Jerman. Hebat-hebat!
Berita mengenai propaganda babi Kedah yang saya jumpa:
"Kerajaan Kedah hari ini sebenarnya hanya melaksanakan keputusan kerajaan BN Kedah sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, tetapi apabila hendak dilaksanakan jika tiada bantahan dari penduduk, Umno pula yang membuat bising," kata Mahfuz.
Beliau menjelaskan, kerajaan Kedah di bawah PR hanya merancang untuk membuka ladang menternak babi bersistematik (modern pig farming area) jika tidak ada bantahan penduduk setempat di Bukit Selambau.
"Sebenarnya, projek itu telah dilulusskan oleh kerajaan BN dahulu dan perkara itu boleh dilihat dalam surat UPEN (K) 707 SK.4() bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk 'Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) mengenai ladangan masa depan industri ternakan khinzir di Negeri Kedah Darul Aman," kata Mahfuz.
Kawasan seluas 407 ekar di Bukit Selambau itu, katanya, hanya menghadkan sebanyak 46,000 ekor haiwan berkenaan dengan syarat syarikat yang terlibat menjalankan penternakan itu dengan sistem tertutup tanpa bahan buangan (close house system with zero discharged).
Mahfuz bagaimanapun kagum dengan kesungguhan Umno dan alat perkakasnya, sama ada di Kedah atau di Selangor, yang tidak mengenal penat lelah yang kelihatan mahu mengharamkan penternakan babi di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.
"Baik sungguh Umno. Apabila negeri yang diperintah oleh PR hendak memastikan penternakan babi dijalankan secara bersih, sistematik dan cukup untuk kegunaan tempatan sahaja, mereka mengamuk seolah-olah dirasuk histeria.
"Tetapi, negeri-negeri yang diperintah BN seperti Melaka dan Negeri Sembilan boleh pula menternak babi di sisi Umno walaupun dijalankan tanpa sistem malah mencemarkan sungai dan kawasan pantai seperti yang berlaku di Melaka.
"Adakah tindakan Umno itu bermakna mereka mahu penternakan babi dimonopoli oleh negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN sahaja?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu dengan sinis mempersoalkan
Berita Malaysiakini 14/4/08
Wakil Umno 'di sebalik' projek babi
Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.
Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
selangor pig farmMendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.
Karim, yang juga bekas ketua Pemuda Umno negeri, antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.
Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.
Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.
Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas.
Kebanyakan ladang tersebut sedia wujud di kampung Ladang Tumbuk atau dari sekitar daerah Kuala Langat, tambah ketua biro MCA itu lagi.
Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.
"Hari ini (Sabtu) saya mahu tekankan bahawa kos RM100 juta itu yang bertujuan mempertingkatkan sistem pembuangan sisa ternakan bukan datangnya daripada kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata.
"Datuk Karim yang akan membawa sebuah syarikat Jerman untuk satu usahasama dengan sebuah syarikat Bumiputera."
Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.
Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.
Malah, katanya, beliau terlibat untuk memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.
Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.
Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).
Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, beratus-ratus ribu risalah penerangan tentang isu tersebut - dipercayai termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini dan data kerajaan negeri - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.
PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - dianggap boleh membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.
Mengenai kes tanah di Perak, baca penjelasan Yeop kita, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dalam postingnya yang bertajuk "Hak milik tanah kediaman selama-lamanya" dan juga posting-posting Wak Misbah bertajuk "Umno bantah pemberian Hak Milik Tanah" dan "Isu pemberian tanah kepada sekolah Cina
Barulah aku faham sekarang terima kasih kepada Dulu UMNO sekarang PAS serta Bekas Blogger UMNO,nampaknya pejuang bangsa tidak menjawab soalan aku pun,tak apalah,segalanya sudah jelas...kini baru aku faham UMNOlah yang mempolotikkan hukum hudud nie untuk kepentingan mereka,aku tengok di dalam sebuah blog yang lain ada gambar MCA berarak bawa sepanduk menolak hukum hudud,sepatutnya hormatilah sikit kat UMNO,tapi UMNO 2x5 dengan MCA pun tak suka kat hukum hudud rupanya,tak sangka akau,kini pandangan aku sudah berubah,pilihanraya pertama aku nanti (PRU ke 13 ) aku akan bersama PAS,...
dulu umno skrg pas
dari pengenalan diri anda pun sy rasa baik hang gelarkan diri PAS FOREVER.. tak payah la dulu umno skrg pas
1 - Berkenaan dgn soalan BN maju itu ,sy rasa itu kenyataan itu lapuk dan sudah lama hampir 15 tahun benda ini ..Sy tidak mahu komen kerana perkara lama dan sy juga boleh ungkit kepada BN Maju tentang kenyataan mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang dulu..
2.berkenaan dgn hudud ,aku rasa PAS dan UMNO menghadapi masalah sama untuk melaksanakannya ..jika DAP lantang mengkritik PAS mahu buat hudud ,begitu juga MCA dan Gerakan yang tidak bersetuju .Itu yang sy setuju dgn KJ kita akan teruskan dgn dasar sedia ada..
3.mengenai isu media menghalang penerangan mengenai hudud oleh PAS dan Pakatan kepada masyarakt cina ,saya rasa anda mempunyai media sendiri yg pro pembangkang spt sinar harian ,siasah ,malaysiakini ..so explain sendiri terutama DAP itu bagi faham !! anda kan sudah mempunyai khalifah Umar abd Aziz aka Lim Jr di Pulau Pinang .. kata ikut pemerintahan khalifah umar ,so p la explain kat dia panjang lebar ..
4- mengenai isu arak di selangor , dalam kenyataan akhbar memang aku akui pihak PAS mahu penjualan arak disekat tetapi Ketua Kepala hangpa Anwar Ibrahim cakap kita tidak akan sekat dan akan teruskan seperti sedia ada .. jadi jika PAS dahulu ckp BN ini sudah lupa dosa dan pahala ..kini PAS pun menghadapi juga dan adakah PAS akan berkompromi mengenai isu ini dgn Anwar dan Pakatan ?? @ keluar dari pakatan ???
5. bgus juga hang ingat I dance itu dan aku nak kaitkan dengan sambutan tahun baru itu .. jika hang salahkan BN menganjurkan sambutan itu di KL dan byk gejala maksiat ..jd di PP sendiri mereka menganjurkan aktiviti I dance itu dan bantahan PAS diketepikan sebelah mata shj oleh khalifah hangpa ..kesimpulannya kedua aktiviti itu diadakan oleh pihak BN dan Pakatan ..so PAS dalam pakatan juga kan ..so simple
6 ) hang jgn emosi sgt bila byk kepincangan dalam pemerintahan Pakatan didedahkan ..orang nampak apa yg anda buat keja ke tak ..selama 50 tahun BN memerintah memang memang diakui BN banyak berjasa kepada rakyat .. so 5 negeri dalam tangan , perintah la elok2 ..jgn dok ghairah sangat gadai tanah byk di Perak itu Nizar PAS ! orang Melayu sedang melihat apa yg anda buat ..
dulu umno skrg PAS
adakah anda gembira tanah di kampung2 baru di negeri Perak dibagi buta shj kepada Cina ???
Buat pejuang bangsa,ini jawapan aku utk ko,
Isu hudud,ko tu Islam,aku dan semua umat Islam kene sokong hudud,jangan la jadi bodoh sangat....kuasa sekarang kat tangan UMNO,apa slahnya laksanakan hudud,ko nie tak jawab soalan aku.... kalau ko kata ikut KJ laksanakan dasar yang sedia ada,KJ ikut siapa.ikut kata MCA ke jadi jangan lah berpura-pura aku tahu jawapan ko nie tak mantap pun,ko serta kj secara tersirat menolak hukum Allah.full stop. Itu lah hakikatnya,ada ke oarng Islam tolak hukum sendiri,jangan la jadi kurang cerdik.....Ko pun serupa aje malah lagi teruk,ko sendiri mengaku x nak buat laksanakan hukum nie,MCA pulak bantah,PAS nak buat tetapi DAP bantah,jadi prinsip parti UMNO MCA serupa ajekan,pembaca blog ko nie bukanya bodoh,jadi jagan nak beretorik,pejuang Bangsa,Lebih baik ko jadi pejuang umnoputera,bukan bumiputera...hahahaha.selama nie pun umnoputera yang balun banyak duit rakyat kalu bumiputera ada le sikitsikit aje...sudah la pejuang bangsa...
Kedua kenape ko tak jawab kenyataan bekas blogger UMNO,maklum selama ini PART UMNO memang menyokong dasar pembelaan babi,lepas hilang kuasa macam macam orang lain slah,jadi ko ingat kandang babi tu wujud selepas pilihanraya umum,ada akal guna bro,nie nak suruh pembaca blog ko,jadi bebal macam parti ko gak,sapa nak.AKU NAK CAKAP DEKAT KO,mca DALAM DIAM PUN BENGANG kat UMNO ni maklumlah babikan makanan mereka....aku naik muak tengok pendedahan bekas blogger umno,selama nie UMNO kat selangor banhagian banyak babi tu,makan duit komisyen hasil babi,jadi bawak-bawak la bertaubat.....BN BELA BABI BERTERABUR ZAMAN BN MEMERINTAH BILA PAKATAN RAKYAT AMBIL ALIH NEGERI NAK URUSKAN HAIWAN PEMELIHARAAN BABI HASIL PENGURUSAN "CEKAP"SELAMA 50 TAHUN DAH KENE KUTUK,HINA,MAKLUMLAH DUIT KOMISYEN HASIL PENJUALAN BABI DAH TAK DAPAT....KESIAN UMNO.....
oK tentang isu arak,satu komen yang bodoh dari pejuang bangsa UMNO...aku ulang soalan aku ko ingat nak benteras arak tu kerja Anwar kerja Pas aje ke,kalu macam tu memang sah la UMNO suka kepada arak,maklumlah selama ini pun lesen arak selama 50 Malaysia merdeka UMNO yang luluskan.....tak gitu Pejuang bangsa UMNO....sudahla jangan nak beretorik...lain kali kalu nak menulis tu fikir dulu,nanti oarng ingat jawapn ko tu kurang cerdik(BODOH le)Aku pun hairan ko ingat lesen arak arak nie baru diwujudkan ke....bodoh...bodoh jawapan ko....
Ok hang nak cakap tentang isu media..nie stau lagi kebodohan hang aku vakap media utama negara,siaran TV ke seluruh negara TV1 TV 2 TV Media Prima,Utusan Melayu Berita Harian,dll,semua sokong UMNO,PRO UMNO,sebar cerita ftnah,ambil kenyataan sekeratsekerat dari pemimpim pembangkang,mcam nie ibaratnya kami dari pakatan rakyat kene ikat tangan ,tutup mulut,kaki kene ikat,lepas tu puak UMNO serta juaknya macam ko nie,hentam cukup-cukup macam mana nak balas,jadi ko kata kami ada harakah,ada siasah ada segala macam,tapi permit tak benarkan (Kmenterian yang ketuanya UMNO le) tak benarkan dikeluarkan setiap hari....MB Perak nak ucap Selamat Hari Raya kat Radio milik kerajaan(bukan milik UMNO) pun tak boleh,kan bangang namanya tu,...bila lihat penulisan ko tentang minta Tn Guru bagi penerangan kepada Lim Guan Eng dll tentang hukum hudud,memang sah la partui ko tak minat kepada hukum Allah,kalu Islam mesti Pas,kami tolak la...macam tukan....sudahlah pejuang bangsa UMNO,blogger macam ko nie tulisannya sama aje macam utusan melayu(meloya bila baca) serta TV 3 ( suku kut bila bab pentadbiran negara dan negeri)...jadi blog ko nie memang sesuai untuk bacaan ahli umno yang sakit jiwa serta tidak faham tentang makna kebenaran kerana semangat asabiah yang kuat,maklumlah pejuang bangsa...bangsa Melayu yang banyak masalah....maklumlah selama nie PAS.PKR dan DAP yang perintah Malaysia...majunya bangsa ku semua ada.macam-macam ada.....semuanya no 1,no1 paling miskin di Malysia(ada kaya Pemimpin UMNO le,ko kalu tak kaya jika bersama UMNO buat rugi aje...baik pulun habis-habis)tak gitu pejuang bangsa...aku tak kata semua...tapi ramai...
Tentang tanah pulak,maklumlah ko kan pejuang bangsa,PARTI UMNO lah pejuang nasib serta tanah Melayu....Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura,singapura yang majoriti kaum cina yang ko tak suka tu....ingat tak? UMNO lah yang perjuangkan ..maklumlah pejuang bangsa katakan....lepas hilang..pulau tu siap minta rakyat Malaysia bertenang...memang selama nie kami bertenang pun,selama nie pun pemimpin parti UMNO balun betul-betul tanah,nasib oarng melayu sorry la nak bel,yang MB nizar nie bagi kat sekolah Cina,tu yang media umno serta blogger kurang cerdik macam ko nie nampak,pemberian tanah kat Sek agama rakyat,tak pa tu tak penting,maklumlah sekolah agama...kan UMNO dulu hentikan memberian perkapita kat SAR...takkan lupa kut..atau memang ko tak membaca...lain kali baca semua maklumat timbangkan,tu la aku cakap otak serta pemikiran blogger UMNO sama macam tv 1 tv 3 serta utusan,tahniah kerana kuarang membaca serta tak cukup maklumat...lain kali baca dulu ye,jangan main tulis aje...nanti orang kata ko nie blgger tak dak isu...bab tanah jangan la ko nak sentuh UMNO dah banyak gadaikan tanah orang Melayu kepada bangsa asing tak kira la..janji boleh untung..Tak pa aku cabar ko pi la tengok-tengok harga rumah serta kedai kat wilayah Iskandariah,JOhor,kalu mampu ko beli le....lepas tu tengok siap yang dah beli,semuanya bangsa asing ,paling banyak rakyat Singapura yang berbagsa Cina,alah...bangsa yang ko tak suka tu....JADI SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL...
kata dulang paku serpih...puka UMNO hemtam balaun habis...wakakakakhhh,ha,ha
Ko,serta UMNO di dalam dilema gak kan,MCA tak nak ketuanan Melayu,mereka benci sewaktu perhimpunan UMNO dulu Hisyamuddin hunuskan keris,geng ko kat bukit bendera dan koyakkan gambar Koh soo koon,isu babi...ini isu tanah,kat Pengkalan Hulu dulu ada Sekolah Tahfiz,selama 20 tahun depa mintak tanah kat sebelah sekolah depa nak taman kelapa sawit,tanh tu kosong aje,dulu puak UMNO nak buat ladang ternakan lembu tapi tak jadi..tak dapat-dapat....tetapi Nizar dah bagi dah sekarang...
ekali lagi pejuang bangsa,eh salah perosak bangsa...bab tanah tak uash nak kelentong kami golongan marhaen nie dah tahu sejak sekian lama..tanah Melayu tergadai akibat percaturan politik(PUlau Batu Putih,Malah singapura juga tergadai)angkara pemimpin UMNO yang tidak bijak,mentaliti pentingkan parti sendiri,tanah melayu tergadai akibat projek ekonomi tanpa perancangan teliti,orang Cina singapura jugak yang untung (HUb Wilayah Iskandariah),tanah melayu dialibabakan (Kat Pahang,tanya datuk Fauzi ok,dia tahu la,takkan tak kenal kot,yang kene tindakan tatatertib tu,sebab dedahkan peyelewengan umno) rumah,kg melayu musnah(macam kat Berembang Selangor) Masjid Orang Melayu Islam musnah macam kat RPT Masjid Bujal Kemaman Trengganu(tapi mana ada keluar kat tV 1,tv 3 serta Utusankan) oklah lain kali ko cakap lagi aku akan dedahkan lagi,biar pembaca blog ko fikitkan sendiri... lcuma satu nasihat aku lagi banyak ko dedah maklumat yang 1/4 aje ko dapat,aku akan dedahkan maklumat sebenar 100% maklum lah ko asyik baca utusan aje,tengok TV 1,TV 3 aje tu yang kurang cerdik tu....lain kali belajar dulu ye...kepada semua pembaca blog pejuang,eh perosak bangsa,,bolehlah mencari VCD kg Berembang serta runtuhnyaMasjid Bujal....bukan lakonan tau tetapi real,melihat kesungguhan UMNO 'memelihara tanah dan hak melayu'....
insyallah nanti kita suma tgk...boleh ke PAS buat Hukum hudud bila dapat pusat...
dah terbukti UMNO x boleh buat selama ini..
Camne la kalu team 1 Malaysia mencuri...
semua ke Melayu Islam je yag kena potong tangan..??
Bukan Takut tp rasanya x adil kan...??